CHP 17

7.6K 128 0
                                    

LUKE

Air kosong aku tuangkan ke dalam gelas dan aku hulurkan pada Cleo. Wajah Cleo yang tadinya pucat, kini beransur pulih. Aku tak tahu kenapa. Tapi, Paul ingatkan aku supaya berikan dia ubat kalau tiba-tiba sahaja dia berpeluh ataupun mukanya kelihatan pucat. Jadi, aku ikutkan sahaja apa yang Paul beritahu aku.

Cleo meletakkan semula gelas yang sudah kosong itu di atas meja setelah dia menelan 2 biji ubat. Gadis itu duduk di tempatnya, senyap tidak bersuara. Aku rindukan dia. Tapi, kenapa semudah itu dia lupakan aku?

"Kau dah okey?"

Cleo senyap tidak menjawab soalan aku. Dia hanya membalasnya dengan satu jelingan tajam. Aku rasa bersalah pula bila buat dia macam tu. Tapi, disebabkan perasaan ego lah aku tak nak beri belas kasihan padanya.

"Kalau kau dah okey. Aku nak pergi dulu."

Aku berdiri dan aku perhatikan wajah gadis yang berada di depan aku.

"Aku takkan lepaskan kau Cleo. Selagi kau tak ingat siapa aku pada diri kau di masa lampau, aku takkan lepaskan kau. Aku tak kisah kalau aku paksa dengan cara yang kejam sekali pun. Kau mesti ingat aku." Kataku padanya sebelum aku melangkah pergi meninggalkannya.

Aku keluar daripada rumah dan aku kunci pintu rumah itu rapat. Aku tak takut nak tinggalkan dia di rumah ni. Sebab, rumah aku ni memang dilengkapi dengan 'security system' yang ketat.

Kakiku melangkah menuju ke arah kereta milikku. Aku masuk ke dalam kereta dan aku pandu keluar daripada perkarangan rumah. Kawasan rumah aku ditempatkan memang sesuai sangat untuk simpan Cleo. Jauh daripada kawasan bandar dan sukar untuk dijejaki orang ramai. Aku buka radio sebagai peneman aku di dalam kereta daripada aku dirundung kesunyian.

"Cleo De Nile have been missing for 2 weeks after her friend visited her at New York. The police investigated on searching Mr. De Nile's daughter."

Nampaknya, kes penculikkan Cleo sudah diketahui orang ramai dan aku kena berjaga-jaga dalam semua ni. Aku membuat panggilan pada Paul dan kurang daripada 2 minit, Paul mengangkat panggilan daripada aku.

"Hello?"

"Kau dah tengok berita?"

"Halahhh, aku malas lah nak tengok berita. Aku tak ada.."

"Kau pergi tengok berita sekarang sebelum aku lempang kau bila kau dah balik nanti."

"Hmmm, yelah..."

"Dah kah belum?"

"Aku baru je buka telefon kau dah tanya dah kah belum. Kau ni... menyusahkan betul lah."

Aku senyap apabila Paul berkata sebegitu pada aku. Ya, aku memang menyusahkan pun. Sejak, kecil lagi aku menyusahkan. Sebab, itu lah mak ayah kandung aku buang aku ke rumah anak yatim sebab aku ni memang menyusahkan dan sukar untuk dikawal. Bawa malang, bawa nasib buruk. Itu lah aku. Dilahirkan untuk bernasib malang.

"Kau nak bercakap pasal kes penculikkan Cleo tu dah diketahui polis?"

"Yaaa, aku nak kau suruh Matt ganggu sistem penyiasatan polis mengenai Cleo. Aku tak nak ada sesiapa yang ganggu kerja aku."

"Okey."

"Ohh, dan satu lagi.. aku nak kau beritahu Matt supaya berjumpa dengan Nova."

"What? Kau nak mamat tu jumpa Nova? Hahahahha, aku rasa Matt nak hadap muka minah tu pun tak berdaya apatah lagi kalau aku suruh dia pergi jumpa Nova."

"Dia akan dengar cakap aku." Kataku tegas pada Paul.

"Perftt, yelah. Nanti aku beritahu Matt. Tapi...itu je kah Matt kena buat? Jumpa Nova tanpa sebab?"

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now