CHP 29

4K 89 0
                                    

CLEO

Malam itu, Nova datang ke rumah aku untuk bersiap bersama.  Walaupun,  sebenarnya dia dah siap awal cuma datang ke rumah aku untuk pergi bersama-sama ke majlis nanti.  Perkara terakhir yang aku buat adalah menggayakan rambutku.

"Oh ya,  Nova.  Aku ingatkan kau dijemput oleh Matt.  Kenapa kau tak ikut dia sekali untuk ke majlis nanti?" Tanyaku pada Nova.

"Emmm,  aku tak nak dia datang rumah. Kau tahulah ibu ayah aku strict sikit.  Mana suka anak perempuan kesayangan mereka ni menggatal dengan lelaki." Kata Nova pada aku.

Betul juga tu. 

Aku tambahkan aksesori pada rambutku.  Aku pandang pantulan diriku pada cermin untuk kali terakhir untuk memastikan yang aku sudah pun cantik. Huhu, cantik macam mana sekalipun kalau malam ni tak ada partner,  memang hmmm je lah.

"Dah kah belum tuan puteri? Bersiap macam nak pergi majlis diraja." Kata Nova berbaur sindiran.

Aku melibaskan rambutku membuat gaya gedik. Hahahah,  dengan minah ni je aku macam ni eh.  Kalau depan orang ramai,  memang tak lah.  Beri malu je.

"Okey,  dah.  Beta sudahpun cantik."

Nova meletakkan kedua-dua tangannya mendarat di atas bahu sambil membuat muka menyampah.

"Dah,  jom!"

Nova tarik tangan aku keluar daripada bilik.  Kami berdua menuju ke arah pintu.  Aku melambai ke arah kedua-dua ibu bapaku sebelum kami berdua keluar.

"Be careful,  ladies."

"Jangan pulang lewat sangat tau."

Aku anggukan sahaja pesanan kedua-dua ibu bapaku itu.  Kami berdua keluar daripada rumah dan aku dapat lihat sebuah kereta mewah berjenama Ferrari terparkir di depan luar pagar rumahku.

"Sejak bila kau ada Ferrari?" Tanyaku ke arah Nova.

"Nope.  Itu bukan kereta aku.  Itu baru kereta yang aku bawa ke sini tadi." Tunjuk Nova ke arah kereta Mercedes putih yang terparkir di bawah pokok di depan rumahku itu.

"Habistu,  tu kereta siapa?"

"Matt.  Aku suruh dia ambil kita dekat rumah kau.  Aku tahu kalau aku suruh dia ambil aku terus dekat rumah aku.  Naiya aku nanti kena dengan ibu aku."

Kami berdua menuju ke arah kereta tersebut.  Aku yang berjalan mengekori Nova terasa segan pula sebab aku berseorangan.  Single lah katakan. Mana ada pernah ada pasangan setiap tahun prom night.

Tingkap yang bersebelahan dengan pemandu itu diturunkan dan wajah senior pelajar 19 tahun itu terpampang di depan mata. Memang tak dinafikanlah Matt itu memang kacak lagi tampan.  Aku perasan baju yang Nova pakai sama padan dengan Matt.  Kedua-dua mereka mengenakan pakaian berwarna peach.

"Okey,  Cleo.  Kau duduk belakang." Kata Nova padaku.

Aku iyakan sahaja dengan arahan Nova itu.  Pintu kereta di bahagian belakang terbuka dengan sendirinya daripada dalam.  Aku pelik namun,  aku biarkan sahaja. Aku melangkah masuk dan aku duduk di tempatku. 

"Hey,  we meet again huh?" Suara garau itu menyapa gegendang telinga aku.

Aku pandang ke arah kananku dan pandangan aku bertembung dengan anak mata berwarna kelabu milik seorang lelaki.  Dia lelaki yang aku jumpa semalam dekat rumah anak yatim tu. 

Pakaian yang digunakan olehnya adalah blazer berwarna putih bersama kemeja hitam di bahagian dalam. Dipadankan pula dengan seluar berwarna hitam.  Gayanya sangat memikat dan mampu buatkan aku terpukau seketika.

I SEE YOU, I HEAR YOU..Where stories live. Discover now