"Tuan muda nak keluar jumpa klien dengan baju macam ni ke?"
"Apa masalahnya?"
"Tu kan baju tido, Tuan muda tak malu ke dengan pandangan orang kat Tuan muda nanti? Pemilik Hotel Blue Moon yang disegani dan bekerjaya, hanya pakai baju tido jumpa klien? Ditengah hari buta? Macam miskin sangat sampai tak boleh beli baju. Padahal harta berkepuk-kepuk, beli sehelai baju pun tak mampu? Tsk, tsk."
Gempa mengeram marah bila mendengar sindiran Halilintar. Mulut pedas juga eh mamat ni.
"Tch! Kesah apa aku?"
"Tuan muda ni memang tak ada rasa malu eh?"
"Buat apa nak malu? Bukannya aku tak pakai baju, kau tengok aku tengah bogel ke sekarang."
Kini Halilintar pula di buat sakit hati dengan jawaban selamba yang diberikan oleh Tuan mudanya itu. Ingin sekali dia mencubit pipi tembam itu sampai memerah, tapi itu hanyalah angan-angan dia sahaja. Dia tidak mahu kehilangan kerja disebabkan itu.
"Tuan muda.."
"Sini!"
"Huh?"
Halilintar memandang Gempa hairan.
"Sini? Apa?"
Gempa berdecih. "Buka sut kau cepat!"
Terkelip-kelip mata Halilintar kerana blur.
"Yang kau tengok aku dengan muka blur kau tu dah kenapa? Cepatlah buka sut kau tu!"
Terhinjut bahu Halilintar bila dijerit Gempa. Hai, boleh tua cepat dia kerana asyik terkejut dengan jeritan membahana dari Tuan mudanya. Tak sakit tekak ke?
Halilintar melepaskan sut merahnya, lalu diserahkan pada Gempa. Dia bingung apa yang mahu dilakukan Gempa pada sut merah miliknya itu.
"Tuan muda nak buat apa dengan sut merah saya tu?" tanya Halilintar.
"Pakailah, apa lagi." jawab Gempa malas, dia dengan segera menyarung sut merah yang dia ambil paksa dari Halilintar ke tubuh mungilnya. Dia membutang kancing sut itu hingga menutup sepenuhnya baju tidur serta tubuhnya.
"Umm, sut kau ni besar juga eh? Tapi boleh lah, asal kan baju tido yang aku pakai ni terlindung."
Halilintar hanya berdeham, terasa lucu pula melihat Gempa mengenakan sut merah itu. Tenggelam terus.
"Hm, tapi seluarnya Tuan muda?"
"Ah! Yang tu biarkan. Orang tak kan perasan lah. Dah jom!"
Gempa mengorak langkah untuk keluar dari pejabatnya. Halilintar berjalan di sebelah Gempa. Dia sempat mengerling lelaki itu, tinggi Gempa hanya bawah bahunya sedikit.
Hai terasa macam berjalan dengan adik pula or kekasih eh?
"Tuan muda, tinggi Tuan muda berapa?"
Gempa mendongak, jelingan maut diberikan pada Halilintar.
"Kenapa kau nak tau? Nak gelakkan aku? Tau lah aku ni pendek dari lahir! Tch!"
Halilintar simpan senyum. "Saja tanya. Saya tak kata pun Tuan muda pendek."
Gempa mencebik. "Yelah tu. Tch! 153 cm aje. Kau?"
"Oh, 181 cm."
Gempa buat muka. "Nak bangga ah tu, tch! 181 cm aje pun."
Walha dalam hati dia cemburu dengan ketinggian lelaki disebelahnya itu. Kenapa dia dilahirkan pendek! Nak tinggi huhuhu..
"Asal dengan muka Tuan muda tu? Cemberut aje."
Gempa berdecit. "Tak payah sibuk."
Halilintar tersenyum kecil, dia tahu apa yang bermain di fikiran lelaki pendek disebelahnya itu.
"Tuan muda nak jadi tinggi tak? Saya boleh tolong." Halilintar bertanya, sekadar ingin melihat reaksi Gempa.
Dia terkejut bila Gempa tiba-tiba sahaja berhenti dari melangkah dan berbalik menghadap ke arahnya. Wajah lelaki pendek itu berbinar polos dan girang.
"Betul ke?! Aku nak, nak!!"
Gulp..
Halilintar telan liur, nampaknya dia harus kurangkan gula dalam minuman sebab melihat Tuan mudanya begini sahaja sudah buat dia diabetes.
"Err.. Hehehe.."
"Kenapa kau gelak?"
"Taklah, selain garang Tuan muda ada sisi comel juga eh?"
Halilintar tergelak kecil bila mendapati wajah Gempa berubah merah. Comel.
"Bila masa?! Mana ada comel, aku ni hensem dan manly tau!"
"Saya tengok, tak ada pun manly dan hensemnya. Yang ada manis dan comel aje. Geram nak cubit pipi gemuk Tuan muda tu."
Gempa pegang kedua pipinya, dia memberi renungan maut pada Halilintar dengan pipi berona merah.
"Nak mati?"
Halilintar hanya tersenyum sahaja.
"Dahlah, jom kita gerak nanti lambat pula." Katanya.
Gempa buat muka seposen, seraya berdecit perlahan. "Tch! Yelah."
Tbc....
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!