Part 21

1K 91 11
                                    

Halilintar mengkuis-kuis tanah dengan hujung kasutnya sambil bersandar di badan kereta, dia sedang menunggu Gempa yang belum turun dari pejabat. Mereka mahu keluar makan bersama, tapi lelaki itu memintanya untuk tunggu di bawah. Jadi, dia hanya menurut.

"Mana budak baran ni, dah 5 minit aku tunggu kat bawah. Apa yang dia buat sampai lama sangat tu?" Halilintar mengomel. Untung sayang, jikalau tidak sudah lama dia melesap pergi. Dia lapar woy.

"Sabar ajelah, sabarkan separuh dari iman. Fuhfuh!"

Tanpa dia sedar perbuatannya diperhatikan oleh seseorang. Orang itu tersenyum manis dan dia melangkah mendekati Halilintar. Bahu lelaki itu dia tepuk perlahan.

"Hai Halilintar."

Kepala Halilintar terangkat bila ada seseorang yang berdiri di hadapannya, dia memandang wajah orang yang menegurnya. Seorang gadis.

Dia cuba ukirkan senyuman manis.

"Hai Yaya, kau buat apa kat sini?"

Yaya tersenyum. "Saja jalan-jalan kat kawasan ni, tak tau pula terjumpa awak kat sini. Awak kerja sini ke? Hotel ni ke?"

Halilintar mengangguk kepala. "Yap. Ni lah tempat aku kerja."

"Oh, habistu awak buat apa kat luar? Curi tulang ya?" canda Yaya dengan senyum manisnya.

"Mana adalah, aku tengah tunggu bos aku. Kitorang nak keluar makan bersama."

Wajah Yaya berubah sedikit namun cepat-cepat dia cover.

"Oh, habistu mana dia?" Soalnya.

"Ada kat pejabat dia lagi, entah apa yang dia buat. Kejap lagi dia turun kut." jawab Halilintar seadanya. Tanpa memandang wajah Yaya.

"Hm, ohya Hali saya ad..."

"Ehem..ehem.." dehaman seseorang memotong ayat Yaya. Mereka berdua menoleh pada empunya suara.

Gempa berjalan angkuh menuju ke arah mereka sambil berpeluk tubuh. Matanya mengerling tajam pada Halilintar, namun lelaki itu cepat-cepat menghindari tatapan matanya.

"Bual apa? Mesra aje?" jeling Gempa, pada Yaya. Halilintar mengaru kepala bila mendengar nada sinis Gempa itu.

Yaya menjadi kekok, dia hanya tersenyum membalas pandangan mata Gempa. Namun lelaki itu membuang muka, ke arah lain.

"Saya.."

"Jom pergi! Aku lapar."

Gempa menyiku lengan Halilintar, mengisyaratkan pada lelaki itu agar cepat.

"Baik."

Gempa berlalu ke sisi kereta belah kiri, tempat penumpang.

"Maaf aku kena pergi sekarang."

"Tak apa nanti kalau.."

"Halilintar sayang, cepatlah!"

Bulu roma Halilintar mencanak naik bila mendapat jelingan membunuh dari Gempa.

"Baik! Bye Yaya, maaf tau." Halilintar tersenyum pada Yaya, lantas dia bergerak masuk ke dalam kereta sebelum Gempa makin naik hantu.

"Ya bye." jawab Yaya perlahan, dia memandang kepergian kereta yang Halilintar pandu itu dengan hujung mata. Dia hela nafas.

"Sayang? Mesra betul panggilan dia. Mereka ada hubungan apa-apa ke selain sebagai majikan dan pekerja?"







Tbc...

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now