MATT
"Sekarang ni, kita kena jauhkan mereka berdua daripada kita semua."
Steve, Shawn dan Flynn memandang pelik ke arah aku. Tiba-tiba, sahaja kan aku suruh mereka bangun pukul 4 pagi lepastu cakap macam ni. Memanglah mereka pelik pandang aku.
"Asal pula? Kita yang ajak mereka tinggal sini. Takkan kita nak halau mereka balik semula." Shawn bersuara di sisi Flynn.
"Huhh, maaf kalau aku tak beritahu pasal benda ni. Tapi, Luke tak nak mereka berdua tinggal ataupun kita semua dekati mereka berdua lagi."
"Yeahh, we know that. But, why?" Tanya Steve padaku.
"Ada seorang mamat gila ni ugut Luke untuk jauhi Cleo. Kalau Luke tak dapat jauhi Cleo, dia akan cederakan salah seorang daripada orang yang Cleo sayang. Sampai sekarang Luke tak tahu siapa mamat tu. Kitorang pun masih dalam proses mencari dia."
"Jadi, kenapa selama ni kau tak beritahu kitorang?"
Shawn buat muka tidak puas hati. Flynn pula berkerut memandang wajah aku menunjukkan dia tidak menyukai dengan apa yang aku rahsiakan daripada mereka. Steve pula sudah mengurut dahinya kebingungan.
"Aku simpan semua ni sebab Luke tak nak aku beritahu pada orang lain. Kau faham-faham lah Luke tu jenis yang tak suka orang tahu pasal masalah dia."
"Hmmm, now? What are we gonna do?" Tanya Steve padaku.
Aku pun tak pasti nak buat macam mana sekarang ni. Gila kah kalau nak halau mereka tanpa sebab.
"Apa kata kita pergi jauh-jauh daripada sini dan tinggalkan mereka dekat sini aje. Kan senang. Habis cerita."
PAPP
Shawn menampar belakang kepala Flynn yang memberi cadangan mengarut itu.
"Cadangan kau langsung tak membantu tahu tak. Kita yang jemput mereka tinggal sini, kita pula yang nak tinggalkan mereka berdua. It's rude dude." Marah Shawn pada adiknya itu.
Flynn mencebik dimarahi oleh abangnya yang seorang itu.
"Betul kata Shawn itu. Kalau kita tinggalkan mereka disini, risiko mereka dalam bahaya lebih tinggi. Kita tak tahu apa tindakan seterusnya daripada mamat gila yang ugut Luke itu." Kata Steve pada kami semua.
"Aku rasa, dalam situasi ni. Kita tak payahlah nak berahsia lagi pasal benda ni dekat mereka berdua." Sampuk Shawn di sisi Flynn.
"Beritahu pasal apa?"
Suara seseorang menyampuk dari belakang membuatkan kami tersentak. Pandangan kami berempat beralih memandang wajah gadis berambut hitam itu.
"Kau...tak tidur lagi kah?" Tanya Flynn pada gadis tersebut.
"Mmm, aku terjaga daripada tidur. Lepastu, aku tak boleh tidur sebab dengar suara korang dari luar. Jadi, aku keluarlah nak tahu apa yang korang buat."
"Kau dengar semuanya?"
"Actually, yes. Aku dengar semuanya. Aku tahu korang rahsiakan semua benda ni sebab tak nak buatkan Cleo risau."
This is why i love her. She's really understand people. How can i left such a kind person just like that?
"Ehemm.." Steve berdehem ke arah aku apabila dia perasan yang aku sedang berangan.
"Berangan. Pantang nampak Nova kau eh." Usik Shawn padaku.
Aku hadiahkan satu jelingan ke arahnya. Aku perasan yang Nova kelihatan malu apabila diusik sebegitu.
YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romance[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...