CLEO
Aku terjaga daripada pengsanku. Aku lihat keadan disekelilingku yang aneh itu dan ada seorang lelaki yang duduk di sofa berhadapan aku. Ianya bukanlah bilik aku malah kaki dan tangan aku digari pada tiang katil. Aku cuba untuk meronta walaupun aku tahu aku tak akan dapat melepaskan diri.
"Dah sedar pun kau." Katanya pada aku.
Lelaki itu mendekati aku. Dia meniarap ke atas katil dan kini dia berada di atas aku.
"Apa yang kau nak daripada aku hah?! Gila!" Marahku padanya.
"Garang kau eh. Aku suka perempuan macam kau."
Dia menyelitkan anak rambutku itu ke belakang telingaku. Aku meludah mukanya jijik.
"Don't you ever touch me." Kataku tegas padanya.
Dia tersengih melihatkan aku yang berani melawannya itu. Air liur aku tadi dia lapkan dengan ibu jarinya dan dibawanya masuk ke dalam mulutnya. Aku jijik melihat tindakannya itu yang merasa air liur aku itu.
"It's delicious babe." Sengihnya pada aku.
Aku rasa ingin menangis pula apabila terkenangkan diriku yang diikat sebegini. Aku tahankan sahaja air mataku supaya aku kelihatan tidak lemah di mata lelaki gila itu.
"Let me go!"
"I will but, not now." Bisiknya pada telingaku.
Ianya membuatkan aku rasa geli. Dia menghadiahkan satu kucupan hangat pada cuping telingaku. Dia bergerak mencium seluruh wajahku dengan penuh nafsu. Aku rasa semakin tak selesa apabila aku rasakan sesuatu yang pelik di celah kangkang aku.
"Who are you?" Gigiku ketap geram sambil bersuara padanya.
Dia berhenti daripada meneruskan perbuatannya. Wajahku dipandangnya tajam. Pandangan mata kelabu miliknya itu menusuk sehingga menggetarkan jantungku. Namun, aku berlagak seakan-akan tidak takut padanya.
"I'm your boyfriend, Luke."
Aku cuba untuk mengingati nama itu. Adakah nama Luke itu pernah muncul dalam kamus hidupku. Aku memang pernah ada teman lelaki. Cuma, ianya sudah menjadi bekas teman lelaki aku dan dia sudah lama meninggal akibat tragedi kapal terbang terhempas 5 tahun lalu.
Memang agak sukar juga bagiku untuk melupakan kekasih hatiku itu. Sebab sebelum itu, aku sudah putuskan hubungan dengan dia.
Mana mungkin, lelaki di depanku ini yang memperkenalkan dirinya sebagai Luke itu adalah benar-benar teman lelakiku.
"I don't know who you are and you're not Luke." Bantahku padanya.
"You forget about me. Huh?"
Lelaki di depanku itu membuka baju yang dipakai olehnya. Aku lihat pada dadanya yang tegap itu terdapat tatu yang berbentuk hati bersayap dan di tengah-tengah hati itu terukir namaku. Cleo.
Ditangan kanannya juga terdapat satu tarikh yang hanya dia sahaja yang membuatnya pada lengannya sebagai tatu. Iaitu, tarikh hari pertama aku kenal dia, tarikh kami berdua mulai menjadi pasangan dan yang paling penting adalah tarikh lahir aku.
"No...No way. Luke is dead and he is not my boyfriend anymore." Bentakku padanya.
"It's me!" Tengkingnya pada aku.
Aku diam apabila ditengking olehnya. Ianya amat sama seperti Luke menengking aku. Tapi, aku tak pernah tengok pun muka lelaki ini. Muka dia amat berbeza dengan muka Luke.
Aku tak percayakan dia.
"I don't trust you. Fake!"
Dia meraup wajahnya kasar cuba menahan amarahnya. Dia turun daripada katil dan meninggalkam aku seorang diri di dalam bilik. Pintu siap dihempas kuat olehnya.
"Arghhhh!" Jeritku kuat melepaskan rasa marah.
Semuanya bercampur-baur apa yang dirasai olehku. Aku rasa sedih dan rasa marah. Air mata bertakung di tubir mataku. Tiba-tiba, pintu bilik terbuka semula. Seorang lelaki masuk membawa sebungkus makanan.
