NOVA
Sesampainya di rumah, Cleo terus diserbu dengan pelbagai soalan daripada kedua-dua orang tua aku. Aku yang baru balik ni pula dibiarkan sepi. Kan... Nanti mengadu pula bila aku nak balik London. Aku dah balik ni pun macam hmmm je.
Tapi, tak apalah. Asalkan kawan baik aku dah selamat. Dalam masa yang sama, aku kasihan tengok Cleo sebenarnya. Dia nampak muram je. Entah apa yang terjadi antara dia dan Luke pun aku tak pasti kenapa.
Tiba-tiba, loceng pintu ditekan menandakan ada orang yang datang. Siapa pula yang datang? Takkan adik-adik aku dah balik. Baru je semalam mak aku cakap mereka ada summer camp masa cuti ni.
Aku melangkah menuju ke arah pintu rumah dan tombol pintu dipulas. Aku buka pintu utama rumah dan wajah Taylor bersama ayahnya di muka pintu. Aku tersengih ke arah mereka berdua. Ayah datang mendekati aku yang masih berada di muka pintu itu apabila dia mengetahui ada tetamu yang datang.
"Eh, kenapa tercegat je dekat luar tu. Masuklah." Pelawa ayahku kepada mereka berdua.
Mereka berdua masuk ke dalam rumah dan aku pula berjalan menyembunyikan diri di dalam bilik studio. Cleo pula aku rasa dia ada dengan ibu dekat dapur. Jadi, aku duduklah dalam bilik ni je. Aku tak naklah hadap muka Taylor dan ayah dia. Menyeramkan....
Aku berbaring di atas sofa yang empuk itu untuk merehatkan tubuh badan aku yang letih seharian langsung tiada rehat itu. Belum sempat untuk membuka telefon, pintu aku dibuka dan Cleo menerjah masuk ke dalam bilik.
Ehhh, minah ni main terjah je memang aku lempang nanti berdarah hidung dia.
"Wei, ayah kau panggil kau luar sana tu." Kata Cleo padaku.
Keluhan berat aku lepaskan tandanya aku memang malas sekarang ni. Aku angkat daripada pembaringan dan aku melangkah keluar daripada bilik studio. Cleo juga turut keluar mengekori aku daripada belakang.
Aku menuju ke arah ruang tamu di mana ayah, Uncle Clifford dan Taylor sedang berbual antara satu sama lain. Ibu pula dekat dapur rasanya.
Aku ambil tempat duduk pada single sofa dan aku pandang muka mereka bertiga. Mereka bertiga pun senyap memandang ke arah aku.
Boleh pula mereka senyap bila aku dah datang ke ruang tamu. Ibarat aku ni malaikat maut yang datang tak dijemput je.
"Oh ya, Uncle nak tanya ni. Kenapa tak beritahu kami yang kamu nak balik ke London?" tanya Uncle Clifford padaku.
Aku pandang muka Cleo yang duduk berhadapan denganku itu. Wajahnya memaparkan reaksi menyuruh aku untuk berbohong.
"Boleh tak kau tipu pihak polis yang aku larikan diri."
Kata-kata Cleo berlegar semula di dalam fikiran aku.
"Hehe, saya datang sini pun sebab Cleo yang suruh saya datang berseorangan tanpa ada orang lain yang tahu yang saya ke sini untuk jumpa dia." Tipu aku pada mereka berdua.
Aku lihat Uncle Clifford seakan-akan tidak puas hati dengan penipuan yang aku berikan.
"Jadi, selama ni Cleo memang menghilangkan diri ke London lah?" Satu lagi soalan diajukan oleh Uncle Clifford seperti seorang penyiasat.
Memang dia penyiasat pun. Kalau tidak tak adanya aku minta bantuan dia untuk cari kawan baik aku.
"Ya... Saya larikan diri ke sini nak tenangkan fikiran sebab sejak saya tinggal di Manhattan, fikiran saya serabut sikit dengan macam-macam perkara." Sampuk Cleo apabila dia perasan yang aku tidak tahu nak jawab apa lagi pada soalan Uncle Clifford.

ANDA SEDANG MEMBACA
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romantizm[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...