Beberapa bulan kemudian...
Di sebuah dewan Hotel Blue Moon, mengada satu majlis perkahwinan yang sederhana namun begitu meriah dengan hadirin yang berdatangan untuk memeriahkan lagi majlis tersebut.
"Tahniah korang! Selamat pengantin baru dan semoga hubungan korang kekal hingga ke jannah."
Dua pasangan muda yang baru sahaja diijabkabulkan, hanya tersenyum dengan ucapan dari kawan mereka.
"Thanks korang sebab sudi datang." kata Halilintar pada ketujuh kawannya.
"Kau ni, of course lah kena datang kawan kitorang nak kahwin. Apalah kau ni Hali."
Mereka semua ketawa kecuali Gempa yang hanya tersenyum melihat kawan-kawan Halilintar.
"Gem, kawan awak tak datang?" soal Halilintar pada Gempa yang sedari tadi hanya berdiam diri sambil memerhatikan mereka.
Kini tumpuan mereka terarah pada Gempa.
"Hmmm, aku tak ada kawan mana. Cuma Nut sahaja kawan aku."
Mereka semua mengangguk kepala faham.
"Tak apa, kau boleh jadi kawan kami."
"Betul ke?"
"Yap!"
Gempa tersenyum manis, sambil melompat kecil. Melihat gelagat lucu Gempa itu, buatkan mereka tersenyum gemas.
"Oh Hali, Yaya tak datang ke? Aku tak ada nampak pula?" Fang bertanya dan di sambut anggukan setuju dari yang lain.
"Datang aje, dia datang dengan Ying. Mereka tengah makan." Jawab Halilintar seadanya.
"Aku harap dia boleh move on dari kau, ialah kan kau tu dah jadi suami orang." kata Solar pula, bahu kawannya ditepuk perlahan.
"Aku pun harap macam tu." itu sahaja yang mampu Halilintar balas.
Mereka semua mengangguk setuju.
"Kau orang pergilah makan dulu, nanti kita sambung bual pula eh? Kami nak pergi layan tetamu lain pula, pai."
"Yelah pengantin baru!"
Mereka ketawa bersama setelah itu mereka berpisah di situ. Kini tinggallah Halilintar dan Gempa.
"Jom Gem." Halilintar memaut pinggang Gempa, namun lelaki itu meleraikan pautan tangannya. Halilintar memandang Gempa hairan.
"Kenapa?"
Gempa menjeling, "Ish, tak payahlah nak peluk-peluk bagai. Gelilah. Ugh!"
Gempa terus berlalu meninggalkan Halilintar dengan wajah berona merah. Sebenarnya dia malu dipeluk di hadapan umum.
Halilintar hanya mampu menggeleng kepala dengan perangai tsundere Gempa itu. Malu tapi mahu.
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!