Sandstorm dan Heize membetulkan sut hitam yang dikenakan pada tubuh, sambil menilik penampilan mereka pada cermin solek. Tali leher berbentuk reben berwarna merah turut dibetulkan. Duo cilik kembar itu tersenyum, setangkai bunga terselit di poket sut mereka.
"Boys! Jom turun, tetamu dah hadir!"
"Baik papa!!"
Mereka berdua berbalas senyuman, tangan ditautkan sambil berjalan beriringan keluar dari bilik dan menuju ke tangga untuk ke tingkat bawah. Mereka berdua menuruni anak tangga dengan begitu hati-hati. Senyuman manis yang agak menawan menyambut seruan daripada para hadirin ke majlis ulang tahun mereka yang ke-5 tahun.
"Sini boys!"
Gempa mengamit tangan pada kedua anak kembarnya agar datang mendekat ke arah mereka yang sudah berdiri mengelilingi meja panjang. Di atas meja itu, terdapat sebuah kek oreo dengan lelehan cheese dan coklat serta terdapat makanan lain yang turut terhidang di atas meja itu.
"Baik momma." duo kembar itu terus berlari mendekati momma dan papa serta Atok mereka.
Nyanyian lagu selamat hari lahir mula kedengaran. Acara potong-memotong kek telah dijalankan. Riuh rendah suara kanak-kanak memeriahkan lagi majlis tersebut.
"Happy birthday our twins baby boy." Ucap Halilintar dan Gempa secara serentak. Kedua anak mereka dicium penuh sayang.
Sandstorm dan Heize tersenyum manis bila mendapat ciuman dari ibu bapa kesayangan mereka. Tidak lupa juga dengan Atok mereka, Encik Adam.
"Happy birthday cucu Atok yang hensem dan comel ni. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki, dan juga semoga korang berdua dapat adik baru ya?"
Wajah Halilintar dan Gempa berbahang merah mendengarkan itu. Lengan Encik Adam diketik oleh Gempa buatkan lelaki tua itu mengaduh sakit dalam gelakkan kecilnya. Suka benar mengusik anak dan menantunya.
"Momma, kami nak adik boleh?"
Cara mereka meminta itu, seolah meminta sebatang Lolipop sahaja. Gempa mengerang kesal, dia menjeling maut pada bapa mertuanya manakala Encik Adam sudah melarikan diri selepas mendapat jelingan yang maha tajam dari Gempa.
Halilintar sudah menggeleng kepala. Tahulah dia yang papanya mahu mengenakan Gempa. Tahunya mahu mencari gaduh dengan Gempa sahaja.
Gempa tersenyum masam, dia memandang wajah kedua anak kembarnya yang sedari tadi sememangnya sudah memandang ke arahnya dengan tatapan mata memohon. Okey, serba salah pula dianya.
Dia mengerling Halilintar, seolah mahu meminta bantuan namun suaminya itu pura-pura buat tidak tahu malah dia sibuk mencomot kek ke dalam mulut seraya melencong ke tempat kawan-kawannya melepak.
Gempa ketap bibir. Dasar bertuah punya suami. Cepuk kang baru tahu.
"Momma, kenapa momma diam? Tak nak kasi kami adik ke?" soal Heize dengan wajah sedih. Sandstorm mengangguk kepala setuju. Wajah masing-masing cemberut.
Gempa hela nafas, dia bertinggung agar kedudukannya separas dengan duo kembar itu. Dia mengusap kepala kedua anaknya sambil tersenyum manis.
"Sebenarnya momma ada benda nak kasi tau kamu berdua. Korang berdua yang first perlu tau." kata Gempa.
"Apa momma?" soal duo kembar dengan wajah teruja ingin tahu.
"Kamu akan dapat adik tidak lama lagi sayang. Kamu berdua suka tak?" Bisik Gempa pada kedua anaknya.
Berbinar anak mata duo kembar itu. Mereka bersorak sambil bertepuk tangan.
"Suka!! Yay, kita akan jadi abang tidak lama lagi!"
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!