Part 25

995 95 8
                                    

Gempa bergerak tidak nyaman, bila lelaki di hadapannya asyik merenung dirinya. Mahu buat kerja pun tidak senang.

Dia mengangkat wajah, membalas pandangan Halilintar.

"Apa? Kau nak apa, pandang aku macam tu? Kacau betullah." omel Gempa kesal.

Halilintar terkekek pelan, dia menopang wajahnya dengan kedua tangannya. Matanya tidak sedikit pun melepas pandang pada wajah Gempa.

"Ishh kau ni, apa?"

"Saja, nak tengok wajah bakal isteri."

Gempa mencebik dengan pipi merona merah tipis.

"Tch! Ingat aku cair."

"Eleh, tsundere betullah. Padahal dalam hati dah menjerit gembira."

Tuk! Gempa meluku kepala Halilintar dengan pen. Geram.

Halilintar ketawa sambil mengusap kepalanya.

"Gem, nak tak kita main lawan mata? Siapa kalah, dia kena turut permintaan si pemenang. Macam mana?" kata Halilintar.

"Aku sibuk." balas Gempa getus.

"Eleh! Sibuk apanya? Sedari tadi saya tengok awak tak fokus pun buat kerja tu semua, tergugat dengan renungan mata saya eh?" kata Halilintar dengan wajah perasan.

Mulut Gempa tercebik. "Tak ada maknanya."

"Tak ada maknanya, eleh! Cakap aje lah yang awak takut kalah main mata dengan saya nanti." sindir Halilintar. Sengaja mahu mencabar Gempa.

Gempa meletak pen, dia pandang Halilintar tajam.

"Kau nak cabar aku ke? Aku takut kau yang kalah nanti." Gempa berkata dengan angkuhnya.

Halilintar mencebik, "Kalau macam tu, jomlah. Kita tengok siapa yang akan menang nanti."

"Okey! Jom mula." panas pula hatinya bila dicabar oleh lelaki itu. Dia pantang dicabar okey?

"Okey."

Acara tenung menenung mata dimulai.  Masing-masing seolah hanyut dan saling menyelami ke dasar mata antara satu sama lain.

Idea nakal terlintas diminda Gempa. Goda orang di depannya itu tidak salah kan?

Gempa melentokkan kepalanya, seraya mendekatkan wajah pada Halilintar. Bibir bawahnya sengaja digigit nakal.

Namun, reaksi Halilintar hanya biasa sahaja seolah tidak terganggu dengan aksi menggoda Gempa. Dia merenung anak mata itu datar.

Smirk terpasang di wajah Halilintar. Dia turut mendekatkan wajah pada Gempa. Kini wajah mereka hanya dipisahkan lima jari sahaja. Dia tidak mahu kalah dengan lelaki mungil itu.

Halilintar dengan sengaja menjilat bibirnya, dia smirk. Kening dijongket beberapa kali dengan sebelah mata dikenyit nakal.

Gempa terkesima dengan serangan tiba-tiba dari Halilintar. Balas dendam nampak? Berani betul lelaki itu buat hatinya seperti mahu meletup sahaja. Jahat. Dia mengembungkan pipinya, dengan mata tetap menentang pandangan mata Halilintar.

"My goldy bun, I will bang bang your heart with all my love."

"Sure? When you hear my heartbeat, baby. You’re my light and salvation.
The rain is coming close to an end and I won’t let go of your hand. Cause my heart’s on fire for your love, Linlin."

Halilintar tidak membalas, malah dia tersenyum sambil memegang dagu Gempa.

Gempa membalas senyuman itu seraya menundukkan pandangan matanya, sudah tidak kuat mahu bertentang mata dengan lelaki bermata merah itu. Jantungnya sedari tadi tidak reti nak duduk diam. Biarlah dia kalah pun, dia dah tak tahan.

"Mengaku kalah?" kata Halilintar mengejek. Dia mencuit-cuit pipi Gempa yang tampak kemerahan itu.

Gempa tidak menyahut, dia menepis tangan Halilintar.

"Tak guna."

"So, awak dah kalah. Hm, apa yang patut saya hukum awak ya?" Halilintar mengusap dagunya, otaknya ligat memikirkan hukuman apa yang sesuai untuk Gempa. Korang rasa apa yang sesuai ya?

"Kau jangan bagi yang pelik-pelik ya? Kalau tak siaplah kau, aku akan menghantui kau."

Halilintar tersenyum herot. Dia bangun dari kerusi dan mendekati Gempa. Dia memutarkan kerusi yang diduduki Gempa, menghadap ke arahnya. Dia meletakkan kedua tangannya di samping Gempa.

"Kau jangan macam-macam ya Hali! Aku karate kau satgi baru tau."

"Tak takut. Lagi pun saya pandai karate orang juga okey? Karate awak di atas katil."

Halilintar smirk bila mendapati wajah Gempa memerah sampai ke cuping telinga.

"Gila!" Dia mencuba mendorong tubuh Halilintar namun tidak berhasil bila Halilintar dengan cepat bertindak memegang kedua tangannya.

"Lepaslah!"

"Tidak."

Halilintar memaut dagu Gempa, lalu bibir mungil itu disambarnya lembut.

Gempa yang tidak terduga dengan tindakan Halilintar itu, hanya memasrahkan diri. Kedua matanya dipejam rapat.

Halilintar meletak kedua tangan Gempa yang dia genggam itu melingkari lehernya, lalu tangannya diletakkan di belakang kepala Gempa dan ditekan agar dapat memperdalamkan lagi ciuman tersebut.

"Hgghn.."

Mereka berdua saling membalas ciuman itu.

Tidak lama kemudian Halilintar meleraikan ciuman mereka, dia tatap mata gold itu. Dia senyum manis, buatkan Gempa menunduk malu.

"Saya hukum awak untuk kahwin dengan saya. Esok saya mahu bawa awak jumpa dengan papa saya."









Tbc...

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now