CHP 37

2.8K 77 2
                                    

CLEO

Pandangan aku lemparkan ke luar tingkap kapal terbang yang masih berada di langit yang tinggi itu. Ianya sedikit sebanyak menenangkan hati aku yang berasa sedih mengenangkan kebenaran yang aku sudah tahu mengenai Luke.

"Dia jauhkan diri daripada kau, sebab dia tak nak kau berada dalam kesusahan hanya disebabkan dia. Dia risaukan keselamatan kau."

"Sejak mamat gila tu tahu Luke culik kau,  dia ugut Luke untuk jauhkan diri daripada kau. Kalau Luke tak ikut apa yang dia minta, orang yang kau sayang akan terima balasannya."

Aku berasa lega jugalah aku pulang dengan mengetahui latar belakang sebenar siapa lelaki bernama Luca Heubl itu. Cuma, aku tak puas hati yang Matt masih nak berahsia di mana keberadaan Luke.

Aku tak dapat nak cari apa yang aku nak. Sampai bila Luke nak larikan diri daripada semua ni? Kenapa dia tak hadapi semuanya seperti seorang lelaki? Aku benci mamat tak guna tu. Dia dah buat aku suka pada dia.  Tapi, dia tinggalkan aku.

I FUCKING HATE THIS FEELING!

▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲▼▲

Setelah hampir 7 jam di dalam kapal terbang, akhirnya, kami berdua sudahpun tiba di London. Aku belum balik ke Chicago sebab lusa, Nova akan pulang ke German semula. Cuti semester dia dah nak habis. Jadi, aku perlulah ada bersama dia untuk hari-hari terakhir.

Aku pula? Hmm,  aku tak tahulah samada aku nak balik ke New York semula ataupun tidak. Tapi, sekarang ni aku bebas daripada Luke. Aku bebas untuk sambung belajar.

Huhh, aku tak tahulah nak buat apa.

"Hmm,  kenapa mereka tak angkat call aku?" Keluh Nova di sebelahku.

"Kau ada beritahu mereka pasal kepulangan kau?" Tanyaku pada Nova.

"Mestilah aku ada beritahu mereka yang aku balik. Peliklah. Selalunya mesti ayah aku dah dekat sini. Sebab,  dia selalu ambil aku dekat airport 15 minit lebih awal. Tapi, hari ni macam lambat pula."

"Dia busy kot. Cuba kau call lagi. Mungkin,  dia terlupa ataupun terlampau busy kah?"

Nova melekapkan semula telefonnya pada telinga. Menanti panggilannya dijawab. Namun, keluhan meniti pada bibirnya apabila ayahnya tidak menjawab panggilannya.

"Cuba kau call ibu kau pula."

Nova turuti sahaja arahan aku. Tunggu punya tunggu, keputusannya sama sahaja. Tiada yang mengangkat panggilannya.

"Aku peliklah, yang angkat cuma voicemail je. Hmm, kita balik pakai Uber aje lah."

Nova membuat tempahan sambil kami berdua berjalan keluar daripada kawasan lapangan terbang mengheret bagasi masing-masing.

"Tengok, aku chat pun satu tick je. Apa yang mereka buat ni hah? Takkan mereka dah tidur? Sekarang ni baru je pukul 8 malam." Bebel gadis itu seorang diri.

"Alah, mungkin tidur awal sebab kepenatan kot."

"Tapi, pelik lah. Takkan mereka tak ingat yang aku balik hari ni. Ishh..."

Tidak lama kemudian, sebuah kereta berhenti di depan kami berdua. Ianya, uber yang ditempah oleh Nova sebentar tadi. Kami berdua masuk ke dalam kereta. Kereta dipandu keluar daripada perkarangan airport. Rasa rindulah nak jalan-jalan di London.

Malam itu, Bandar London boleh dikatakan sedikit sesak dipenuhi dengan kenderaan dan manusia yang lalu-lalang. Aku suka lihat Bandar London pada waktu malam yang diterangi dengan cahaya daripada tiang lampu, kenderaan dan bangunan-bangunan yang lain.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now