Part 34

1.1K 95 8
                                    

"Linlin.."

Gempa berdiri di hadapan Halilintar yang duduk di sofa, di dalam bilik mereka. Dia menyembunyikan sesuatu dari sebalik tubuhnya.

Kepala Halilintar terangkat, wajah isterinya dipandang sekilas sebelum beralih ke skrin tabletnya semula.

"Apa?"

"Linlin ni, kan sudah malam. Letak benda kutuk tu!" kata Gempa, kakinya dihentak menunjukkan tanda protes.

Halilintar tersenyum, "Kenapa ni? Sayang nak apa?"

Bila ditanya begitu, wajah Gempa berubah sedikit. Dia mengeluarkan sesuatu dari belakang tubuhnya.

"Linlin, Gem nak Linlin pakai ni boleh?"

Pandangan mata Halilintar jatuh pada benda yang Gempa pegang itu. Kostum Pikachu.

"Perlu ke? Gem nak Linlin pakai benda ni memalam buta? Ishh, tak nak lah."

Gempa ketap bibir. "Pakai!!"

Halilintar hela nafas, lebih baik dia turutkan sahaja permintaan Gempa sebelum lelaki itu mengamuk. Orang mengandung ni sedikit sensitif jikalau permintaannya tidak ditunaikan.

Tabletnya dimatikan dan diletakan di sebelahnya. Kini tumpuannya pada Gempa.

"Okey, Linlin pakai. Jangan buat muka cemberut lagi." Halilintar bangun dari duduknya, dia merampas kostum di tangan Gempa. Tanpa banyak suara, dia menyarungkan kostum itu pada tubuhnya.

"Linlin dah pakai, so?" tanya Halilintar bila mendapati Gempa hanya membisukan diri.

Gempa berpeluk tubuh, dia mendongakkan kepala untuk melihat wajah Halilintar. Bibirnya termuncung sedepa.

"Gem nak Linlin pakai baju ni sampai esok pagi. Emm, boleh tak Linlin buatkan Gem pizza yang disalut coklat dan jams kacang? Lepastu, letak cheese bebanyak kat atas dia. Lepastu, letak daging, ayam, hotdog, dan udang yang dikisar. Akhir sekali, toppingnya letak susu pisang pekat. Boleh? Ohya lagi satu! Gem nak ramen ghost pepper, Gem nak Linlin gaul dia dengan cheese, hotdog dan sardin. Boleh Linlin buatkan?"

Terlopong mulut Halilintar mendengar pesanan panjang berjela dari Gempa. Kenapa aneh sangat pesanan dia?

"Boleh tak?" tanya Gempa lagi bila melihat Halilintar tercenggang dengan wajah blur.

"Err... Boleh? Tapi kenapa pelik sangat?"

"Apanya yang pelik, pergi buat cepat!"

"Ba..baiklah."

"Sebelum lupa, Gem nak Linlin buat air untuk Gem boleh? Gem nak, susu pisang, buah strawberry, anggur, laici, mangga dan mocha. Semua tu blender sekali tau? Buat sedap okey?"

Halilintar ketap mulutnya, tidak tahu hendak komen apa. Jadi dia turutkan sahaja.

"Baik."

•••••

"Okey, pesanan anda dah siap! Cuba lah rasa. Nampak macam aneh aje, betul ke sayang nak makan semua ni? Nanti sakit perut macam mana?"

Halilintar mengomel sambil menghidang pesanan Gempa di atas meja.

Gempa tersenyum senget.

"Bukan Gem lah nak makan, Gem nak Linlin makan semua ni sehingga licin! Cepat makan!"

Wajah Halilintar berubah pucat bagaikan tidak berdarah. Dia merenung makanan dan minuman yang Gempa pesan itu. Aneh, tengok sekilas pun sudah buat dia mahu muntah.

"Ta..tapi.."

"Tak ada tapi-tapi! Makan cepat!"

Helaan nafas terhembus kasar dari belah bibir Halilintar.

"Fine!"

"Hehehe good! Apa lagi makanlah cepat."

Halilintar telan liur yang terasa pahit, dia melabuh duduk di sebelah Gempa. Dia pandang pizza yang sudah tiada rupa seperti pizza sahaja kerana terdapat lelehan susu pisang pekat. Dia jeling pula ramen, yang err pelik juga apatah lagi air yang dia blender itu.

"Go Linlin, awak boleh!" Gempa bertepuk tangan sambil menyorak nama suaminya.

Halilintar berdehem, dengan dahi berkerut dia mencapai sekeping pizza lalu disuakan ke dalam mulutnya. Tekaknya terasa loya, mahu sahaja dia muntahkan balik benda itu namun melihat renungan maut Gempa itu dia batalkan niat murninya.

"Uwek!" Halilintar menutup mulutnya. Dengan wajah terpaksanya, dia telan pizza unik itu.

"Makan sampai habis ya Linlin sayang."

Halilintar tidak menyahut, dalam hatinya dia sudah menangis pilu. Kenapa dia harus diberi ujian sebegini rupa? Huhuhuhu...










Tbc...

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now