CHP 9

10.4K 171 1
                                        

CLEO

Mataku terbuntang luas dan degupan jantung aku terhenti seketika. Aku..aku tak tahu nak cakap apa tapi, mereka berdua ada di sini! Tak mungkin..tapi..takkan mata aku nak menipu kot. Itu memang mereka berdua!

Di dalam rumah Aunty Marry dan..apa yang mereka buat dalam rumah Aunty Marry?!

"Hello there, excited to see you again." Sapa Matt pada aku dengan senyuman senget.

Steve pandang muka aku dengan pandangan yang tidak berkelip. Aku terkejut. Aku ibarat terkena heart attack sekejap. Macam, semua ni mimpi kah? Takkan mereka adalah remaja lelaki yang ada di dalam gambar bersama Aunty Marry.

"Matt, Stu, Cleo, mari kita makan malam." Ajak Aunty Marry pada kami bertiga.

Aku rasa aku patut melarikan diri sekarang juga. Macam mana kalau Luke ada bersama mereka berdua sekali?! Aku tak nak berjumpa dengan mamat tak guna tu. Aku boleh agak kalau aku ditangkap untuk kali kedua, hidup aku akan musnah. Aku tak nak hidup dalam kehidupan kucar-kacir.

"Cleo, termenungkan apa tu?" Tanya Aunty Marry padaku.

Aku tersedar daripada lamuanan aku yang bertarung dengan diri sendiri. Aku lihat ke arah dapur di mana Aunty Marry, Matt dan Steve sudah duduk di meja makan. Aku angkat daripada dudukku di atas sofa dan menuju ke arah dapur.

"Haa, duduk sini."

Aunty Marry menepuk tempat duduk disebelahnya di mana aku akan menghadap muka Steve. Aku rasa tak sedap hati malam ni. Kena kah tidak aku tidur malam ni? Memikirkan tentang diri aku yang bakal bertemu dengan Luke sekali lagi.

"Stu, Matt, ini adalah pekerja grandma yang paling ramah dengan grandma. Cleo." Kata Aunty Marry pada kedua-dua lelaki itu.

Steve hanya tersenyum kekok memandang muka aku. Matt pula macam biasa langsung tidak mempunyai reaksi. Dia lebih kepada suka buat muka mengejek dan sombong.

Aku tak perlu pun diperkenalkan kepada dua lelaki yang jahat di depan aku ni. Kalau aku boleh putarkan masa, mahu saja aku tidak bertemu dan diperkenalkan dengan mereka berdua. Perkenalan aku dengan Steve dan Matt langsung membawa malang.

"Aunty gembira malam ni Cleo dapat sertai makan malam di rumah Aunty." Kata Aunty Marry gembira.

"Aunty?? Bila masa grandma jadi Aunty ni?" Usik Steve dengan senyuman mengusik.

"Ishh, kamu ni. Biarlah granda merasa saat-saat dipanggil deegan gelaran muda ni. Jaga kamu berenam pun dah buat grandma rasa tua. Walaupun, umur grandma masih dalam lingkungan 40an."

Aku hanya diam membisu di sebelah Aunty Marry menjamah makanan yang ada di depan mata. Aku tak ada selera langsung pun nak makan banyak. Sebab, terlampau memikirkan cara-cara untuk melarikan diri.

"Alahh, yelah tu. Grandma. Anyway, esok Luke dan yang lain akan datang." Kata Steva pada Aunty Marry.

"Uhukk..." aku tersedak apabila mendengarkan apa yang diperkatakan oleh Steve.

Mereka bertiga memandang aku pelik. Aunty Marry menghulurkan aku segelas air kosong.

"Nah, minum ni Cleo. Makan tu janganlah gelojoh sangat." Kata Aunty Marry sambil mengusap belakang aku.

Tekak aku rasa perit sebab terkejut mendengarkan yang Luke akan datang ke sini pada esok hari. Aku mesti larikan diri. Aku tak nak!

"Cleo, tersedak sebab terkejut dengar suara macho Stu lah grandma. Bukannya disebabkan gelojoh masa makan."

Aku buat muka menyampah mendengar ayat Steve itu. Buat apa aku terkejut dengar suara dia. Langsung tak memberi kesan pada jantung aku untuk berdegup macam nak pecah.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang