Beberapa tahun kemudian...
"Momma!! Kami dah balik!! Yuhu momma, where are you my momma chubby-chubby?"
"Momma kat dapur sayang!"
Dua budak lelaki berusia 5 tahun berlari terkedek-kedek menuju ke arah dapur, di belakang mereka terdapat Encik Adam yang hanya membuntuti langkah kedua cucunya yang aktif itu.
"Kesayangan momma dah balik sekolah? Macam mana kat sekolah okey?"
Gempa mematikan dapur gas, tangannya yang sedikit kotor dilap dengan menggunakan kain bersih. Dia bertinggung di hadapan kedua anaknya.
"Okey aje momma! Nak peluk momma!" kata mereka berdua sambil mendepakan tangan. Gempa tergelak kecil, perangai manja mereka berdua seperti papanya sahaja.
"Yelah, sini kesayangan momma." Gempa memeluk kedua anak kembarnya erat. Lalu ketawa mereka bertiga bersatu.
Encik Adam yang melihat kemesraan tiga beranak itu, tumpang gembira sekali. Dia akui yang Gempa yang dulu dan yang sekarang sudah jauh berubah sejak mempunyai anak. Sudah tidak baran dan melenting seperti dulu, sifatnya sekarang lebih matang daripada awal pertemuannya dengan menantunya itu. Okey lah, ada perubahan walaupun adalah juga nakalnya dan sedikit sifat barannya jikalau ada benda yang tidak kena. Tapi tidaklah separah seperti dahulu.
"Atok? Kenapa Atok tercegat kat situ? Nyanyi lagu Negaraku ke?"
Tersedar Encik Adam daripada lamunannya, dia tersenyum kelat dengan sindiran cucunya itu. Mulut berbisa macam mak bapa diorang juga.
"Tak adalah, kamu masak apa aje petang ni Gem? Hali balik makan tengahari sekali ke?"
Encik Adam menarik kerusi dan melabuh duduk di situ. Dia memandang makanan yang sudah terhidang di atas meja.
"Tak papa. Dia kata akan makan di luar dengan klien dia. Papa dah lapar? Papa makan lah dulu dengan budak berdua tu, Gem nak bubuh sup ni kejap. Ha korang berdua, pergi duduk dengan Atok lepas makan mandi ya?"
"Baik momma!" sahut dua kembar itu, lantas mereka memanjat kerusi menghadap ke arah Atok mereka.
"Sini biar Atok yang bubuhkan nasi, duduk diam-diam nanti jatuh." Kata Encik Adam, dia mencedok nasi untuk kedua cucunya.
Gempa tersenyum melihat mereka bertiga, dia meletak mangkuk sup tomyam di tengah meja.
Apron dilepaskan dan di sangkut pada kepala kerusi. Dia melabuh duduk untuk sertai mereka bertiga.
•••••
"Sandy!!"
Heize menjerit nama kembarnya sambil memanjat katil Sandstorm, manakala katilnya berada bersebelahan dengan kembarnya.
"Yah! Nama aku Sandstorm lah! Elok sikit panggil nama aku, dasar Heizenut kau!"
Heize hanya menjelirkan lidahnya pada Sandstorm yang baru keluar dari tandas. Buang hajat.
"Wei, Sandy minggu depan kita ada acara makan akhir tahun. Kita nak bawa apa eh?"
Sandstorm berdecit pelan, larang pun tiada guna. Si Heize tu bukannya makan saman.
"Entah, bawa gajah kut?"
"Asal pula kau nak bawa kawan kau? Boleh ke? Kalau aku nak bawa zirafah boleh? Kau pernah makan daging zirafah?"
Kening Sandstorm berkerut, lalu kepalanya digeleng.
"Tak pernah, kenapa kau pernah makan ke?" soalnya polos.
Heize mengangguk semangat.
"Pernah! Tapi dalam mimpi aje lah ehek!" Jawab Heize dengan sengihan polos.
Sandstorm memandang datar wajah adik kembarnya itu. Dia menonyoh dahi Heize, buatkan budak itu mengumpat pelan.
"Kau dah kenapa Sandy?! Cari gaduh memalam buta?"
"Bila masa? Dasar kau Heizenut butter!"
"Ehem!"
Bunyi deheman seseorang menghentikan acara pergaduhan mereka berdua. Mereka berdua berkalih ke pintu bilik, terdapat papa mereka yang sedang berpeluk tubuh sambil bersandar di dinding.
"Kamu berdua ni, tau nak bergaduh aje memalam buta ni. Dah tido, esok sekolah nanti lambat pula nak bangun pagi esok. Tido sana sebelum momma kamu datang piat telinga tu."
Automatik dua kembar itu memegang telinga mereka dengan wajah pucat. Mereka boleh bayang dan rasa macam mana sakitnya kena piat telinga dengan Gempa. Sebab mereka sudah selalu kena pulasan telinga oleh momma mereka akibat nakal.
"Yelah, jangan beritahu momma ya papa? Janji?"
Halilintar hanya menjongketkan bahunya seraya mengorak langkah mendekati kedua anaknya.
"Ya janji, dah tido. Sini papa dodoikan ya? Nak papa bacakan buku cerita tak?"
"Nak!"
Halilintar tersenyum sambil mengeluarkan sebuah buku cerita dari laci meja kecil yang ada di tepi katil Sandstorm.
Si kembar itu, mula berbaring di atas katil. Katil Sandstorm. Mereka berdua saling berpelukan sambil memandang ke arah papa mereka yang sudah siap mahu buka cerita untuk mereka berdua.
"Okey, kisahnya bermula..."
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!