Ianya Steve. Lelaki yang khianati aku. Dia kata dia nak bawa aku balik. Tapi, dia pun dalang dalam menculik aku.
"Hei, aku ada bawa makan untuk kau ni."
"Fuck you! I fucking hate you, Steve." Kataku marah padanya.
Terbit perasaan bersalah pada riak wajah lelaki itu. Aku lihat dia membuka gari yang menahan aku pada tiang katil dan dia garikan pula pada tangan sebelah kananku. Gari yang menahan tangan kananku sentiasa terikat pada tiang katil itu dibuka olehnya.
"Tak ada gunanya kau lepaskan gari itu. Tetap juga aku kena gari kan." Sindir aku padanya.
Dia tidak bersuara menerima sindiran aku. Dia angkat aku untuk duduk bersandar.
"Apa yang korang nak daripada aku hah?!"
Steve tidak menjawab. Dia mengambil kerusi dan duduk berhadapan dengan aku. Bungkusan makanan itu dibuka olehnya.
Semerbak bau makanan itu menusuk hidungku membuatkan perutku semakin lapar.
"Jawablah soalan aku." Desakku padanya.
"Aku cuma ikut arahan, Cleo. Aku tak berniat pun nak culik kau." Katanya pada aku.
"Aku tak tanya pasal niat kau kan? Niat kau baik kah, jahat kah. Aku tak kisah. Sebab, muka kau memang dah jahat. Aku tanya soalan lain kan? Ataupun kau yang tak faham soalan aku?" Aku berani berhadapan dengan Steve.
Steve kekal senyap.
"Jawab soalan aku!"
"Aku tak tahu! Aku tak tahu apa yang Luke nak dekat kau. Aku cuma ikut arahan je."
Terbit satu sifat jujur pada wajah Steve. Aku rasakan yang dia memang tak tahu apa yang Luke nak daripada aku. Aku tak tahulah sama ada Luke tu memang Luke bekas teman lelaki aku ataupun dia cuma penyamar yang nak culik aku.
"Nah makan ni. Aku tahu kau lapar."
Steve menghalakan sudu itu pada mulut aku. Aku tepis tangannya menyebabkan sudu itu terjatuh dan menyebabkan tempat itu sedikit kotor.
"Aku nak balik. Lepaskan lah aku..." rayu aku padanya.
Aku tak nak hidup aku dirosakkan dekat sini sahaja. Aku tak nak mak ayah aku risau dan Nova yang akan datang berjumpa dengan aku, tercari-cari dimana aku berada.
"Aku yakin kau akan balik esok. Luke akan lepaskan kau esok."
Aku ragu-ragu mendengarkan kata-kata Steve.
"Aku tahu kawan baik kau akan datang esok. Sebab, itu lah Luke akan lepaskan kau esok." Kata Steve cuba untuk meyakini aku.
"Tipu." Aku tidak mempercayainya.
Tiba-tiba..
"Kalau kau nak aku lepaskan kau esok, kau kena makan." Sampuk suara garau di muka pintu.
Ianya lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Luke itu. Dia merenung wajahku tajam. Aku dapat rasakan yang dia masih marahkan aku.
"Makan.." pujuk Steve pada aku.
Sekali lagi, dia menghalakan sudu yang terdapat sesuap makanan itu pada aku. Kali ini, aku mendengar arahannya.
"Bagus. Esok aku akan hantar kau balik dekat apartment kau. Jangan lupa bangun awal." Pesannya pada aku.
Dia berlalu pergi meninggalkan aku dan Steve. Makanan itu aku kunyah dengan penuh selera sebab perut aku memang kosong gila.
"Bolehkah aku percayakan korang? Lebih-lebih lagi muka pengkhianat macam kau?"
Steve terkesan dengan sindiran aku. Dia tetap buat muka bersahaja.
"Sudah tentu kau boleh percayakan kitorang. Luke sendiri yang akan hantar kau esok."
"Macam mana aku nak percayakan korang?"
"I don't know. We cannot force anyone to trust someone. There's nothing I can prove to you."
YOU ARE READING
I SEE YOU, I HEAR YOU..
Romance[⚠MATURE] Aku belajar di Manhattan, New York demi kecemerlangan masa depanku. Namun, ianya bertukar gelap apabila aku ditangkap oleh seorang lelaki yang mengaku dia sebagai teman lelaki aku. Aku tak tahu nak buat apa dan apa yang sedang berlaku pad...