Kuku jarinya ditilik dengan penuh teliti, sesekali dia meniup kuku jarinya. Kakinya yang berada di atas meja digoyangnya perlahan.
Gempa bermain dengan anak rambutnya yang menutupi dahinya.
"Hmmm, kalau aku warna rambut mesti nampak swag kan. Warna apa eh yang sesuai?" gumam Gempa.
Tok! Tok!
Rengusan keluar dari mulut Gempa, bila suasana tenangnya di ganggu.
"Masuk!"
Cleak!
Gempa hanya buat bodoh sahaja, tidak sedikit pun mengangkat kepala untuk melihat orang yang kini berdiri di hadapannya. Dia ralit menatap kukunya.
"Tuan muda, petang ni Tuan muda ada perjumpaan dengan klien dari syarikat perkapalan. Mesti Tuan muda dah tau kan sebelum ni dari encik Nut?" kata Halilintar.
"Ya, dalam pukul berapa?"
Halilintar mengerling tablet di tangannya.
"Pukul 2 petang, di kafe Smiling Orkid."
"Okey, so ada lagi?"
"Tak ada dah, tu aje. Kalau macam tu sa.."
Brak!
"Tuan muda!!"
Gempa hampir sahaja jatuh dari kerusi kerana terperanjat dengan terjahan tiba-tiba itu. Dia merenung marah pada Nut.
"Woii malaun, tak reti bagi salam or ketuk dulu ke pintu tu baru masuk. Cetek akal." kata Gempa dengan nada geram.
Nut tersengih-sengih, dia berlari mendekati bosnya. Halilintar hanya diam statik di tempatnya sambil memerhatikan dua manusia itu.
"Tuan muda.."
"Apa?!"
"Kita ada masalah sikit ni."
"Masalah?"
"Ya, penginap di bilik 209 membuat aduan yang peti sejuk bilik tu rosak dan dia nak pindah ke bilik lain."
"Apa kau kata? Tch! Sebab peti sejuk rosak aje, dia senang-senang minta tukar bilik? Dia ingat mudah-mudah aje ke nak tukar bilik ni? Macam kat hotel ni tak ada jual makanan aje." omel Gempa menahan geram.
Dia bangun dari kerusi, lantas dia mengeluarkan sesuatu dari bawah mejanya.
Membuntang mata Halilintar melihat apa yang berada di tangan Gempa, senapang okey! Nut hanya memandang Gempa datar, dia dah faham benar dengan tingkah Tuan mudanya yang sorang ni.
"Tuan muda nak buat apa dengan senapang tu?" soal Halilintar panik. Gempa tersenyum sinis.
"Nak buru orang, yang tak kenal budi aje."
Gempa berganjak mahu keluar, namun ditahan oleh Halilintar.
"Tuan muda letak benda bahaya tu, bagi saya hm?" Pujuk Halilintar, seraya mencuba untuk merampas bahan api yang terlarang dan berbahaya itu.
Gempa berdecit, "Kau tak payah sibuk, ni kerja aku. Tch!"
"Tapi, Tuan muda nak keluar dengan baju tido pink tu ke?"
Teguran dari Nut, buatkan langkah Gempa terhenti. Dia mengerling baju tidurnya yang belum dia tukar. Macam mana dia mahu tukar, kalau tiada baju spare.
"Lantaklah, lagipun ni baju juga kan? Setidaknya aku pakai baju. Nak pelik apanya, bukan aku bogel pun kan." bidas Gempa pedas seraya berlalu dari situ sambil memikul senapang di bahunya. Lagak seperti gangster sahaja, tak padan dengan baju warna pink.
"Mulut budak ni." omel Nut perlahan, takut di dengari oleh si singa betina itu. Kalau tak naya dia.
"Jom encik Nut." ajak Halilintar.
"Tak payah berencik, panggil Nut aje. Dah jom."
Halilintar mengangguk dan mereka berdua mengorak langkah untuk mengejar Gempa yang sudah jauh ke hadapan.
•••••
"Jadi kau lah orang yang tak kenal budi tu eh? Apa kau kata tadi nak tukar bilik? Kau ingat hotel aku ni apa ha?"
Gempa meletak kakinya di badan sofa di tepi bahu si wanita yang membuat aduan, dia kerling suami wanita itu. Muncung senapang diletakkan di bawah dagu wanita itu.
"Tuan muda tu bukan ca..."
"Shh.."
Nut menahan Halilintar yang mahu mendekati Gempa yang sedang menerkam mangsanya.
"Biarkan dia, kalau kau masuk campur.. Kau yang kena imbasnya nanti. Baik diam dan tengok aje, kalau dia bertindak diluar kawalan baru kita tahan."
Halilintar hela nafas, baru hari pertama dia sudah melihat kelakuan luar biasa bosnya itu.
"Awak kan pemilik hotel ni, haruslah turuti kemahuan costumer. Please, jauhkan benda tu dari isteri saya." kata si suami dengan tegas.
Gempa berdecih. "Tch! Baik kau orang boleh tukar bilik, tapi untuk check in bilik lain harus bayar dua kali ganda."
"Apa?! Kenapa pula?"
Gempa berganjak menjauhkan dirinya, dia memikul senapang di bahunya. Dia memandang sepasang suami isteri itu dengan tatapan remeh.
"Itu peraturan hotel aku, hotel aku ni class dia tinggi sikit. Sikit aje tak lebih. So, kenalah ikut peraturan yang ada kan? Kalau kau tak nak, aku okey aje. Korang duduk ajelah kat bilik ni. Lagipun, hotel ni ada kantin tempat makan. Dia buka 24 jam. So, chau."
"Tunggu!"
Gempa tersenyum menang. "Apa?"
"Okey kami akan bayar dua kali ganda. Lagipun aircond bilik ni kurang sejuk."
"Okey, Nut!"
Nut melompat kaget bila disergah tiba-tiba.
"Apa Tuan muda?"
"Uruskan malaun dua ni, mereka akan tukar bilik."
"Baik!"
Gempa pandang Halilintar yang membisu sedari tadi.
"Kau lelaki bermata merah, ikut aku."
"Tsk, aku ada namalah. Suka suki dia aje panggil aku mata merah, tau lah mata aku ni merah. Biadap." omel Halilintar perlahan sambil membuntuti Gempa dari belakang.
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!