Gempa mundar mandir di ruang tengah bilik hotelnya. Dia bergerak gelisah, sesekali anak matanya mengerling ke arah pintu hotel. Dia berdoa agar Halilintar masih berlama-lama di dewan kerana masih leka berbual dengan kawan-kawannya.
Mindanya terlintas pada perbualan dia dengan Nut semasa berselisihan mahu masuk ke bilik hotel kerana penat melayan tetamu.
"Kau tau apa malam pertama untuk pasangan dah kahwin?" Nut berbisik dengan nada nakal.
"Apa? Mestilah tido, buat apa lagi. Dahlah aku penat ni." Gempa mahu berlalu namun tidak jadi bila mendengar seruan Nut itu.
"Aku harap kau boleh jalan seperti biasa Gem, hehehe... Hati-hati Gem, jangan sampai kau kena terkam dengan singa buas, paipai! Selamat menikmati malam pertama!"
Nut berlalu pergi dengan senyuman nakal bermain dengan wajahnya. Gempa hanya memandang kepergian Nut dengan wajah bingung campur penat.
"Apa maksud dia ya? Kenapa dia suruh aku hati-hati? Halilintar nak buat jahat kat aku ke apa? Tak mungkin lah, kalau berani siaplah aku karate mamat mata merah tu."
Gempa menggelengkan kepalanya malas mahu memikirkan benda itu semua, dia mengeluh sejurus mengambil tuala di dalam almari baju dan berlalu masuk ke dalam bilik mandi. Ingin membersihkan diri dan tidur setelah itu. Ruang matanya hanya nampak bantal sahaja.
Usai selesai membersihkan diri, Gempa membalut tubuhnya dengan baju bathrobe dan kepalanya dibungkus dengan tuala bersih. Gempa melangkah keluar dari bilik air, baru sahaja kakinya mengijak lantai bilik. Tubuhnya serasa membeku bila mendapati Halilintar tengah duduk dibirai katil sambil berpeluk tubuh dan panahan mata tajam dan redup itu tertuju padanya. Dia telan liur.
"Err.. Bila kau masuk Hali?" soal Gempa sekadar basa basi, dia berganjak ke almari. Bibir bawahnya digigit, bila merasakan dirinya diperhatikan oleh lelaki itu.
"Baru aje, tadi saya ada cari awak. Tapi Nut kata awak dah masuk ke bilik, katanya penat." Balas Halilintar seraya bangkit dari duduknya, kakinya digorakkan mendekati Gempa yang membatu di hadapan almari.
"Hmmm, penat jugalah. Tak sangka ramai yang datang malam ni." kata Gempa sambil memilih pakaian apa yang harus dia pakai malam itu.
Nafas Gempa bagaikan tersekat, bila pinggangnya dipeluk dari belakang.
"Penat tapi berbaloi kan?" bisik Halilintar di cuping telinga Gempa.
"Err ya.. lepaslah, tak selesa. A..aku nak pakai baju." pinta Gempa dengan nada suara gugup.
Halilintar smirk, pelukannya dieratkan. Dagunya didaratkan pada bahu Gempa, wajahnya menghadap pada leher Gempa yang putih melepak itu. Dia hidu aroma lavender yang menguak dari tubuh itu.
"Wangi."
Bulu roma Gempa mencanak naik, bila lehernya diterpa deruan nafas hangat daripada Halilintar.
Gempa pejam mata dengan bibir bawahnya digigit bila bahunya yang terdedah itu dicium dan dihisap pelan oleh suaminya.
"Lepaslah Hali, kau kena pergi mandi. Lepastu tido, aku dah mengantuk." Gempa mencuba melepaskan pelukan maut Halilintar.
Rengusan halus keluar dari belah bibir Halilintar. Dia mencium sekilas leher putih itu sejurus melepaskan Gempa.
"Jangan harap saya bagi awak tido malam ni goldy bun." Bisik Halilintar, lantas dia berlalu masuk ke dalam bilik air.
Gempa memegang dadanya, jantungnya di dalam sana sudah tidak reti nak duduk diam. Wajahnya memerah.
"Uish bahaya betullah mamat ni, tak guna ah. Dah berani dia sekarang eh?Patut ke aku larikan diri? Haishh! Tolol kau Gem, nanti tak pepasal keluar berita viral. Pengantin lari time malam pertama. Tch! Buat malu aje kau ni Gem."
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!