Part 14

1K 104 15
                                    

Pemandangan matanya, di edarkan sekeliling lobi hotel itu. Senyuman mengembang dibibirnya tatkala melihat orang-orang yang menginap di sana sedang berlalu lalang.

Puk!

"Heyy, Hali. Kau buat apa tercegat kat sini?"

Halilintar menoleh bila bahunya ditepuk dari belakang. Dia tersenyum.

"Tak ada apa saja nak tengok orang, bunga ni kau nak bawa ke mana Nut?"

Halilintar bertanya pada Nut bila mendapati lelaki itu memegang sejambak bunga.

"Oh, aku nak letak kat bilik mesyuarat. Saja nak buat hiasan kasi cantik, sebab esok ada meeting."

Halilintar hanya mengangguk faham, satu idea terlintas di ruang benaknya. Dia menepuk bahu Nut perlahan, Nut memandang Halilintar hairan.

"Asal wey?" soal Nut.

"Tak adalah, tapi boleh tak aku nak satu tangkai bunga? Nak satu aje, boleh?" pinta Halilintar sambil menaikkan satu jarinya pada Nut.

"Okey, ambil ajelah. Tapi, kau nak buat apa dengan bunga mawar ni?"

"Adalah, aku pergi dulu! Bye Nut!"

"Hmmm, bye.."

Nut mengaru kepalanya yang tidak gatal, sambil memandang kepergian Halilintar.

"Mamat tu dah kenapa?"

•••••

Halilintar tersenyum sambil menghidu aroma bunga mawar yang dia ambil dari Nut sebentar tadi, dia berjalan keluar dari kotak lift dan meneruskan perjalanannya menuju ke arah ruang pejabat Gempa, namun kakinya terhenti bila melihat Gempa keluar dari biliknya dengan keadaan lesu.

Dia dengan cepat mendekati Gempa.

"Tuan muda, kenapa lesu aje ni?" soal Halilintar.

"Tak lesu macam mana, kerja bertimbun macam nak gila dah aku ni." jawab Gempa dengan nada lesu.

"Patutlah, Tuan muda cepat tua. Asyik mengeluh aje." kata Halilintar selamba.

"Apa kau kata?!" jerit Gempa, tubuhnya yang tadinya terbongkok terus tegak. Dia pandang Halilintar marah.

Halilintar tersengih tidak bersalah.

"Oh tak, maksud saya.. Saya ada benda nak kasi kat Tuan." Kata Halilintar, segera menukar topik.

Gempa masih lagi memandang Halilintar dengan tatapan mata tidak puas hati.

"Apa?!"

"Nahh!" Halilintar terus menyelitkan bunga mawar merah di belah bibir Gempa.

"Hadiah dari saya, semangat bekerja Tuan muda." ujar Halilintar girang. Dia terus beredar dari hadapan Gempa, menuju ke tempat kerjanya.

Gempa tidak berkata apa-apa. Dia hanya memandang Halilintar yang sudah leka dengan komputernya. Dia merengus halus, tidak lama dia tersenyum senget.

Gempa melangkah menerpa ke arah Halilintar, dia memusingkan kerusi yang diduduki Halilintar. Bunga mawar yang berada dibibirnya, diambil lalu diselitkan pada telinganya.

"Eh? Kenapa Tuan?" soal Halilintar pelik. Dia terkedu disaat Gempa menarik tali lehernya dan itu mampu membuatkan wajah mereka berdua menjadi dekat. Halilintar telan liur dalam diam.

Gempa memegang wajah Halilintar dengan gerakan lembut, tanpa amaran dia terus mencium bibir ehem seksi Halilintar itu.

Mata Halilintar membulat, tubuhnya kaku tidak tahu hendak beraksi seperti mana apatah lagi melihat mata Gempa yang terpejam rapat.

Gempa dengan perlahan melepaskan ciuman tersebut, dia tatap mata merah Halilintar yang tajam itu. Dia segera menjarakkan diri, dia pandang wajah beku Halilintar itu. Terkejut gamaknya dengan serangan tiba-tiba yang Gempa bagi tadi.

Gempa mengelus sejenak pipi Halilintar dan beredar masuk ke dalam pejabatnya tanpa berkata apa-apa.

Halilintar tersedar dari rasa terkejutnya, dia pegang bibirnya yang baru sahaja dicium oleh Gempa. Masih terasa hangat, dia rasa. Dia sentuh dadanya pula yang berdegup kencang.

"Haa.. Ini gila, tak bagus untuk kesihatan aku. Patut ke aku pergi buat check up kat hospital?"








Tbc...

Pomot time, sya ada bawa citer baru. Cast dia Blice, if berminat bolehlah pi baca tankiu 😂

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now