Part 18

1K 100 8
                                    

Sejak kejadian meluahkan perasaan dengan tidak langsungnya semalam, keesokkannya mereka berdua seolah kekok dan canggung bila bersua muka.

Halilintar melangkah masuk ke dalam ruangan Gempa, sekadar menghantar fail dokumen untuk di tandatangani.

"T..Tuan muda, ni dokumen dari pengurus encik Nut. Dia minta saya berikan pada Tuan muda, nanti dia datang ambil."

Fail tersebut diletakkan di atas meja Gempa, dia sempat mengerling ke arah Gempa yang seperti menungkan sesuatu.

"Tuan muda?" Halilintar mengetuk meja kerja Gempa sekadar mahu menyedarkan lelaki itu dari lamunan.

Gempa tersedar, kepalanya didongak untuk memandang Halilintar.

"Apa?" soal Gempa dengan suara parau, dia berdeham pelan bila suaranya seperti tersekat dikerongkong.

Kening Halilintar berkerut mendengar suara Gempa yang sedikit lain pada hari itu. Dia menilik wajah Gempa yang tampak pucat dan kemerahan itu. Sakitkah dia?

"Saya cuma hantar fail dari Nut, dia mahu Tuan muda tandatangan dan sedikit check pada senarai kewangan hotel. Nanti dia akan datang ambil balik." jelas Halilintar dengan anak matanya masih setia merenung wajah Gempa.

"Oh baiklah." balas Gempa perlahan. Dia meraup rambutnya ke belakang dan diramas sejenak.

"Tuan sakit?" pertanyaan Halilintar yang tiba-tiba itu, mengundang Gempa untuk memandangnya.

"Aku okey."

"Tipu."

Gempa tidak membalas, sehinggalah dia dapat rasa dahinya di sentuh oleh Halilintar.

"Awak demam ni, badan awak panas." kata Halilintar, tangannya mengesat peluh yang menitik di dahi Gempa.

Gempa diam dan hanya memandang wajah Halilintar yang kelihatan risau itu.

"Aku okey lah, cuma sikit aje ni. Nanti dia okey lah tu." balas Gempa, dia menepis tangan Halilintar dari dahinya namun tangannya dipegang Halilintar.

"Kita pergi klinik ya?"

"Tak nak."

"Kena pergi juga, nanti melarat. Jom saya bawa awak pergi klinik."

"Tak nak!!"

Halilintar mengetap bibir, dia tetap bertegas mahu bawa lelaki itu ke klinik. Dia risau okey.

Dia menarik paksa tangan Gempa, buatkan lelaki itu terbangun dari duduk.

"Pergi klinik!"

"Tak nak! Kau tak boleh paksa aku! Aku kata tak nak maksudnya tak nak lah! Kau tak fahammph!"

Bulat mata Gempa, apabila bibirnya dibungkam Halilintar.

Halilintar melepaskan ciuman itu selepas berhasil menghentikan Gempa dari terus memberontak. Dia memeluk pinggang Gempa lalu ditarik merapat padanya.

"Diam pun. Jangan degil boleh tak? Awak nak pergi klinik tak?"

Kepala Gempa menggeleng laju.

"Tak nak.." rengek Gempa.

"See? Degil lagi. Saya bagi dua pilihan, awak nak pergi klinik atau saya rogol awak kat sini? Mana awak nak?" ugut Halilintar, dia meramas pinggang Gempa seolah sengaja.

Gulp!

"Macam mana hm?"

"Yelah! Yelah! Aku pergi klinik! Tak guna kau, berani kau ugut aku ya? Mati kau ak..." kata-kata Gempa terputus bila Halilintar meletak jari telunjuk dibibirnya.

"Sshh! Budak kecil tak baik mencarut. Awak tau tak, orang kuat mencarut ni tubuh dia tak akan tinggi-tinggi. Ha macam awak lah, pendek aje sebab kuat sangat mencarut."

Gempa terdiam, dia memandang Halilintar dengan mata terkebil-kebil.

"Betul ke?" soal Gempa polos.

Halilintar simpan gelak, dengan seriusnya dia mengangguk kepala sengaja mahu mengenakan Gempa. Bila lagi kan?

"Iya! Awak nak ke pendek seumur hidup?"

Kepala Gempa menggeleng laju, bertanda tak nak.

"Kalau tak nak, kurangkan mencarut okey? Kalau macam tu jom kita pergi klinik."

"Hmmm."








Tbc...

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now