Mereka berdua duduk semeja saling berhadapan, disebuah kafe. CaffeBay. Masing-masing sedari tadi hanya berdiam diri, sejak tiba di sana.
Halilintar berdeham sejenak, mengundang Yaya yang duduk di hadapannya menatap ke arahnya.
"Ya Hali? Saya tahu awak ada benda nak cakap dengan saya, kalau tak mesti awak tak akan ajak saya keluarkan? Awak memang payah kalau ajak keluar makan bersama, ada saja alasannya. So, apa alasan awak nak jumpa saya ni Hali?"
Yaya berterus terang, dia tahu lelaki itu ada sesuatu mahu sampaikan padanya. Mesti sesuatu yang penting? Mungkin..
"Hmmm, aku straight to the point lah. Kau sebenarnya suka aku kan?" kata Halilintar, terus masuk ke topik utama mereka.
Yaya terkedu, wajahnya mula memerah.
"Macam mana awak tau?"
"Itu tak penting, aku cuma nak tau. Kau sukakan aku ke?" ujar Halilintar serius.
"Ya Hali, saya suka awak sejak awak jejak kaki kat tempat kita belajar di UCK tu. Tapi, saya takut nak luahkan pada awak. Saya takut awak tolak cinta saya." jujur Yaya berkata sambil meramas jari-jemarinya yang berada diriba.
Halilintar diam seketika, dia pandang wajah Yaya.
"Maaf Yaya, tapi aku terpaksa katakan ini. Aku tak pernah sukakan kau, aku hanya anggap kau seperti adik aku aje tak lebih. Lagipun aku dah ada kekasih, aku tak nak kecewakan dia. Maafkan aku." kata Halilintar lembut namun masih kedengaran tegas.
Yaya hanya tersenyum, dia tidak terkejut sebab dia sudah menjangkakan apa yang akan Halilintar katakan. Walaupun begitu, hatinya terasa amat sakit seperti diramas-ramas.
"Tak apa, saya tak salah kan awak Hali. Ni memang salah saya sebab mengharapkan awak, namun sepertinya harapan saya tak tersampaikan ya? Tapi, it's okey."
Halilintar tersenyum bersalah, bila melihat wajah duka Yaya itu. Namun dia tidak boleh berbuat apa-apa, sebab itu sudah keputusannya.
"Maafkan aku sekali lagi Yaya, sebab dah lukakan hati kau. Aku harap kau akan jumpa lelaki yang jauh lebih baik dari aku dan boleh bahagiakan kau."
"It's okey, saya pun harap macam tu. Tapi, bolehkah saya tau siapa orang yang sudah tambat hati awak?"
Yaya cuba untuk tetap tersenyum, walha mulutnya terasa berat untuk ukirkan satu senyuman. Dia merenung wajah Halilintar yang pernah menambat hatinya.
"Kau kenal dengan orang tu, dia selalu ada dengan aku."
Yaya terlihat memikirkan siapa yang di maksudkan oleh Halilintar itu. Orang yang dia kenal? Entah kenapa wajah majikan lelaki itu terlintas dibenak fikirannya.
"Adakah ianya majikan awak yang haritu? Gempa kan kalau tak silap namanya?"
Halilintar tersenyum manis, buatkan Yaya sedikit terpegun dengan senyuman menawan lelaki itu. Namun sayang, lelaki itu bukanlah jodohnya.
"Dia ke?"
"Yes that's right, I love him so bad."
Tbc..
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!