Wajah Gempa cemberut sambil menyarung baju ke tubuhnya. Dia menjeling ke arah Halilintar yang sedang menyisir rambut di depan cermin solek, wajah lelaki itu selamba saja.
Gempa tidak puas hati, kerana lelaki itu menghajarnya habis-habisan semalam. Balas dendam ke apa? Sakit seluruh tubuhnya. Kejam betul..
"Tak payah nak cemberut lah, ingat comel ke buat muka macam tu? Macam monyet aje tengok."
"Hanat woy!" Gempa menendang bontot Halilintar, buatkan lelaki itu mengadu sakit.
"Ganas betul lah awak ni, nak saya buat awak lagi teruk dari semalam ke? Tu pun sudah cukup bagus awak boleh jalan lagi, kalau saya buat awak tak boleh jalan satu minggu baru padan muka." kata Halilintar sedas dengan wajah mengejek.
Gempa menggeram marah, dia mengembungkan pipinya yang memerah itu. Dia menahan dirinya dari menghumban suaminya itu ke dalam gaung.
"Beach lu.." kutuk Gempa. Dia menolak tubuh Halilintar ke tepi dan dia mengambil tempat untuk menilik pula. Rambutnya disisir rapi, dia membalas pandangan mata Halilintar yang merenungnya melalui cermin solek.
"Asal tengok macam tu? Tak puas hati? Aku cungkil biji mata tu baru tau, ugh!" omel Gempa, tangannya ligat menyapu gincu pelembap pada bibirnya. Dia menjilat bibirnya dan dikulum seketika. Senyuman kecil terbias dibibirnya.
Halilintar yang sedari tadi memerhati gelagat Gempa, tersenyum lucu. Geram pula dia dengan lelaki mungil itu.
"Kau dah kenapa senyum-senyum macam kerbau ni? Mesti dalam hati tu tengah mengutuk aku kan?" tuduh Gempa bila perasan yang Halilintar sedari tadi tersenyum sambil memandang ke arahnya.
Bebola mata Halilintar terguling ke atas. Sedap secukup rasa saja lelaki itu menuduhnya. Babap kang, baru tahu..
"Mana ada, jangan nak menuduh sesuka hati ya? Nak jadi isteri derhaka ke?"
Okey, Gempa tersentap. Dia lupa akan hakikat itu. Bibirnya dikemam. Tidak lama kemudian, dia tersenyum manja.
"Hehehe.. Maaf Linlin, Gem gurau aje. Hehehe.. Maaf ya my husband?" Kata Gempa sambil memeluk lengan Halilintar. Kelopak matanya dikedip-kedip, bibirnya dimuncung sedepa.
Halilintar tahan senyuman yang mahu terlakar. Dia sengaja pasang wajah dingin, ingin melihat sejauh mana isterinya akan memujuknya. Jarang sekali lelaki itu mahu memujuknya, selalunya dia yang akan pujuk rayu jikalau isterinya merajuk. Sekarang dia mahu balas dendam. Bila lagi kan?
"Siapa husband awak tu? Dahlah, panggil kita beach tadi."
"He! Tu dikira bersyukur aku panggil kau beach bukannya bitch okey?"
Halilintar merengus, dia melepaskan pelukan Gempa pada lengannya lantas dia bergerak ke pintu hotel. Mahu pergi kerjalah apa lagi, walaupun mereka berdua harus cuti seminggu namun mereka bantalkan hasrat itu.
"Halilintar!"
Tiada respon dari Halilintar.
"Woy mamat mata merah!"
"Ha tengok tu, isteri derhaka dengan suami macam ni lah."
Belum sempat Halilintar memulas tombol pintu, Gempa memeluknya dari arah belakang. Mahu bodek dia lah tu..
"Halilintar, my bucuk bucuk husband jangan lah merajuk nanti dah tak hensem tau. I'm sorry.. Hm?"
"I'm not your husband." ketus Halilintar, sambil membuang muka ke arah lain. Sengaja.
Gempa berdecit, dia melepaskan pelukan tersebut lalu dia berdiri mengadap ke arah Halilintar.
Gempa meletak kedua tangannya yang dia genggam pada pipinya. Wajahnya dibuat secomel mungkin, bibirnya di muncungkan sedepa. Tubuhnya digerakkan ke kiri dan ke kanan.
"Linlin bboing bboing, maafkan Gemgem hm? Bboing bboing, Gem minta maaf bboing bboing..."
Sudut bibir Halilintar terangkat sedikit. Kerana tidak tahan, dia ketawa kecil. Rambut Gempa dikusutnya kasar, buatkan makhluk mungil itu mengerang sebal kerana rambutnya yang dia sisir rapi dihancurkan oleh Halilintar.
"Sudahlah, jom masuk kerja."
"Baik Linlin bboing bboing!"
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!