Part 22

1K 94 8
                                    

"Kenapa senyap aje, makanlah. Nanti sejuk tak sedap pula."

Halilintar memujuk Gempa yang sedari tadi hanya diam tanpa menyentuh makanannya. Ini mesti kes tadi, cemburu tidak bertempat betullah. Haihh..

"Gempa.. Sayang please makan, sudahlah tu merajuknya. Saya tak ada apa-apa lah dengan dia. Tadi tu pun berjumpa hanya kebetulan saja. Please sayang.."

Gempa memandang Halilintar dengan anak matanya dikecilkan.

"Betul ni?"

"Ya sayang."

"Tch! Tak payah panggil sayang sangatlah. Gelilah."

"Tapi, tadi kan awak panggil saya sayang boleh pula? Saya kan sayang awak, sayang Gempa."

Halilintar tergelak tatkala melihat kedua pipi Gempa bertukar warna merah. Malu lah tu.. Ehek!

"Sudah makan." kata Halilintar.

"Kejap!"

Halilintar menggelengkan kepala bila melihat tabiat Gempa yang suka menangkap gambar makanan sebelum makan. Nak post kat media sosial dia lah tu, orang femes biasalah. Femes sebab perangai panas barannya aje, opss!

"Sudah-sudahlah tu, ambil gambarnya. Makan." tegas Halilintar berkata, dia merampas telefon pintar milik Gempa lalu di simpan ke dalam poket seluarnya.

Gempa berdecih kesal. "Bak balik phone aku!!"

"Tak boleh, makan dulu baru main telefon."

Gempa menghentak kakinya.

"Nak juga! Aku tak siap lagi tu!"

"Budak ni kan.. Baik! Kalau awak nak sangat phone tu, cium saya dulu, kat bibir tau."

Wajah Gempa memerah, dia memandang sekeliling restoran yang padat dengan manusia.

"Kau gila?!" kata Gempa perlahan namun tegas. Berang dianya.

Halilintar tersenyum sinis, dia mengetuk bibirnya seolah mengarahkan Gempa untuk menciumnya. Sengaja mahu menyakat Gempa... Comel pula tengok pipi tembam itu memerah sebab malu.

"Kau gila."

"Saya memang gila, gilakan awak goldy bun."

Wajah Gempa makin merah, kepalanya terasa mahu berasap sahaja mendengar ayat Halilintar barusan.

"Manis betul mulut kau ya?" perli Gempa, sambil menyuap nasi pattaya ke dalam mulutnya kasar.

"Mulut saya memang manis, awak kan dah pernah rasa mulut saya ni. Ianya manis bukan? Sebab tu awak suka curi cium saya. Awak juga kata mulut saya ni seksi." Halilintar membalas, dengan senyuman nakal.

Gempa tersedak nasi, air minumannya dicapai lalu diteguk rakus. Perit anak tekaknya.

"Gila. Memang seksi plus seksa tapi sayang puaka. Rasa nak robek aje."

"Yeah, it's me. Tapi awak jangan lupa, awak lebih puaka dari saya."

"Budus."







Tbc...

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now