Gempa termenung sambil memandang bulan penuh itu, bersinar dengan cantiknya ditambahi lagi dengan bintang yang bertaburan di dada langit.
Dia merenung bulan itu dengan leka sekali sampaikan tidak sedar akan kedatangan Halilintar.
"Ehem, Tuan muda?" teguran Halilintar menyentakkan lamunan Gempa. Dia berbalik, mengadap ke arah Halilintar.
"Kenapa?"
Halilintar mengaru belakang kepalanya, dia sebenarnya segan mahu bertatap muka dengan Gempa disebabkan hal yang berlaku beberapa jam tadi.
"T..tak, hmm Tuan tak nak balik lagi ke?" soal Halilintar dengan nada suara sedikit gugup. Dia sedaya upaya melarikan pandangan matanya dari bertembung mata dengan Gempa.
"Hmmm, belum. Kalau kau nak balik pergilah, lagipun waktu kerja kau dah habis." balas Gempa, dia perasan yang Halilintar seperti mahu mengelak dari bertentang mata dengannya. Namun dia tidak mengambil hati.
Halilintar menganggukkan kepalanya.
"Ohya, Tuan muda. Jangan lupa esok pagi kita ada meeting dengan orang penting." kata Halilintar.
"Hm? Pukul berapa?" Gempa bertanya.
"Dalam pukul 9 pagi."
Gempa mengangguk faham. "Baiklah, ada lagi?"
Halilintar menggelengkan kepalanya, menandakan sudah tiada maklumat yang harus disampaikan.
"Dah tak ada." Jawab Halilintar.
"Hm, okey. Kau boleh balik."
"Kalau macam tu, saya balik dulu..."
Ayat Halilintar dipintas oleh Gempa.
"Tunggu."
"Hmmm?" kening Halilintar terjongket sebelah, dia memandang Gempa bingung sambil menunggu apa yang mahu lelaki itu sampaikan padanya.
Gempa berdeham. "Teman aku makan boleh? Aku lapar, lagipun aku tahu kau pun lapar juga kan?"
"Eh? Tak apa saya boleh makan kat ru.."
"Please..."
"Tapi saya.."
"Please Halilintar..."
Gempa membuat muka comel, kedua tangannya digenggam di depan dada. Kelopak matanya dikedip-kedip.
Bom!
Tolong selamatkan jantung Halilintar yang sudah mahu meletup saat melihat aksi comel orang di hadapannya. Wajahnya terasa panas sahaja, dia berdeham pelan.
"Err... Baiklah Tuan muda, saya setuju untuk teman Tuan makan.." akhirnya Halilintar menyetujui untuk menemani Gempa keluar makan.
"Thanks Halilintar! Jom pergi!"
Gempa melompat kecil dengan senyum manis mengembang lebar. Dia berjalan mendahului Halilintar.
"Follow me boi.."
"Aa baik!"
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!