CHP 35

4K 118 14
                                        

CLEO

Selepas membeli McDonald sebagai makan malam, Shawn dan Flynn meminta Steve untuk singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli beberapa botol wine. Aku dan Steve hanya duduk di dalam kereta sementara menunggu dua beradik itu membeli apa yang mereka inginkan.

Aku membaca semua mesej yang Nova hantar pada aku. Dari segi gadis itu menaip semua mesej yang dihantar olehnya, kelihatan Nova seperti merana ditinggalkan oleh aku seorang diri di rumah itu bersama Matt. Tambahan pula, dia siap voice lagi. Aku tak tahu pun yang Matt ada di rumah ketika ini. Kalau aku tahu Matt ada di rumah, memang aku tak sampai hati lah nak tinggalkan dia seorang diri.

Bila difikirkan balik, nampak kelakar pula melihatkan Nova yang sengsara di rumah bersama Matt. Aku hanya mampu ukirkan senyuman sahaja menahan rasa lucu di dalam hati.

Aku pandang ke arah jam yang sudah masuk pukul 7 malam itu. Setengah jam sudah aku tinggalkan Nova. Ditambah lagi menunggu kepulangan Shawn dan Flynn memakan masa yang agak lama juga. Haihh...

"Hey, Cleo. Can i ask you some question?" Tegur Steve yang sejak tadi senyap di tempat duduk pemandu.

Aku simpan semula telefon ke dalam beg tangan aku semula.

"Yeah, what question?"

"Boleh aku tahu kenapa kau beria sangat nak cari Luke semula? Bukankah sebelum ni kau beria sangat nak larikan diri daripada dia."

Keluhan aku lepaskan. Mendengarkan ayat terakhir Steve, buatkan aku sentap sikit. Sikit je lah.

"Entahlah. Banyak yang aku tak tahu pasal kisah hidup dia. Sebab itu lah aku tercari-cari dia."

"Ohhh..." Steve hanya menggangguk faham.

"Kau tahu apa-apa pasal dia?" Kali ini, aku pula yang menanyakan soalan padanya.

"Tahu. Aku tahu semuanya pasal adik-beradik angkat aku..."

Mata aku sudah bersinar-sinar mendengarkan kata-kata Steve. Inilah peluang aku nak tahu pasal Luke.

"Cuma... Kalau pasal Luke. Aku tak tahu sangat pasal dia." Sambung Steve lagi.

Ishh, dia ni. Fakehope tahu tak. Aku rasa nak tampar pula kepala dia ni. Kalau boleh aku nak langgar pakai kereta ni pula lepas tampar dia.

"Sebab, dari kecil lagi aku tinggal dengan dia di rumah anak yatim, aku tak pernah tahu pasal dia. Dia sendiri pun tak nak beritahu apa-apa pasal diri dia. Boleh dikatakan, Luke tak suka orang tahu pasal dia. Tak ada sesiapa pun yang tahu pasal dia."

Aku rasa hampa dengan apa yang dikatakan oleh Steve padaku. Kenapa lelaki bernama Luke ini terlampau banyak rahsia? Aku tak sukalah orang simpan rahsia daripada aku. Ishhh... Geramnya hati aku...

"Ishh, tak payahlah. Kau ni fakehope je lebih." Rajuk aku pada Steve.

"Alah, janganlah merajuk. Maaflah, aku memang tak tahu apa-apa pasal Luke." Pujuk Steve pada aku.

Apa lah gunanya aku ke sini kalau seorang pun daripada mereka tak tahu apa-apa pasal Luke. Menyusahkan betul lah. Kalau macam ni, baik aku pulang semula ke Chicago je.

"Kau memang betul-betul nak tahu pasal Luke kah?"

Aku pandang dia dengan pandangan yang tidak puas hati. Dia ni langsung tak memahami situasi yang aku sedang alami kah? Kalau aku sanggup ke sini, mestilah aku memang serius nak tahu pasal Luke.

"Okey, aku anggap pandangan kau tu as a 'yes'. Jadi, aku akan cuba untuk cakap dengan Matt pasal Luke. Okey?"

Aku ukirkan senyuman manis ke arahnya. Tangan aku mendarat pada bahunya dan menepuknya perlahan bersama senyuman yang tidak lekang daripada bibirku.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang