Gempa menutup dokumen dan di tolak ke tepi. Dia menongkat wajahnya dengan kedua tangannya. Kejadian semalam bermain difikirannya.
Dia tersenyum. Rasa marah ada dan rasa kelakar pun ada bila mengingatkan kembali raut wajah Halilintar yang terkejut plus takut itu.
Gempa ketawa pelan dengan kepala digeleng perlahan.
Tok! Tok!
"Masuk!"
Gempa mengubah posisi duduknya, dia berpeluk tubuh dengan kaki disilang. Tubuhnya disandarkan pada kepala kerusi.
Dia melihat Halilintar melangkah masuk sambil mengetik sesuatu diskrin tabletnya.
"Tuan muda."
"Ada apa Halilintar?"
Halilintar berdeham sekilas sebelum menyampaikan sesuatu maklumat yang dia terima pada Gempa.
"Saya ada satu maklumat nak kasi tau Tuan, klien yang join mesyuarat pada pagi tadi ada hantar email pada saya."
"Apa yang dia kata?"
"Dia kata, dia mahu bekerjasama dengan Tuan muda. Katanya dia akan menanam saham di hotel Tuan dengan jumlah harga yang mahal. Adakah Tuan mahu?"
Halilintar melihat ekpresif wajah Gempa yang berubah ceria itu.
"Sungguh eh?" soal Gempa dengan wajah tidak percaya.
"Yup!" kepala Halilintar terangguk tegas.
Gempa mengetuk dagunya dengan senyuman lebar.
"Okey, cakap kat dia aku terima kerjasama dengan dia." Kata Gempa.
"Baik Tuan, saya menurut perintah." Halilintar segera mengetik sesuatu di layar tabletnya. Dua minit kemudian, dia berhenti mengetik lalu dia memandang ke arah dengan senyuman lebar.
"Macam mana?"
"Dia kata, terima kasih kat Tuan muda sebab mahu bekerjasama dengan syarikat dia. Esok dia akan datang sini untuk berbincang pasal proposal."
"Okey! Ada apa-apa lagi?"
Kepala Halilintar tergeleng pelan.
"Tak ada, tu sahaja."
Halilintar tersenyum, melihat wajah ceria Tuan mudanya itu. Mungkin mood lelaki itu tengah baik.
•••••
Halilintar mengemas meja kerjanya, waktu kerjanya telah pun habis bermakna dia sudah boleh pulang ke rumah.
Cleak!
Kepala Halilintar terdongak bila mendengar suara pintu pejabat Gempa dibuka dan terlihatlah seorang lelaki mungil keluar dari balik pintu itu.
Dia tersenyum bila Gempa berjalan mendekati mejanya.
"Hai Halilintar." sapa Gempa.
"Hm, ada apa Tuan muda?" Soal Halilintar sopan.
"Tak ada apa, cuma nak ajak kau balik sekali aje kau nak?" Gempa bertanya.
Halilintar terdiam seolah memikirkan tawaran Gempa itu.
"Tak apalah Tuan muda, saya balik dengan taksi lagipun saya dah buat tempaha..."
Kata-kata Halilintar dipotong Gempa.
"Tiada bantahan. Kau balik dengan aku, boleh jimatkan sikit duit kau tu. Simpan aje duit kau tu, aku tengah baik hati ni nak tumpangkan kau. Kau nak tolak rezeki macam tu aje?"
"Errr... Baiklah Tuan muda. Saya balik dengan Tuan muda. Terima kasih tau mahu tumpangkan saya."
"Hmmm, dah jom."
"Baik."
Mereka berdua bergerak ke kotak lift beriringan.
Butang G ditekan, pintu lift segera terkatup.
Hening membelahi suasana mereka berdua.
"Ehem, aku nak tanya kau sesuatu boleh?" suara Gempa memecahkan keheningan di antara mereka berdua.
Halilintar menoleh ke sebelah.
"Apa?" tanya Halilintar.
"Hmmm, kau ada apa-apa ke dengan pompuan haritu tu?" Gempa menyoal.
Dahi Halilintar berkerut, mencuba untuk mencerna kata-kata Gempa barusan.
"Maksud Tuan muda, Yaya ke?"
"Yap. Kau ada apa-apa hubungan dengan dia ke?"
"Hmmm, tak ada. Lagipun saya dah anggap dia seperti adik saya sendiri, tak lebih daripada itu. Kenapa?"
"Nothing. Tapi, kau tak rasa ke yang dia suka kau? Aku tengok gaya dan cara dia pandang kau pun aku dah boleh tau."
Halilintar diam buat seketika sebelum membalas pertanyaan Gempa itu.
"Saya dah tau, tapi saya malas nak ambil tau."
"Oh. Kau ada suka sesiapa ke?"
Mendengarkan itu, Halilintar diam dengan lebih lama. Dia mengerling Gempa yang seperti menunggu jawapannya.
"Ada."
"Siapa?"
Gempa tidak sabar mengetahui siapa orang yang Halilintar sukai.
"Seseorang yang sifatnya panas baran dalam masa yang sama dia ada juga sisi comelnya. Saya sukakan dia tapi saya tak berani nak luahkan."
Gempa memandang Halilintar dengan tatapan mata yang cemburu. Dia cemburu dengan orang yang Halilintar sukakan itu.
"Oh, macam tu ke."
Halilintar perasan yang air muka Gempa berubah muram. Namun dia hanya diamkan diri.
"Halilintar.."
"Hmmm?"
Gempa berbalik, mengadap ke arah Halilintar. Tubuh lelaki itu di dorongnya ke dinding lift. Wajah terkejut Halilintar dia hanya pandang sepi.
"Tuan muda?"
"Kau nak tau satu rahsia tak?"
"Apa?"
Gempa tidak menjawab pertanyaan Halilintar malah dia terus menemukan bibir mereka berdua.
Bulat mata Halilintar, bila bibirnya kembali dicium Gempa. Sudah masuk kali kedua dia kena cium dengan Gempa tanpa izin.
Gempa melepaskan ciuman itu, mata merah Halilintar dia tatap.
"Aku suka kau."
Tubuh Halilintar kaku mendengar pernyataan suka Gempa padanya, dia memandang Gempa dengan raut wajah tidak percaya.
"Tak payah lah terkejut sampai macam tu sekali, aku gurau ajelah." kata Gempa dengan gelak kecil. Dia segera menjarakkan diri dari Halilintar.
"Ehem!" Halilintar berdeham canggung sambil membetulkan bajunya.
Gempa hanya tersenyum lalu matanya menatap pada angka lift yang sudah menunjukkan angka 2 bermakna sekejap lagi mereka akan tiba di lobi hotel.
"Ohya Hali..auch!" Gempa merintih pelan bila dirinya ditolak oleh Halilintar ke dinding lift. Dia memandang Halilintar bingung.
"Kau dah kenapa Halimmph!"
Terkedu Gempa dibuatnya, apabila bibirnya dicumbu oleh Halilintar. Dia membalas pandangan mata Halilintar.
Ting! Halilintar melepaskan Gempa bertepatan dengan pintu lift terbuka. Dia berganjak sedikit ke tepi, sambil membisikan sesuatu yang hanya dia dan Gempa sahaja yang boleh mendengarnya.
"Saya pun sukakan awak Gempa."
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!