Troli yang terisi barangan keperluannya di dorong perlahan. Jari telunjuknya mengetuk dagu, sambil memandang rak makanan ringan. Dia mendongak memandang rak yang paling tinggi. Ada snek yang diminatinya, tapi tempatnya tinggi dari jangkauannya.
Gempa menjinjitkan kakinya, mencuba untuk mencapai snek yang menarik perhatiannya.
"Sikit lagi... Sikit lagi.." dari berjinjit, dia melompat pula. Tangannya tergapai-gapai mahu mencapai, namun tidak berhasil.
Tanpa Gempa sedar, ada sepasang mata memerhatikan dirinya sedari tadi. Orang itu datang mendekat dan berdiri di belakang Gempa.
Wajah Gempa masam, bila sesuatu yang dia mahu tidak tercapai. Dia menjatuhkan tangannya, dia menyerah. Di saat dia mahu berbalik, kepalanya terhantuk pada sesuatu.
"Aduh, sejak bila ada dinding kat belakang aku ni?" omel Gempa, dia mendongak bila terdengar suara gelak seseorang.
Pandangan mata mereka bertaut sejenak, sebelum Gempa terlebih dahulu melarikan pandangan matanya.
"Give up?"
Rengusan sebal, keluar dari mulut Gempa bila melihat wajah yang amat dia kenali.
"Apa kau buat kat sini?" soal Gempa datar.
"Beli belah lah Tuan muda, stok barang dapur dah habis. Maklumlah, duduk sesorang. Berdikari." jawab Halilintar.
Gempa berdecit. Dia mendorong perlahan tubuh Halilintar, trolinya di dorong untuk pergi dari situ.
"Tunggulah."
"Apa?"
"Tak adalah, saja." Halilintar mendorong troli miliknya bersebelahan dengan Gempa. Dia tersenyum pada majikannya, bila melihat wajah masam lelaki yang tua setahun darinya itu.
"Jangan lah masam, senyumlah sikit. Senyumankan satu sedekah? Hmmm?" kata Halilintar.
"Tak ada maknanya." cebik Gempa, malas mahu melayan orang sebelahnya.
"Yelah tu, Tuan muda ni me..."
"Halilintar?"
Teguran seseorang menghentikan ayat Halilintar. Mereka berdua menoleh.
"Oh Yaya? Bila kau balik dari London?" Halilintar membalas sapaan tersebut, tatkala mendapati seorang gadis yang amat dia kenal.
Yaya, si gadis itu tersenyum manis. Dia mengerling Gempa yang hanya memandang ke arahnya datar.
"2 minggu lepas, siapa dia?" Kata Yaya sambil menuding jari pada Gempa yang berdiri sebelah Halilintar.
"Oh, ni majikan tempat aku kerja sekarang. Nama dia Tuan muda Gempa, Tuan muda ni kawan saya Yaya."
"Hai." Sapa Yaya pada Gempa dengan senyuman manis. Gempa hanya memasamkan wajahnya, tanpa berkata apa-apa dia terus mendorong trolinya dan pergi dari situ, meninggalkan mereka berdua yang terpinga-pinga dengan respon Gempa tersebut.
"Maaf Yaya, maybe mood bos aku kurang baik hari ni. Aku pergi du.."
"Tunggu."
Halilintar menjongketkan keningnya.
"Kenapa?"
Yaya memandang Halilintar, sambil mengaru pipinya.
"Awak nak tak keluar makan dengan saya? Lagipun kita dah lama tak jumpa, boleh?"
Halilintar terdiam buat sesaat, dia memandang ke arah tempat Gempa lalu sebentar tadi. Wajah Yaya dipandang semula, senyuman kecil diukirkan pada bibir. Dia mengangguk pelan.
"Baik, jom."
•••••
Gempa menyimpan barang yang dia beli di tempat yang sepatutnya, semasa dalam sesi menyimpan barang. Mulutnya tidak berhenti mengomel.
"Aku ingat dia akan datang pada aku balik, rupanya dia bla dengan minah tu tch!"
"Hmmm, minah tu bukannya cantik pun. Tch!"
Gempa terus merungut. Dia menutup pintu peti sejuk kasar, dia berpeluk tubuh dengan mulut dijuihkan ke bawah.
"Lantak lah, buat apa aku sibukkan hal dia. Tu life dia, baik aku pergi mandi. Serabut betul."
Gempa mendaki anak tangga, menuju ke biliknya yang berada di tingkat dua. Sempat juga dia memandang sekitar rumahnya yang tampak sepi sahaja, seperti tiada kehidupan disana. Dia mengeluh. Kehidupannya, selalu dipenuhi rasa sepi dan kosong.
"Haaa.."
•••••
Halilintar menyisip air minumannya, sesekali dia mengedarkan pandangan mata ke segenap kafe tempat pilihan dia dan Yaya.
"So? Lepasni kau nak buat apa? Dah cari kerja?" Suara Halilintar memecahkan keheningan di antara mereka berdua.
"Oh, belum lagi. Tengah slow-slow cari." jawab Yaya.
Kepala Halilintar terangguk perlahan.
"Okey, aku ingat kau nak jadi penganggur aje lepas habis belajar."
"Gila, buat apa belajar tinggi kalau menganggur kat rumah? Buat habis duit ibu bapa aje, baik tak payah belajar tinggi kalau pada akhirnya jadi penganggur tegar kat rumah?"
"Haha, ada betul juga apa yang kau cakap tu. So, sambil cari kerja tu kau buat apa aje sekarang?"
Yaya tersenyum bila mendengar tawa Halilintar itu, rindu betul dia mahu tatap wajah lelaki di hadapannya ini.
"Saya buat cod biskut, jual online dan buat tempahan biskut. Awak nak biskut? Saya boleh kasi?"
Halilintar tersedak liurnya, dia mengaru kepalanya dengan senyum kekok.
"Err... Thanks but no thanks, dah kenyang." kata Halilintar mencuba untuk mengelat. Dia tidak mahu bunuh diri dengan makan biskut gadis itu yang rasanya seperti err ehem.. Tak sedap.
Wajah Yaya berubah namun dia tetap tersenyum.
"Alah, bukannya saya suruh awak makan sekarang. Buat balik, makan kat rumah."
Halilintar menggeleng kepala laju.
"Tak apa, makanan yang aku beli tadi pun dah cukup untuk sebulan. Tu pun belum tentu habis. Tak payah susah-susahlah."
"Okey. Tapi kan, awak kerja apa sebenarnya?"
"Hotel."
"Oh sebagai apa?"
"Ingat lelaki tadi?"
Yaya mengangguk.
"Aku PA dia."
"Oh, pangkat tinggi juga an. Hmmm, tapi saya tengok kat bos awak tadi tu macam muda dari awak aje."
Halilintar tergelak kecil mendengarkan itu.
"Taklah, dia lagi tua dari aku. Kami beza satu tahun aje."
Mulut Yaya melopong, dia pandang Halilintar tidak percaya.
"Serius ah? Tadi masa saya nak tegur awak pun, saya ingatkan dia adik awak ke apa ke. Rupanya majikan awak. Asal dia nampak macam budak belasan em? Dia memang baby face eh? Sampai saya pun boleh tersalah pandang."
"Mungkin? Dia memang comel walaupun panas baran. Kalau dia lagi marah, nampak comel aje dengan pipi pau dia tu memerah. Geram aje nak cubit."
Mendengarkan itu, timbul pula rasa tak senang di hati Yaya. Dia cemburu bila orang yang dia suka diam-diam bercerita tentang orang lain.
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!