CLEO
Selesai dengan kerja Nova dan selesai juga bersama-sama gadis itu shopping, kami berdua pulang ke bilik apartment aku. Jam yang menunjukkan pukul 9 malam itu sudah membuatkan aku berasa mengantuk. Nova pula sibuk menyelongkar semua barang yang dia beli tadi.
Ini barulah dikatakan jalan-jalan sampai pengsan. Aku tak boleh bayangkanlah kalau ditambah sejam lagi nak berjalan dengan Nova tadi. Hampir dekat 4 jam kami di shopping mall. Lutut aku pun rasa macam dah nak tertanggal je.
"Kau tak penat kah Nova?" Tanyaku padanya.
"Penat tu..penatlah juga. Tapi, seronok. Sebab dapat jalan-jalan dengan kau. Lusa, aku dah nak balik." Katanya dalam nada yang sedikit sedih.
Aku pun sedih juga kalau dia nak balik. Nanti, aku tinggal seorang je lagi. Aku tak nak Luke datang dan culik aku. Walaupun, aku cuba nak lupakan mamat tu dengan ikut Nova membeli-belah tak cukup bagi aku untuk lupakan dia. Sepanjang masa aku termenung, mesti fikiran aku akan fikir pasal mamat tu.
Kenapa dia tu misteri sangat hah? Aku tak fahamlah dengan orang macam Luke tu.
"Wei.."
Aku tersentak apabila ditegur oleh suara Nova. Aku mengalihkan pandanganku ke arahnya.
"Kau nak makan spaghetti tak? Aku buatkan."
"Kau belum kenyang lagi kah? Kita baru je makan dekat kafe tadi."
"Alah, aku lapar balik. Tak puaslah makan makanan tadi. Aku nak makan lagi."
"Hmmm, buatlah. Aku nak juga. Aku pun tetiba lapar balik."
Nova buat muka ke arah aku.
"Mengata aku lebih. Dia sendiri apa kurangnya." Kata Nova sebelum berlalu pergi membawa sos spaghetti dan bungkusan spaghetti yang baru dibelinya tadi.
Aku masuk ke dalam bilik tetamu. Sebab, Nova akan tidur di situ. Jadi, aku kemaslah sikit-sikit. Ada juga barang-barang lama yang aku tak boleh buang aku simpankan di stor bilik tetamu itu. Tiba-tiba, telefon aku bergetar menandakan ada pesanan masuk. Aku buka pesanan daripada nombor yang tidak ada dalam 'contact' aku.
Having so much fun with your friend, Nova? I saw you're very happy with her. - unknown
Aku rasa tak sedap hati dengan pesanan itu. Aku memang dah agak dia ekori aku. Tapi, masa dekat Mall tadi. Tak ada pula aku perasan kelibat sesiapa yang pelik mengintip aku. Tidak macam Steve dan Matt yang memang muncul tanpa selindung depan mata aku.
Aku takut pula disebabkan oleh aku Nova diancam juga. Aku tidak membalas pesanan itu malah aku 'block' nombor telefon itu. Aku tak nak dia ganggu aku lagi. Aku keluar daripada bilik tetamu itu.
Aku lihat Nova masih leka dengan membuat spaghetti di dapur. Aku menuju masuk ke dalam bilik aku. Fikiran aku tak henti-henti memikirkan tentang perkara itu. Aku dapat rasa yang Luke akan muncul semula di depan mata aku.
Aku buntu tak tahu nak buat apa. Aku takut kalau Nova sudah balik ke Berlin nanti, hanya tinggal aku seorang sahaja lagi di sini. Aku lihat telefon aku dan termenung memikirkan cara mahu larikan diri daripada Luke.
Aku membuka telefon aku dan membuka website untuk menempah tiket pernerbangan. Aku kena lari ke tempat yang dia tidak tahu di mana keberadaan aku.
Aku tak nak pulang ke Chicago sebab aku pasti dia tahu pasal tempat tinggal keluarga aku di sana. Kalau Berlin, aku takut kalau aku ikut Nova ke sana, nanti Nova syak ada sesuatu yang tak kena pada aku. Dan, mudah untuk Luke juga mencari aku di Berlin sebab dia kenal Nova.
YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romance[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...