Part 4

1.1K 102 6
                                    

Gempa bersiul pelan, sambil menjeling kereta sport yang terparkir bersebelahan dengan keretanya.

"Hmmm, cantik juga kereta ni. Kena beli ni."

Halilintar yang berdiri di sebelah Gempa hanya mampu memandang hairan kelakuan Gempa itu.

"Tuan muda nak beli kereta ke?"

"Maybe? Dahlah, jom pergi makan. Tadi aku makan sikit aje, makanan kat situ kurang memuaskan. Si klien gemuk tu, tak pandai pilih tempat makan yang sedap. Tch! Hm, kau tau tempat makan yang sedap?"

Halilintar mengetuk dagunya, tidak lama dia tersenyum senget. Idea jahat keluar dari otaknya.

"Rasanya ada, tapi tak tau lah Tuan muda suka ke tak dengan tempat makan tu."

Gempa memandang Halilintar waswas.

"Alah tak apa, asalkan boleh makan! Cepat! Kau pandu kereta!"

Gempa mencampak kunci kereta pada Halilintar seraya mendorong perlahan tubuh tegap lelaki itu.

Halilintar mencebik. "Yelah."

•••••

Gempa tercenggang. Mulutnya terbuka lebar dengan anak matanya memandang tempat makan yang Halilintar pilih itu. Gerai makan tepi jalan, whatta?!

Gempa merenung Halilintar dengan wajah tidak puas hati. "Kau.."

"Apa? Tadi Tuan muda juga yang suruh saya pilih tempat makan yang sedap kan? Ni lah tempatnya, saya selalu juga makan kat sini. Sedap juga, murah pun murah. Buat apa makan kat kedai mahal dan mewah kalau makanannya tak sedap?"

Halilintar memandang Gempa mengejek, ingin sekali dia ketawa tatkala melihat wajah masam mencuka lelaki pendek itu. Comel.

"Biadap! Kau sengaja kan nak kenakan aku?"

"Ishh, Tuan muda ni. Alah, bila lagi Tuan muda nak makan kat gerai tepi jalan ni? Jom lah."

"Aku tak nak!!"

Halililintar menekup kedua belah cuping telinganya. Terasa mahu pecah gegendang telinganya mendengar jeritan merdu Gempa itu.

"Suka hati Tuan muda lah, saya tetap nak makan kat sini. Saya pergi dulu, awak duduk lah kat dalam kereta ni."

Halilintar mematikan enjin kereta dan keluar dari perut kereta, meninggalkan Gempa yang sudah memandang ke arahnya seolah mahu memakannya hidup-hidup.

"Halilintar!!" jerit Gempa geram. Dia memukul dashboard kereta, melepaskan rasa sakit hati namun malang menimpanya balik. Dia mengaduh sakit, tangannya yang digunakan memukul dashboard ditiup. Sakit gila.

Dia memandang Halilintar yang sudah duduk di meja makan, lelaki itu mengamit tangan padanya seolah mengajaknya untuk join sekaki, dia menjeling dengan wajah cemberut.

"Tak guna! Baru sehari bekerja dengan aku, dia dah jahatkan aku ya? Tak apa, aku potong gaji kau. Biar padan muka." omel Gempa.

Kriukk..

Gempa memegang perutnya yang sudah berdangdut riang itu. Dia menggigit bibir bawahnya.

"Tak guna punya perut. Ishh!"

Beberapa minit kemudian...

Halilintar tersenyum menang bila melihat Gempa keluar dari kereta dan menerpa ke arahnya dengan wajah kelat dan masam sambil berpeluk tubuh. Lelaki manis itu melabuh duduk di kerusi di hadapannya sambil membuang muka ke arah lain.

"Kenapa turun? Bukan ke orang tu kata tak nak makan tadi?" sindir Halilintar.

Gempa menjeling, "Diam kau! Kau tau apa? Kat dalam kereta tu panas! Bodoh! Kau sengaja matikan enjin kereta kan?"

Halilintar mengangkat bahu acuh.

"Saja, sekadar nak jimatkan minyak. Tuan muda pun tau kan, minyak sekarang mahal."

"Kau ingat aku ni miskin sangat ke sampai tak boleh isi minyak?"

"Oh! Saya ingatkan Tuan muda miskin tadi, tak tau pula Tuan muda ni kaya gila-gila."

Sakit pula hati Gempa mendengar balasan selamba dari Halilintar. Ingin pula dia mencepuk kepala lelaki itu dengan kasutnya. Biadap!

"Pesanan anda dah sampai." seorang pelayan membawa makanan yang di pesan Halilintar sebentar tadi. Dua mangkuk bihun tomyam dan milo ais terhidang di atas meja.

Terkebil-kebil mata Gempa melihat makanan tersebut, dia tak sangka yang Halilintar berbaik hati memesankan untuknya sekali. Terharu pula di...

"Jangan terharu dulu, ni bukan untuk Tuan muda tapi untuk saya. Kalau Tuan muda nak order sendiri."

Dush! Kata-kata Halilintar barusan mampu menghiris hati merah jambu Gempa. Gempa mengetap bibir, sambil merenung Halilintar marah.

"Kau.."

Halilintar tergelak kecil. "Saya gurau ajelah, ni memang untuk Tuan muda. Dah makan, saya tau Tuan muda lapar."

"Tch! Dah tau, boleh lagi tanya. Memang lah aku lapar, bodoh."

Halilintar menggelengkan kepala, bila melihat mulut Gempa kumat-kamit mencarut padanya.

"Tuan muda, tak baik tau mencarut depan makanan nanti reze..."

"Diam."

Mulut Halilintar terkatup kembali, bila mendapat jelingan maut dari Gempa.

Mereka berdua makan dalam keadaan senyap. Sesekali mereka berbalas jelingan mata, berlawan siapa yang paling tajam. Okey, kalau bab main mata ni semestinya lah Gempa yang kalah. Tak kuat dengan panahan mata merah Halilintar yang amat tajam itu.

"Apa jeling-jeling? Nak aku cungkil biji mata tu dan buat biji mata bakar nak?"

Halilintar tidak memberi respon, dia hanya buat muka selamba badaknya sahaja.  Dia menghiraukan tatapan tidak puas hati dari Gempa. Malas mahu melayan, nanti melarat pula si pendek itu. Opss!






Tbc...

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now