Part 9

991 95 5
                                    

Mulut Halilintar termuncung sedepa bila kerjanya masih lagi tidak siap, hari ini dia terpaksa kerja lebih masa. Hari sudah makin gelap, tapi pelanggan yang mendatangi hotel itu makin ramai sahaja. Penat namun berbaloi.

Dia merenggangkan tubuhnya yang terasa lesu itu, dia menungkat wajah di kaunter bar.

"Heyy, nak jus oren satu. Dahaga." katanya pada pelayan bar itu.

"Siap!"

Halilintar memandang pengunjung hotel yang masih berkeliaran di sekitar dalam atau luar bangunan hotel. Semua melepak dengan pasangan masing-masing. Tapi dia? Masih jomblo huhuhuhu...

"Nahh Tuan dah siap!"

Segelas jus oren terhidang di hadapannya. Halilintar mencapainya lalu menyisip perlahan air tersebut. Segar rasanya tubuhnya bila diisikan air sejuk.

"Tak balik lagi?" tanya bartender.

"Kejap lagi kut, sebab customer ramai betul malam ni. Semua dari yang baru berkahwin, nak honeymoon lah katakan."

Mereka berdua ketawa bersama.

"Habistu kau bila nak kahwin? Rasanya kau ni solo lagi kan?"

Halilintar tersedak air yang di minumnya bila mendengar soalan sensitif itu.

"Ishh! Jodoh tak sampai lagi, nak buat macam mana."

"Tulah kau, kena lah cari. Kau ingat jodoh ni jatuh dan datang bergolek kat kau aje ke? Nak cari pasangan hidup perlulah bersungguh-sungguh."

Mulut Halilintar tercebik. "Tch! Aku bukannya ta.."

"Ha! Tu jodoh kau dah sampai."

Laju kepala Halilintar menoleh, mahu melihat siapa yang di maksudkan oleh lelaki itu. Dia tersenyum senget, dan memberi jelingan maut pada penjaga bartender itu. Makhluk itu maksudkan Gempa rupanya.

"Kat sini rupanya kau, tak balik lagi?" Gempa melabuh duduk di kerusi disebelah Halilintar.

"Order Tuan muda."

"Macam biasa."

"Okey!"

"Tak, kejap lagi baliklah. Saja nak melepak kat sini dulu."

"Oh.."

Hening...

Gempa meneguk air minumannya yang tiba sebentar tadi. Dia mengerling Halilintar yang termenung itu. Fikirkan apa, entahlah dia pun tak tahu.

"Kau dah kenapa?"

"Hmmm? Tuan muda cakap dengan saya ke?"

Wajah Gempa berubah masam.

"Eh taklah aku tengah cakap dengan meja ni. Hello meja, kau dengar tak apa aku cakapkan ni?" kata Gempa bengang sambil mengetuk meja bar itu keras. Menunjukkan rasa berangnya.

Halilintar tersenyum lucu melihat telatah Tuan mudanya itu.

"Apa senyum-senyum? Aku robek juga kan mulut kau tu, biar senget sebelah baru tau! Ugh!"

Halilintar tergelak kecil. "Senyum pun salah ke? Senyuman kan satu sedekah."

"Tch! Buang masa, malam ni kau tido aje kat sini. Lagipun, taksi or bas payah nak jumpa malam-malam ni."

Halilintar buat muka terharu. "Wahh! Saya tak sangka Tuan muda ni ada hati perut juga ya? Terima kasih lah sebab ambil berat pasal saya! Percuma ke kena bayar ni?"

"Bayar! Kau ingat hotel aku ni percuma ke nak bagi orang tido?"

Halilintar merengus halus, dia berpeluk tubuh.

"Saya tarik apa yang saya kata tadi. Tuan muda mana ada hati perut! Suka sangat tengok saya terseksa, hmph!"

Gempa buat muka tidak bersalah. Dia meneguk minumannya sambil mengerling Halilintar yang sedang merenung ke arahnya dengan pandangan mata tidak puas hati.

"Apa tengok-tengok? Aku tahu aku hensem."

Halilintar hamburkan gelak sinis.

"Hensem? Wahh! Perasan juga eh? Hensem celah mana aje? Tengok ni!"

Halilintar mencubit pipi Gempa yang tembam itu.

"Pipi ni kuih pau eh? Bolat gila, toing toing.."

Halilintar menusuk pipi Gempa main-main. Gempa sudah melemparkan pandangan maut pada Halilintar kerana berani betul mempermainkan pipinya yang comel itu. Dia dengan kasar menepis tangan jahil itu dari pipinya yang sudah menunjukkan warna merah.

"Kau.."

"Apa? Saya tau saya lebih hensem dari Tuan muda. Jangan jeles eh?" Halilintar menyebak rambutnya ke belakang. Hidungnya yang mancung itu ditolak perlahan dengan ibu jarinya lalu jarinya dijilat perlahan dan disapu pada keningnya yang lebat itu. Lagaknya seperti diva sahaja.

Keningnya dijongket beberapa kali pada Gempa yang sudah berang itu.

"Aku gigit kau sampai lumat, tunggulah." kata Gempa geram.

"Saya tunggu Tuan muda." Halilintar mengenyit matanya pada Gempa. Nakal.

"Asal kau kenyit mata kat aku? Sakit mata? Ada ketumbit?" Perli Gempa.

"A'ah saya sakit mata, sebab tengok Tuan muda makin hari makin bolat sahaja. Emuk-emuk buat saya geram nak cium dan peluk. Tehek!"

Wajah Gempa memerah, dia mencubit peha Halilintar kuat buatkan lelaki bermata merah itu mengaduh sakit.

"Biadap kau! Tunggu lah kau, aku belasah kau."

"Ya, saya tunggu Tuan muda naik pelamin dengan saya nanti, dan malam pertama boleh lah awak belasah saya ya?"

Gempa menjeling maut pada bartender yang seperti menahan tawa bila mendengar ayat kotor dari Halilintar. Bartender itu diam sambil berlalu pergi bila diberikan jelingan membunuh dari majikannya.

"Suka kau ya?"

"Ya, saya suka awak."

Sekali lagi Halilintar mengenyitkan sebelah matanya, sambil mengerakkan bibirnya seperti mahu mencium Gempa. Siap buat bunyi, 'muah' lagi.

"Kau memang sakit mata."

Gempa mendorong tubuh Halilintar kuat buatkan lelaki itu jatuh dari kerusi dan dia terus berlalu pergi dengan perasaan bengang.

Halilintar bangun dari jatuhnya, punggungnya digosok perlahan kerana mencium keras dengan lantai hotel. Sakit woy.

"Kasar, but I like it."













Tbc...

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now