Pada malam itu Gempa, Halilintar dan Encik Adam makan malam bersama. Gempa berasa amat gembira, bibirnya tidak lekang dengan senyuman. Kehadiran mereka berdua mengusir rasa sepi dan sunyi di dalam rumah agam itu.
Selalunya dia hanya makan bersendirian, tapi hari itu dia makan bertiga. Rasa dia lain sahaja. Hidupnya yang dulunya gelap dan suram kini seperti disinari cahaya kembali. Rasa gembiranya tidak dapat diungkap dengan kata-kata.
"Macam mana? Sedap tak makanan tu? Ada yang kurang?" Gempa menyoal dua beranak itu. Ingin tahu juga apakah masakannya sedap ataupun tidak.
"Sedap. Pandai kamu masak, kalau hari-hari masak sedap macam ni boleh buncit bakal suami kamu ni."
Gempa ketawa suka, Halilintar pula hanya mencebik dalam senyumannya. Suka benar dia melihat wajah ceria Gempa itu, dia harap keceriaan itu tidak kembali luntur seperti sebelum ini.
"Hiperbola betullah papa ni." bidas Halilintar
"Eleh! Betul apa?" balas Encik Adam tidak mahu kalah.
"Hm, yelah tu. Tapi kan, awak selalu ke masak?" Halilintar menyoal Gempa, dan mengabaikan ayahnya yang sudah mencebik geram.
"Tak juga, selalunya aku akan makan kat luar. Lagipun, serba salah pula nak masak sebab aku duduk sesorang. Membazir nanti."
Mereka berdua mengangguk. Encik Adam mengerutkan dahi bila mendengar Gempa membahasakan diri 'aku' dengan Halilintar. Kasar sahaja bunyinya.
"Kenapa kamu bahasa diri kamu 'aku'? Maaf tanya, cuma papa mahu tau aje."
Gempa dan Halilintar berpandangan sejenak, baru sahaja Gempa mahu buka suara Halilintar terlebih dahulu memotong.
"Kalau papa nak tau, Gempa ni sebenarnya majikan tempat Hali kerja. Dia sudah terbiasa begitu, bakal menantu papa ni ganas dan baran orangnya." jelas Halilintar, terselip sedikit sindiran. Wajahnya selamba sahaja selepas mengutuk Gempa.
Gempa berdecit, namun tidak berkata apa-apa.
Encik Adam mengangguk faham.
"Macam tu rupanya. Cinta di antara majikan dan pekerja eh? Boleh buat novel ni."
"Tak habis-habis dengan novel dia." perli Halilintar.
Gempa memandang Encik Adam dengan wajah berminat ingin tahu.
"Novel? Papa penulis novel ke?" Soal Gempa.
Encik Adam mengangguk dalam senyuman manisnya.
"Yup! Tapi dalam pakcik oren aje, wattpad. Kalau ada masa papa akan menaip citer. Sekarang ni tengah nak habiskan story Hotel Blue Moon dan Why."
Gempa menatap kagum pada bakal mertuanya.
"Tapi, asal nama story papa macam nama hotel Gem eh?"
Encik Adam menjongket bahu.
"Entah, tanya sendirilah pada orang yang buat cerita ni. Papa hanya buat suka-suka sahaja, mahu hiburkan orang dengan hasil karya sendiri. Walaupun masih noob, haha. Dahlah jom makan, lepas ni baru sambung lepak."
"Oh okey."
Halilintar tersenyum melihat mereka berdua yang dapat mengakrabkan diri dalam jangka masa tidak lama. Syukurlah ayahnya menyukai Gempa yang banyak kerenah itu.
"So, bila korang nak langsungkan perkahwinan korang? Papa dah gatal tangan nak timbang cucu ni hehe.."
Tersedak nasi yang dimakan oleh Halilintar dan Gempa. Wajah masing-masing berona merah bila mendengarkan itu.
Encik Adam ketawa geli hati melihat dua pasangan muda itu. Sengaja dia mahu mengusik.
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!