CLEO
Aku suapkan makanan tengahari yang Luke belikan untuk aku. Kami berdua menikmati makanan masing-masing dalam keadaan yang janggal. Aku tak bersuara dan Luke pun tidak membuka bicara.
Aku tak sabar nak nantikan malam ini. Aku kena keluar juga malam ni.
Luke selesai menghabiskan makanannya dan dia berlalu untuk ke tandas yang ada berdekatan dengan dapur itu. Aku perhatikan sahaja gerak-geri lelaki misteri itu. Sebanyak mana aku tahu pasal lelaki itu pun aku tak tahu asal-usul dia dan macam mana dia kenal aku.
Telefon milik lelaki itu ditinggalkan di atas meja. Patutkah aku ambil untuk buat panggilan kepada ayah aku. Sebab, aku cuma ingat nombor Mak ayah aku je. Aku lihat ke arah Luke yang masih berdiri di depan bilik air itu seperti sedang memeriksa sesuatu. Inilah peluang aku untuk ceroboh masuk ke dalam telefon dia.
Aku ambil telefon milik Luke dan aku tekan butang 'on' di bahagian tepi telefon itu. Skrin telefon Luke memaparkan satu gambar seorang gadis bersama Luke dan.. gambar itu buatkan aku terhenti seketika. Ianya..gambar aku dan Luke yang sedang tersenyum memandang kamera."Ambil gambar!"
"Tak payah lah buat muka hodoh."
"This picture is sooo perfect."
"Because two of us, are actually perfect together."
Kepala aku berdenyut kesakitan apabila dijengah satu imbasan imej yang laju.
"Haihh, rosak lagi." Keluhan Luke dari jauh aku dapat dengar dari dalam dapur.
Aku bergegas meletakkan semula telefon milik Luke di atas meja dan pada posisi yang asal telefon itu berada. Luke kembali semula ke dapur untuk mengambil telefon miliknya yang tertinggal di atas meja dan aku memerhatikan dia seperti sedang mendail sesuatu.
"Kenapa?" Tanyaku dengan berani padanya.
Sedangkan sebelum ini aku tak pernah pun nak mulakan perbualan.
"Suis bilik air rosak lagi." Jawabnya dingin pada aku.
Aku sambung menyuap makanan ke dalam mulut aku sambil telinga aku dibuka seluas-luasnya mendengar perbualan Luke bersama seseorang di dalam talian.
"Yaa, Suis bilik air rosak lagi. Bila kau nak datang?"
Nampaknya ini lah peluang aku nak tahu di mana lokasi tempat yang akan aku rosakkan. Mestilah dia akan tutup bekalan elektrik sebelum dia membaiki suis tersebut.
"Okey.."
Luke selesai dengan panggilannya bersama si tukang makenik. Luke pandang muka aku.
"Lambat betul kau makan." Kata Luke pada aku sebelum dia berlalu pergi daripada situ meninggalkan aku berseorang di dapur.
Nak buat macam mana? Dah aku memang jenis yang lambat mengunyah. Memanglah lambat cara aku makan. Lagipun, bukan Luke seorang yang complaint pasal aku yang jenis makan lambat. Ramai lagi termasuk ibu ayah aku pun complaint juga.
Setelah sekian lama aku ambil masa 20 minit untuk makan aku basuh semua pinggan kotor yang aku dan Luke gunakan tadi. Fikiran aku melayang semula memikirkan mengenai gambar yang terpampang pada lockscreen Luke.
Buktinya ada di depan mata yang Luke memang sudah lama kenal aku. Itu petandanya, memang betul lah Luke bekas teman lelaki aku dan kami berdua memang pernah ada hubungan sebelum ni. Tapi, masalahnya pula, muka dia tak sama dengan bekas teman lelaki aku. Ianya terlampau jauh perbezaan wajah Luke dan bekas teman lelaki aku.
Disebabkan itulah aku tak boleh percayakan dia yang lelaki itu adalah bekas teman lelaki aku dulu.
Tidak lama kemudian, aku lihat kelibat Luke berjalan bersama seorang lelaki yang membawa kotak perlatan melimpasi ruang dapur. Aku berjalan melimpasi mereka berdua dna Luke bersama lelaki itu sedang berbual mengenai masalah tentang suis tersebut.

YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Любовные романы[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...