Halilintar memandang sekeliling, lalu beralih pada Gempa.
"Tuan kata kita nak pergi makan tadi? Tapi kenapa kita ke panggung wayang? Tuan nak tengok movie ke?" Halilintar menyoal Gempa dengan bertubi-tubi.
"Soal satu-satu boleh? Hm, sebenarnya sebelum aku ajak kau makan, aku dah tempah tiket wayang. Lepas kita tengok wayang kita makan? Kau boleh kan?"
Gempa memandang Halilintar dengan mata bulatnya yang berbinar-binar. Halilintar mengaru kepalanya dengan kedua belah pipinya berona tipis.
"Err baik Tuan, saya okey aje." sahut Halilintar pelan. Dia tersenyum kecil.
Gempa memegang wajah Halilintar dengan senyuman lebar.
"Thanks!"
"Errr.. Masama."
"Jom! Dah boleh masuk ni."
"Citer apa Tuan muda nak tengok?"
"Zombie."
"Zombie?"
"Ya! Train to Busan. Kau pernah tengok?"
Halilintar menggeleng kepala. "Tak pernah. Citer dari negara mana?"
"Korea."
"Oh!"
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam panggung wayang. Mereka mengambil tempat duduk di baris kedua, sesuai dengan nombor yang mereka dapat.
"Citer zombie mesti ada scene menakutkan, Tuan jangan malukan saya eh?" bisik Halilintar. Gempa memutarkan bebola matanya.
"Tak akan, aku takut kau yang menjerit terlolong nanti."
Halilintar mengerakkan jari telunjuknya, dengan kepala digeleng penuh yakin.
"Tak akan. Jangan malukan saya ya Tuan muda Gempa."
"Whatever."
Suasana mula tenang bila tayangan cerita sudah terpasang. Gempa mengunyah popcorn sambil melihat movie kesukaannya.
Bila scene dimana pelakon perempuan yang terkena jangkitan virus zombie masuk ke dalam keretapi dan tersembam ke lantai seolah mahu bertukar menjadi zombie.
"Warghh!!"
Gempa kaget bila orang sebelahnya paling kuat sekali menjerit kerana terkejut. Dia mengusap dada. Dia mengerling Halilintar yang hanya tayang muka tidak bersalah.
"Arghh!!"
"Waarghh!"
Halilintar melambungkan popcornnya, hampir bertaburan kerana kaget. Gempa menepis bertih jagung yang jatuh di atas kepalanya. Dia menatap Halilintar marah. Semua yang menonton cerita itu mula tidak fokus bila makhluk itu asyik nak memekik sahaja.
"Maaf, maaf." ucap Halilintar dengan canggung. Dia tersengih pada Gempa yang sudah memberi jelingan maut.
"Warghhmmph!" Gempa terus menutup mulut Halilintar dengan kedua tangannya, dia menendang kaki Halilintar. Dia marah campur malu.
"Kau memalukan aku bodoh!" bisik Gempa bengang. Halilintar hanya membulatkan matanya, membalas pandangan kesal Gempa itu.
Gempa menjauhkan tangannya dari mulut Halilintar, dia mengelap tangannya yang terkena liur pada baju Halilintar.
"Arghh!!" Halilintar segera menutup mulutnya sambil mengerling ke arah Gempa.
Gempa memukul tubuh Halilintar dengan wajah mulai merah, marah campur malu dengan orang sebelahnya itu.
"Ampun Tuan muda."
"Tak guna, aku bunuh kau! Ugh!"
Dan acara tengok wayang mereka berdua berakhir dengan buruknya. Ingin sekali Gempa membelasah orang sebelahnya yang sudah membuat masalah yang memalukan dirinya.
Sekarang siapa yang memalukan siapa?
•••••
Kini mereka berdua berada di sebuah restoran, sehabis sahaja menonton wayang dengan suasana tidak nyaman.
Mengingatkan itu, buatkan Gempa mahu sahaja menenggelamkan Halilintar ke dalam dasar laut.
"Tak sangka ya citer zombie boleh seram macam tu hahaha.." Halilintar ketawa canggung sambil memandang ke arah lain, takut mahu bertatap muka dengan Gempa yang sudah diselubungi oleh emosi membunuh.
"Ya, memang seram. Sampai aku nak tengok cite pun tak fokus langsung, sebab kau lah! Bodoh!" Marah Gempa, dia menepuk meja makan itu kuat seolah melepaskan rasa bengangnya.
"Hehehe."
"Maaf, pesanan anda berdua sudah tiba. Selamat menikmatinya." seorang pelayan lelaki datang bersama dulang yang terisi makanan. Dia menghidangkan makanan di atas meja.
"Terima kasih."
Pelayan itu hanya mengangguk, seraya beredar pergi.
Hening...
"Umm.. Jemput makan Tuan muda, saya tahu Tuan muda lapar. Makanan ni dapat menghilangkan rasa panas di hati Tuan muda tu, makan ya? Hm?"
Halilintar memujuk, dengan senyuman manis diukirkan pada Gempa namun Gempa hanya merengus kasar. Hatinya masih panas.
Gempa mencapai garpu lalu ditusuk pada daging, dia pandang Halilintar tajam.
"Kau nak kena tusuk macam daging ni?"
Laju kepala Halilintar menggeleng. Dia menggenggam kedua tangannya di hadapan dadanya. Wajah simpati ditayangnya.
"Ampun Tuan muda, saya janji tak akan buat lagi. I'm promise!"
"Tch! Sudah lah! Cepat makan, sebelum mata kau tu aku cungkil dengan garpu ni dan buat sup mata!"
"B..baik."
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fiksi Penggemar"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!