Part 6

1K 98 6
                                    

Halilintar memandang suasana kantin hotel itu yang boleh dikata cukup ramai pengunjung yang menginap di situ. Air manggo ais miliknya disisip perlahan.

"Sorang aje ke?"

Halilintar mendongak, dia tersenyum tipis.

"Oh Nut, duduklah. Yelah, duduk sesorang aje, tak ada yang nak teman. Tuan muda pendek tu, masih merajuk dengan aku."

Nut ketawa kecil sambil melabuh duduk di kerusi di hadapan rakan sekerja barunya, segelas Americano ais di letak di atas meja.

"Kau panggil dia apa tadi? Pendek? Gila kau! Habistu asal dia merajuk dengan kau?"

"Sebab aku panggil dia pendek."

"Pftt hahaha! Kejam kau! Staff lain tak berani nak cakap macam tu kat dia kalau tak nak kena smash dengan dia. Tapi kau, aku tabik ah!" kata Nut bangga, ibu jari diajukan pada Halilintar.

Halilintar hanya tersenyum senget.

"Ohya Nut, aku ada benda nak tanya kau ni?"

"Apa?"

"Kenapa hari tu kau kata, aku tak boleh jatuh cinta dengan dia? Dia dah kahwin eh? Tapi tak ada nampak pun suami dia yang datang jenguk or datang ajak keluar lunch?"

Nut berdeham, dia tahu mesti Halilintar akan bertanyakan hal itu.

"Tak adalah, sebenarnya aku gurau aje masa tu. Budak tu mana kahwin lagi, dia single mingle okey. Aku cakap macam tu, sebab aku tak nak kau sakit hati nanti." Kata Nut jujur.

Berkerut dahi Halilintar. "Sakit hati? Kenapa?"

"Sebab kau harus makan hati hari-hari dengan dia, tau nak marah dan baran orang aje kerja dia. Sakit pula hati kita ni." jawab Nut.

"Oh." Halilintar ketawa kecil, dia ingatkan apalah tadi. Sebab itu sahaja?

"Kau dah makan ke?" soal Nut bila tiada nampak pinggan nasi di atas meja melainkan dua gelas air sahaja.

"Belum rasa lapar lagi, kau pula?" balas Halilintar

"Dah makan pagi tadi. Perut rasa kenyang lagi, so minum air ajelah." jawab Nut.

Hening sejenak di antara mereka berdua.

"Hali, aku ada misi untuk kau. Mesti kau suka punya, lagipun aku tengok kau boleh tahan juga." kata Nut tiba-tiba.

"Maksud kau? Misi apa?" soal Halilintar bingung.

"Misi jinakkan si Tuan muda pendek yang chubby-chubby tu." kata Nut dengan sengihan jahil bermain dibibirnya.

Halilintar ketawa kecil, "Jinakkan dia? Rasanya boleh kut? Kita tengok aje dulu apa yang jadi, kalau misi aku berjaya kau nak kasi aku apa?"

"Hmmm, aku nak kau kahwin dengan dia."

Terbatuk Halilintar dibuatnya, mendengarkan itu.

"Kau gila?"

Nut ketawa jahat. "Apa salahnya, aku tengok kau dengan dia serasi aje. Dia tu umur aje 25 tahun tapi perangai macam budak 5 tahun, kau yang muda setahun daripada dia pun lagi matang dari dia walaupun adalah juga mulut laser kau tu."

Halilintar berdecit halus, "Whatever. Dahlah, waktu lunch dah nak habis. Baik aku naik dulu, takut si Tuan muda pendek tu mengamuk pula nanti, naya aku. Okey lah aku gerak dulu, bye Nut."

"Ya! Bye, jangan lupa jinakkan singa betina tu!! Muehehe.."

Kepala Halilintar tergeleng pelan, sejurus melambaikan tangannya pada Nut.

"Sure!"








Tbc...

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now