Part 7

1K 98 5
                                    

"Tch! Kerja senang macam tu pun korang tak boleh nak buat?! Aku nak korang make over bilik tu hari ni juga! Macam mana nak tarik customer kalau engkau buat kerja macam tahi! Blah sekarang!!"

Suara Gempa memetir di ruang kerjanya, matanya yang berwarna madu keemasan itu menyerlung marah pada pekerjanya yang sudah memancing kemarahannya kerana buat kerja seperti sampah. Naik menyampah pula dianya.

"Apa lagi terhegeh-hegah tu? Cepat!! Sebelum aku potong gaji korang!"

"Baik Tuan muda." jawab mereka dengan nada gugup bila di tengking oleh lelaki berumur 25 tahun itu. Muka sahaja manis tapi bila marah macam singa laut. Mereka dengan cepat berlalu dari situ, sempat juga mereka bertembung dengan Halilintar yang baru sahaja keluar dari kotak lift.

"Kenapa?" soal Halilintar. Namun mereka semua hanya menggelengkan kepala sahaja.

Halilintar menjongket bahunya hairan, dia bergerak masuk ke dalam ruangan Gempa tanpa mengetuk terlebih dahulu. Katakan lah dia berani, baru sahaja kakinya mengijak ruangan itu dia terkena balingan batang pen.

"Auch!" Halilintar mengaduh sakit sambil mengusap dahinya, dia menunduk ke bawah dan pen yang dibaling oleh Gempa diambil lalu dia mengorak langkah menerpa ke arah Gempa.

Dia tatap wajah merah padam lelaki yang tua setahun darinya itu, marah semacam saja reaksinya. Dia meletak pen yang sempat dikutip tadi di atas meja Tuan mudanya itu.

"Tuan mu.."

"Apa!!"

"Opocot kau hijau!!"

"Apa?!"

Halilintar menampar mulutnya sendiri, dia tersengih-sengih.

"Err.. Tak maksud saya kenapa Tuan muda macam marah aje? Kenapa?"

"Bukan urusan kau."

"Ishh, Tuan muda ni. Tak baik tau marah-marah dalam menegur, kita kalau nak tegur orang harus lembut biarpun tegas. Tuan muda nak ke tua cepat? Asyik baran aje, cepat tua tau."

Gempa menjeling, bila mendengar ceramah percuma dari makhluk mata merah di hadapannya.

"Manusia memang lah makin tua, bukannya makin muda! Bodoh! Masuk kubur nanti berlubang juga muka tu, kena makan cacing!"

Yeet..

Okey, sedikit deep. Halilintar mengibas mukanya yang terasa panas.

"Umm, saya tau Tuan muda tengah panas hati. Hmmm, macam ni lah. Kejap ya.."

Halilintar mengeluarkan telefon pintarnya, dia buka playlist music. Satu lagu yang mungkin tengah femes di dunia tiktok dia pasang.

"Tengok ni.. Saya harap dapat menghiburkan Tuan muda."

Halilintar dengan lincah menari di saat lagu Any Song by Zico bergema di seluruh ruangan Gempa itu.

Gempa menahan senyum yang hendak terukir melihat tarian Halilintar yang tampak lucu baginya. Sanggup lelaki itu menari deminya sekadar untuk menghiburkan dirinya yang sedang dilanda ribut beliung ni.

"Sekian terima kasih." Halilintar membongkokkan tubuhnya seusai menari.

Tepukan tangan kedengaran dari Gempa, lelaki itu tersenyum lebar.

"Okey sudah, kau berjaya hiburkan aku. Sudahlah, geli pula aku tengok kau menari macam sotong tadi tu haha."

Halilintar tersenyum melihat wajah ceria Tuan mudanya, tanpa dia sedar jantungnya berdegup kencang.

"Gem.. Can you see my heart?"

"Huh?"

"Ah tak! Bukan! Hmmm, saya keluar dulu. Ada kerja sikit, bye!"

Gempa memandang aneh ke arah Halilintar, namun dia hanya acuhkan sahaja. Dia kembali membelek dekomen yang ada di atas mejanya.

"Bosan, mengadap benda yang sama aje hari-hari. Aku bakar juga benda ni baru tau, ugh!"










Tbc...

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now