Part 37

1.1K 91 7
                                    

Halilintar membantu Gempa menguruskan kedua anak mereka. Dia menyarung baju berwarna merah bercorak polkadot pada si bayi kecil berusia sebulan itu. Heize. Manakala Sandstorm Gempa yang uruskan.

"Okey, anak momma dah wangi dan hensem. Kalah papanya tehek!" seru Gempa girang, wajah Sandstorm diciumnya bertubi-tubi buatkan si kecil itu merengek.

Halilintar hanya tersenyum melihat dua beranak itu, dia merapikan rambut lebat Heize lalu si kecil itu dia dukung. Halilintar melagakan hidungnya dengan hidung kecil Heize. Geram, sebab comel sangat.

"Gem, awak pergilah masak biar saya yang jaga diorang." kata Halilintar pada Gempa yang asyik mencium si kecil Sandstorm.

"Yelah, saya pergi masak makan malam dulu. Botol susu diorang ada kat atas meja tu." balas Gempa sambil membetulkan kedudukan Sandstrom di atas katil.

"Baiklah momma."

"Hmmm." Gempa menjeling manja, pipi suaminya dan Heize dikucup sekilas sebelum beredar pergi.

•••••

Butang baju dikancing satu persatu, anak matanya memerhatikan Gempa yang sedang mendodoikan kedua anak mereka di atas Baby Cot. Katil khas untuk bayi, yang berada di sudut bilik mereka.

"Okey, settle satu masalah. Nasib baik senang aje tidur." kata Gempa, dia membetulkan kelambu agar tertutup sepenuhnya.

"Goodnight my twins baby." Dia tersenyum, seraya berbalik. Kakinya digorak ke katil, anak matanya mengerling Halilintar yang sudah berbaring di atas katil.

"Dah nak tido ke?" soalnya sejurus merangkak naik ke atas katil, tubuhnya direbahkan di sebelah suaminya.

"Hm, tengah otw. Tunggu big baby ni, nak ajak tido sekali." kata Halilintar dengan nada mengusik. Dia mengiring, menghadap ke arah Gempa.

Gempa mencebik, seraya mengiringkan tubuhnya agar mereka berdua dapat saling menghadap satu sama lain. Anak mata mereka bertaut mesra.

"Macam mana kerja sekarang okey?" soal Gempa, tangannya mengkuis-kuis   anak rambut Halilintar.

"Hm, sekarang dah okey sikit. Harini, kita dapat 5 klien dari luar negara yang mahu ajak kerjasama dengan kita. Gem, rasa patut tak Linlin terima?"

"Kenapa pula tanya Gem? Ikutlah kata hati Linlin, Gem sokong aje apa keputusan Linlin. Linlin juga ada kata nak buka Hotel baru, dah siap belum tapak projek tu?"

"Hmm, dah siap. Esok Linlin nak ke sana buat pemantauan sikit. Gem nak ikut?"

Halilintar merenung wajah Gempa dengan tatapan mata yang lembut, dia menikmati belaian tangan lelaki itu di kepalanya.

"Kalau Gem ikut, siapa nak jaga bebudak dua tu? Papa? Tak boleh harap, bab jaga baby dia memang fail." kata Gempa, sambil melarikan tangannya dari kepala Halilintar lalu pipi tirus lelaki itu dicuitnya.

Halilintar terkekeh pelan. "Ada betulnya juga, haritu dia hampir lemaskan Heize. Kononnya nak belajar mandikan cucu. Nasib baik Heize tak ada apa-apa. Bahaya betul."

"Kan? Dahla cakap pasal dia, nanti tersedak pula orang tua tu. Jomlah tido, esok Linlin ada meeting pagi kan?"

"Yap! Hmmm, goodnight Gemgem." bisik Halilintar, dahi Gempa diciumnya sekilas seraya menarik tubuh lelaki itu masuk ke dalam pelukannya.

"Goodnight too, Linlin." balas Gempa sambil membalas pelukan tersebut. Wajahnya disembamkan pada dada bidang suaminya. Mereka berdua terlelap, masuk ke alam mimpi.
















Tbc....

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now