CLEO
Aku dapat rasakan ada sesuatu yang menyentuh dahi aku. Anak rambutku yang terjuntai menutup bahagian mukaku itu diselitkan ke belakang telingaku. Mataku celik sedikit dan mataku bertentangan dengan mata kelabu milik Luke. Terkejut aku dibuatnya sebab jarak wajah Luke terlampau dekat dengan wajah aku.
Apa...apa hal dia ada dalam bilik aku?!
"Morning, my babygirl. " Ucap Luke padaku bersama senyuman lebar terukir pada wajahnya.
Aku lihat dia yang sudah berpakaian segak itu. Aku sentuh pula badan aku dan tanggapan aku salah. Aku masih berbaju. Fiuh...
"Pagi ni aku nak ajak kau jalan beli barang dapur." Katanya pada aku.
Aku berkerut memandang ke arahnya. Memanglah aku dah berbaik dengan Luke. Tapi, bila difikirkan balik...dia culik aku dan begitu berani dia nak bawa aku keluar. Tambahan pula, inilah peluang aku untuk larikan diri daripada Luke. Masalahnya pula, aku tiba-tiba terasa berat hati nak tinggalkan dia.
Bila aku sudah tahu mengenai masa silam aku bersama dia buatkan aku rasa bersalah untuk tinggalkan dia. Ya, memang salah aku sebab tinggalkan dia. Tapi, aku masih kurang pasti kenapa aku tinggalkan dia?
"Cepat, aku nak kau ikut aku juga." Desak Luke pada aku.
Dia ni tak takut kalau aku larikan diri kah? Ataupun dia tahu kalau tinggalkan aku di rumah lebih mudah untuk aku larikan diri seperti beberapa hari lepas?
Luke sentuh pergelangan tangan aku lalu digenggamnya erat menandakan dia betul-betul nak aku ikut dia. Matanya tajam merenung wajahku. Aku pula yang terasa takut bila ditenungnya sebegitu.
"Okey.. Okey.. Aku ikut kau."
"Good girl. Siap cepat, aku tunggu kau." Senyum Luke pada aku.
Luke berlalu pergi memberi masa untuk aku bersiap untuk keluar dengannya. Tuala yang tersangkut pada penyangkut tuala aku capai dan langkah kakiku menuju masuk ke dalam bilik air.
Air keluar daripada pancuran dan menyimbah seluruh badan aku dengan suhu air yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Aku termenung sekejap memikirkan masalah yang aku hadapi ini.
Sejak satu perasaanku mulai menerima Luke dalam hidup aku, buatkan Luke kelihatan lain berbanding Luke yang sebelum ini. Luke yang sebelum ini dingin dan langsung tidak ikhlas senyum ke arah aku dan sekarang ni dia nampak ikhlas menghadiahkan aku satu senyuman yang lebar. Adakah itu satu petanda bahawa aku akan bersama dengan bekas kekasih aku lagi?
Bila difikirkan balik, buat apa aku bersama semula dengan lelaki yang pukul aku? Tak mustahil kalau sekali dia pernah pukul aku, dia akan ulangi kesalahan yang sama, kan?
Aku tak tahulah nak buat apa sekarang ni. Sebenarnya, masih banyak benda lagi yang aku belum tahu pasal Luke dan masa silam aku bersama lelaki itu. Semalam, aku tak sempat nak selongkar sampai habis bilik Luke sebab dia datang secara mengejut. Tapi, dia tak marah aku pun pasal benda itu. Sebaliknya, dia minta aku jadi kekasih dia.
Sudah pasti aku tak berikan jawapan 'ya' ataupun 'tidak'. Aku tak tahu nak jawab apa jadi aku senyap aje lah. Takkan secara tergesa-gesa aku nak terima dia balik.
Selesai membersihkan diriku, aku melangkah keluar daripada bilik air dan mencapai pakaian aku yang disediakan di dalam almari itu. Aku ni memang tak serupa macam diculik pun. Semua benda disediakan macam tuan puteri.
Aku pakaikan jeans biru gelap ketat itu pada tubuh badanku dipadankan pula dengan blouse berwarna putih. Rambut aku sikat supaya kelihatan lebih kemas. Aku hanya biarkan ia mengurai tidak diikat.
YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romansa[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...