Prologue

3K 122 7
                                    

Brak! Meja ditolak kasar oleh si pengarah syarikat perhotelan itu. Hotel Blue Moon.

"Betul ke yang syarikat perkapalan mahu bekerjasama dengan kita?"

"Ya Tuan muda Gempa, saya baru sahaja terima email dari PAnya pagi tadi. Adakah Tuan muda mahu menjalankan kerjasama dengan syarikat dia?"

Gempa memandang si pengurus hotel itu, dengan tatapan meremehkan. Dia berpeluk tubuh, seraya bangun dari kerusi kebanggaannya.

"Kau ingat aku mudah-mudah aje, terima tawaran itu. Selidik dahulu selok belok syarikat itu, aku tak nak nanti ada yang berat sebelah. Faham?"

"Baik Tuan."

"Dah bla!"

Lelaki itu mengangguk faham, baru sahaja dia mahu berbalik namanya dipanggil oleh Gempa.

"Ohya Nut, aku lupa nak tanya kau, kau dah buka cawangan kerja kosong untuk menjadi PA aku?"

"Dah Tuan muda, kami dah letak di dinding hotel dan sebar melalui laman sosial. Dan kita mendapat beberapa orang yang berdaftar masuk. Tuan muda nak tengok ke? Saya akan hantar fail maklumat mereka yang mahu interview pada hari esok kat Tuan muda nanti." kata Nut.

Gempa mengangguk kepala, "Okey, dah bla."

"Sebelum tu, saya cuma nak pesan kat Tuan muda. Jangan lah di hari interview esok, Tuan muda buat perangai ya? Nanti lari tak cukup tanah pula diorang, bila tengok Tuan muda yang garang macam singa dan sedikit dungu orangnya."

Mata Gempa membulat, dia tenung Nut tidak puas hati.

"Apa kau kata? Kau nak mati?"

Nut tersengih lalu melarikan diri sebelum Gempa mengamuk dan membaling meja padanya.

"Tch tak guna mamat tu."

Gempa mengeram marah, dia menuju ke tingkap pejabatnya. Dia memandang suasana bandar yang berada di bawah dengan tatapan sinis.

"Membosankan, benda yang sama aje. Tak ada perubahan pun."

•••••

"Okey, pemilik angka giliran 110 sila masuk. Chaiyok!"

Nut meringis pelan, kerana ini sudah masuk orang yang ke-110. Apa yang si Tuan muda dia lakukan di dalam, dia pun tidak tahu sampaikan orang-orang yang mahu interview cabut lari belum sempat 10 saat. Wahh, pecah rekod. Pemikiran Tuan mudanya, memang tidak terjangka. Pelik dan aneh. Padahal dia dah pesan kelmarin, memang budak itu tidak mengambil peduli.

Haraplah, orang yang ke-110 ni kebal orangnya. Amin.

Nut mengerling ke arah lelaki muda yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam pejabat Gempa.

"Harap kau tabah wahai anak muda."

Sementara itu di dalam pejabat Gempa..

Gempa memainkan pen hitam dengan jari-jemarinya, lalu hujung pen diletakkan dibibirnya. Dia mengerling lelaki muda yang duduk di hadapannya.

Boleh tahan. Desis hati Gempa.

"Jadi nama engkau Halilintar? Hmmm, nama yang unik. Berumur 24 tahun, not bad. Muda satu tahun dari aku. Kau lepasan Phd kat London? Wahh, hebat."

"Terima kasih." jawabnya sopan. Dia tersenyum tipis.

"Okey kau di terima bekerja di sini." kata Gempa seraya menutup fail maklumat peribadi milik Halilintar.

"Terima kasih sekali lagi Tuan muda, jadi bila saya boleh start kerja?"

"Esok, pukul 8 tepat kau harus ada kat sini dah. Nanti Nut akan beritahu kau apa yang perlu kau buat. Sekarang kau rasmi menjadi personal assistant aku, esok jangan lewat. Dah pergi."

Halilintar bangun dari kerusi, dia membongkokkan sedikit tubuhnya pada Gempa. Dia tersenyum seraya berbalik untuk beredar dari situ.

Gempa mengangkat kening, dia senyum senget.

"Oh Halilintar ya? Hmmm, not bad. Jom kita bermain dengan dia."






Yay or nahh?

Ada yang berminat untuk sya lanjutkan cite ni? Hehehe, sya dapat inspirasi dari citer Hotel Del Luna, tapi dengan jalan cite berlainan.

Dalam cite ni, Gempa dan Halilintar seperti tertukar sifat cam tu lah. Nanti korang akan tau, bila korang ikuti kisah mereka. 😊

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now