"Ergh.. Siapa yang kacau aku tido ni? Ishh!"
Tangannya meraba-raba meja kecil di tepi katil, telefonnya yang berbunyi sedari tadi di capai. Tanpa melihat nama si pemanggil, dia terus menekan butang hijau.
"Apa kau nak? Kacau ajelah!" bentaknya geram, dengan mata tertutup.
"Halilintar!! Kau tahu tak sekarang dah pukul berapa?! Mana lubang hidung kau? Aku tak nampak dari tadi, kau kat mana ha syetan?!"
Halilintar menjauhkan telefonnya dari telinga, wuish mahu pecah gegendang telinganya dijerit begitu. Dia melompat bangun, jam dinding dia pandang.
"Oh shit!"
"Berani kau shit kan aku budak! Kau sampai sini, aku potong bird kau!! Ergh cepat woii!!"
"Yeye pendek, saya tengah otw ni! Saya chau dulu!" talian telefon dimatikan dan dia mencampak telefonnya ke atas katil lalu dia berlari anak masuk ke dalam bilik air.
"Aduh, mesti singa pendek tu mengamuk nanti. Matilah aku."
•••••
Kepala Halilintar menunduk, merenung lantai pejabat daripada melihat wajah garang singa jadian di hadapannya.
"Sekarang pukul berapa hm?" soal Gempa sambil mengasah kukunya.
"Pukul 10 pagi."
"Masuk kerja pukul berapa?"
"8 pagi."
Bam!
Terhinjut bahu Halilintar tatkala Gempa memukul meja kerjanya, dia memandang takut-takut pada Gempa.
"Kalau dah tau pukul 8, kenapa lambat ha?! Kau buat apa ha semalam? Bercinta dan bermadu kasih dengan kekasih kau?"
Kepala Halilintar menggeleng laju, menolak tuduhan yang tidak berfaedah Gempa padanya.
"Ish, tu fitnah namanya. Saya mana ada kekasih, macam mana nak bercinta? Lainlah kalau Tuan muda nak bercinta dengan saya hm?" sakat Halilintar sambil menjongket keningnya beberapa kali.
Gempa terdiam dengan mata membulat mendengarkan itu. Pipinya memerah.
"Kau gila! Orang muda dari aku bukan test aku lah, sorry not sorry." kata Gempa angkuh.
"Heleh, Tuan muda ingat saya suka dengan orang lebih tua dari saya ke? Sorry eh?" bidas Halilintar selamba.
"Kau cakap macam aku ni tua sangat, umur aku baru 25 tahun okey!" marah Gempa.
"Saya tak cakap pun yang Tuan muda umur 100 tahun, kita cuma beza satu tahun ajelah." balas Halilintar sedas.
"You're jerk!"
"You're jerk too."
"Biadap!"
Halilintar tersenyum menang, rasa ingin menari pula tatkala melihat wajah tidak puas hati Tuan mudanya itu. Rasakan.
"Kau keluar sekarang, sebelum muka kau yang tak berapa hensem tu aku libas dengan stoking!"
"Yelah, Tuan muda yang pendek. Saya permisi dulu, kalau rindu just panggil nama saya aje ya?" kata Halilintar selamba, sebelah mata dikenyit lalu dia berlari anak keluar dari pejabat Gempa bila mendapati Gempa mahu membaling kasut padanya.
"Tak guna kau!! Berani betul panggil aku pendek! Aku tak pendek lah!! Cuma kurang tinggi ajelah! Bodoh."
Halilintar yang mendengar jeritan Gempa dari dalam sana, tergelak jahat.
"Tch! Tuan muda pendek tu, kalau dah pendek tu pendek jugalah. Belagak tinggi betullah. Tsk, tsk.."
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!