CLEO
Nafas aku tarik dan hembus. Langkah kakiku atur keluar daripada bilik memuju ke balkoni rumah sewaku. Aku leka dengan pemandangan yang cantik di bandar itu.
Sudah hampir 3 hari aku duduk di Brazil. Aku rasa sangat aman. Ibu bapa aku pun tak risau tentang aku dan mereka langsung tak tahu tentang aku yang tinggal di Brazil. Nova juga begitu. Aku menjalankan kehidupan aku macam biasa.
Aku dapat rasakan yang Luke langsung tak boleh cari aku. Tapi, dalam masa yang sama, aku ragu-ragu juga. Buat masa sekarang ni aku terpaksa melarikan diri dan tinggalkan pelajaran aku. Tak apa lah kan? Masuk kolej tak ada sesiapa pun yang kisah pasal pelajar hadir ataupun tidak hadir.
Aku lihat pada jam dinding yang tergantung pada ruang tamu. Ia sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Tiba masanya untuk aku pergi kerja.
Yup, aku kerja untuk cari duit. Aku tak naklah menyusahkan ibu bapa minta duit daripada mereka.
Aku kunci pintu rumah. Aku hanya berjalan kaki sahaja untuk ke tempat kerja. Sebab, rumah sewa aku tidak jauh daripada kawasan bandar. Dari jauh, kafe tempat aku kerja itu kelihatan baru sahaja dibuka. Almaklumlah, kafe ni buka dari pukul 10 pagi sampailah 8 malam.
Aku melangkah masuk ke dalam kafe dan dari jauh aku sudah ditegur oleh Aunty Marry.
"Hai, Cleo."
"Hai, Aunty Marry. Aunty sihat hari ni?" Tanyaku prihatin padanya.
Walaupun baru sahaja bekerja dengan wanita itu, aku cuba untuk beramah mesra.
"Mestilah aunty sihat." Katanya padaku sambil mengelap kaunter itu supaya nampak bersih dan berkilat.
Tidak lama kemudian, datang pelanggan yang ingin makan di kafe tersebut. Aku sebagai pelayan mengambil tablet yang dikhaskan untuk mengambil pesanan pelanggan.
Suasana kafe itu semakin dipenuhi dengan pelanggan yang baru sahaja datang. Pekerja yang lain sudah mula menjalankan tugas mereka masing-masing.
"Cleo, buatlah kerja dulu. Jangan banyak sangat berborak dengan Aunty. Takut leka pula sampai tak ingat dengan kerja." Kata Aunty Marry padaku.
"Hehehe, Okey Aunty."
Aku menuju ke arah meja yang aku pasti masih belum membuat pesanan itu. Aku mendekati meja tersebut sambil mataku merenung ke arah skrin tablet.
"Order?" Tanyaku pada tiga orang lelaki itu.
"I want...a girl with ponytail hair and she try to run from me."
Suara itu. Kenapa aku dengar suara itu macam suara Luke?
Aku pandang ke arah lelaki yang berada di depan aku itu. Ianya.. bukan Luke. Cuma, lelaki biasa yang aku tak kenal dan pastinya dia pelanggan tetap di kafe ni.
Aku berimaginasi lagi pasal Luke. Jangan fikirkan pasal mamat tu Cleo. Dia dah tak ada depan mata dan jangan difikirkan sangat pasal Luke tu.
"Emmm, excuse me? Did you hear me miss?" Sapa lelaki itu padaku.
"Ohhh, I'm sorry. Can you repeat your order?" Pintaku sopan.
Lelaki itu hanya senyum. Hensemlah pula mamat ni. Okey, fokus. Jangan pandang benda lain Cleo.
"2 Latte coffee and 1 hot chocolate. Spaghetti with meat balls, salad and blueberry pie." Pesan lelaki itu pada aku.
Jari-jemari aku menekan semua pesanan yang dipesan oleh lelaki itu dengan mudah sahaja. Tidak perlu susah-susah untuk menulisnya. Aku berjalan pergi daripada meja tersebut untuk mengambil pesanan di meja lain pula.
YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romance[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...