Part 33

1.2K 102 24
                                    

Beberapa bulan kemudian...

Gempa bertungkus lumus menyediakan hidangan makan malam, di atas meja, dia di bantu oleh ayah mertuanya. Manakala Halilintar masih belum pulang dari kerja, lelaki itu sejak akhir-akhir ini sedikit sibuk walaupun begitu dia pandai urus masa kerjanya untuk keluarganya.

"Gemgem, kamu duduklah dulu. Takut pula papa tengok kamu ni, ke hulu dan ke hilir dengan perut bolat kamu tu. Ishh, seram papa tengok. Duduklah, biar papa yang sediakan."

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapi! Duduk! Papa takut kamu terberanak kat situ, tak pepasal papa jadi bidan terjun sudahlah suami kamu tak reti nak balik lagi."

Gempa hela nafas, dia menurut perintah dari ayah mertuanya itu. Lagipun, perutnya rasa senak sahaja mungkin kerana dia memaksakan diri untuk buat kerja rumah walaupun Encik Adam selalu menawarkan diri untuk membantu atau menyuruhnya untuk duduk diam-diam.

"Baiklah papa." Gempa akur. Dia mengusap perutnya yang sudah ke depan itu, dia melabuh duduk di kerusi.

"Kan bagus kalau dengar kata, ni tau nak ikut dia aje. Mengandung buatlah macam orang mengandung." perli Encik Adam, sambil mengacau sejag air oren.

Gempa mencebik. "Yelah. Anak papa ni pergi mana ha? Tak balik-balik lagi? Dia melencong dengan pompuan lain ke apa? Kalau dia balik nanti, Gem nak sunat dia punya bebird tu!"

Encik Adam menggelengkan kepala bila Gempa sudah mula buka kaunter berleternya.

"Apa yang bising-bising ni?" Sampuk satu suara. Mereka berdua menoleh ke arah sumber suara itu.

"Ha dah balik pun kamu, ni ha bini kau ni sibuk membebel kat kau bila nak balik, bila nak balik. Telinga papa rasanya mahu bernanah sahaja dengar dia punya bebel tu." Adu Encik Adam.

Gempa hanya menjeling, manakala Halilintar tergelak kecil sambil merungkai tali lehernya.

"Linlin pergi mana ha lambat sangat balik? Dah 10 abad Gem tunggu Linlin tau? Linlin main pompuan dan laki kat belakang Gem kan?" Gempa bangun dari duduk, pinggangnya dicekak. Jari telunjuk dituding pada Halilintar.

Encik Adam sudah buat muka 'aku tak nak masuk campur', dia sibukkan diri dengan mengacau air sambil bersenandung pelan.

Halilintar tersenyum kecil, dia menjatuhkan tangan Gempa. Tubuh berisi isterinya, dipeluknya.

"Ishh! Tak payah peluk-peluk! Dah lah bau busuk! Bau peluh!" omel Gempa seraya mendorong tubuh Halilintar agar menjauh darinya.

"Amboi mulut dia, lastik kan. Elok betul perangai sejak mengandung ni, tak baik tau tuduh suami macam tu. Saya lambat sebab ada beberapa kerja yang saya harus selesaikan, mana ada saya bermain di belakang awak. Saya hanya setia pada awak aje, saya kan sayang awak. Tengok ni, budak dalam perut awak ni adalah tanda cinta kita tau?"

"Tak tau."

Encik Adam tahan gelak dengan jawapan yang dibalas Gempa itu pada suaminya.

Halilintar menjeling jengkel, pipi tembam Gempa dicubit geram.

"Suka hati awaklah Gem, saya nak naik atas dulu. Nak mandi dulu. Dah, tak payah nak cemberut bagai nanti budak kat dalam tu ikut perangai kuat merajuk awak tu. Haru nanti hidup saya kena melayan rajuk korang berdua. Haihh..."

Halilintar menggeleng kepala seraya beredar untuk ke bilik.

Gempa berpeluk tubuh dengan wajah masam, dia kembali duduk. Anak matanya tidak sengaja terpandang tatapan mata ayah mertuanya padanya.

"Apa tengok-tengok? Nak kena cungkil biji mata tu?"

Encik Adam melompat kaget kerana disergah tiba-tiba oleh Gempa. Dia pula yang kena marah.

"Mak buyung ni, haih.. Sabar aje lah.."










Tbc...

Korang rasa nama apa yang sesuai untuk anak HaliGem? 🤔

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now