Part 12

975 98 13
                                    

Suasana di dalam kereta, tampak sepi hanya suara radio sahaja yang kedengaran. Tiada di antara mereka berdua mengeluarkan suara sejak keluar dari syarikat Montana tersebut. Masing-masing diam membisu.

Halilintar mengerling ke sebelah, lalu kembali memandang ke hadapan. Fokus pada pemanduannya.

Gempa memandang ke luar jendela kereta, bibir di ketap. Tubuhnya dipeluk,  seraya melepaskan helaan nafas.

Merenung jauh mendengarkan kata hati
mengharap kasih sentuhan jiwa nan suci
dan ku merenung ke dalam diri
ingin memaut pada harapan

Dirimu menghamburkan kata-kata duka
hati membeku mendinginkan suasana
dan kau akan masih terus ku tunggu
walau ia hiris hatiku

Terpegun sejenak Halilintar bila mendengar suara nyanyian orang di sebelahnya. Halilintar memberhentikan kereta, tatkala melihat lampu isyarat berwarna merah.

Oh kasih
benarkah itu yang kau inginkan
ataupun ia hanyalah kata kata
tidakkah dikau mengerti
betapa hancurnya hati ini

Bersama sepi ku utuskan rasa rindu
airmata gugur jiwa tiada berkata
dirimu hilang tak mungkin berganti
hanya kesuraman menanti

Diam. Halilintar mencuba untuk mencerna makna daripada lirik lagu yang dinyanyikan oleh Gempa. Lelaki itu,  seperti mahu menyampaikan sesuatu melalui lagu itu. Mungkin kisah kehidupannya? Entahlah.

Oh kasih
benarkah itu yang kau inginkan
ataupun ia hanyalah kata kata
yang kau simpulkan menjadi
nada benci menepis cinta

Harapan yang tiada kau duga
sinar kasih dariku yang tulus suci
tidakkah dikau mengerti
betapa hancurnya hati ini

Handbreak diturunkan,  Halilintar menjalankan kereta bila lampu isyarat sudah bertukar warna hijau.

"Kita berhenti makan, sekarang dah waktu lunch." Gempa buka suara. Dia mengerling Halilintar sekilas.

"Baik."

•••••

"Tuan nak makan apa?"

Halilintar menyoal bila melihat Gempa hanya membelek-belek buku menu tanpa buat pesanan. Dia tersenyum bersalah pada pelayan yang mahu mengambil pesanan mereka, sudah menunggu lama dengan sabarnya.

Gempa mencampak buku menu itu.

"Samakan aje dengan kau." kata Gempa tanpa memandang mereka,  dia membuang muka ke luar cermin restoran. Melihat masyarakat setempat yang berlalu lalang.

"Samakan saja makanan dia dengan saya ya? Thanks and sorry."

"It's okay, saya pergi dulu."

Halilintar menghantar kepergian pelayan lelaki itu, lalu beralih ke arah Gempa.

"Ehem, Tuan muda okey? Kalau ada masalah bagitau lah saya, mana tau saya boleh tolong?"

Hening..

Tiada respon mahupun reaksi daripada Gempa keatas pertanyaannya barusan. Dia mengeluh.

"Ke Tuan muda marah dengan bos syarikat tadi? Sebab paksa Tuan muda buat benda yang Tuan muda tak suka?"

Hening..

Halilintar mengetap bibir. "Suka hatilah, kalau Tuan muda mahu bercerita sesuatu carilah saya em? Saya boleh jadi pendengar yang baik."

Sekali lagi Halilintar hela nafas bila tiada satu pun balasan dari Gempa. Ada emas ke dalam mulut tu? Payah betul nak buka.

Halilintar merenung Gempa, mencuba untuk membaca air muka lelaki itu. Dia tersentak apabila Gempa berpaling dan tidak semena-mena mata mereka berdua berlaga. Lama. 

"Halilintar?"

Pandangan mata mereka terlerai begitu sahaja bila ada orang yang menyela masuk di antara mereka berdua.

"Oh Yaya, kau buat apa kat sini?" sapa Halilintar sedikit ramah bila melihat wajah orang yang menegurnya.

Yaya tersenyum manis. "Lunch dengan kawan. Korang pula? Baru nak makan?"

"A'ah, baru aje order tadi. Kau dah siap ke?"

"Baru nak lunch juga ni."

"Oh. Nak bergabung? Mana kawan kau tu?"

Gempa yang mendengar pelawaan Halilintar itu sudah membulatkan matanya, namun lelaki itu tidak menyedarinya.

"Boleh ke? Saya takut mengganggu aje."

"Tak apa duduklah."

"Baik."

Yaya tersenyum sambil melabuh duduk disebelah Halilintar. Dia sempat memandang wajah Gempa yang sepertinya tidak menyukai kedatangannya itu. Namun dia hanya abaikan.

Gempa mengetap bibir, bila melihat dua manusia di hadapannya berbual ringan seolah dirinya tidak wujud sahaja di sana. Dia dengan penuh geram,  mendorong meja makan itu keras seraya bangun dari duduknya. Perbuatannya itu mengejutkan mereka berdua.

"Tuan muda kenapa?"

Gempa tidak membalas bahkan untuk memandang wajah lelaki itu pun dia malas. Dia terus menonong keluar dari restoran itu, panggilan Halilintar tidak dia sahut. Hatinya panas.

"Maaf Yaya,  aku kena pergi. Mood dia tengah tak bagus tu, bye."

"Baik."

Yaya hanya tersenyum hambar, dia menghantar kepergian Halilintar yang sedang mengejar langkah Gempa itu.

"Nampak sangat yang lelaki itu tak suka aku, dia macam nak ambil perhatian Halilintar aje. Tch.."













Tbc....

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now