"Ni lah rumah saya, rumah teres sahaja. Awak okey kan?"
Halilintar menoleh pada Gempa untuk melihat reaksi lelaki itu. Dia takut Gempa tidak selesa nanti.
Gempa tersenyum manis pada Halilintar.
"Aku okeylah, kau ingat aku ni apa? Aku bukan orang kaya seperti dalam tv3 tu, nak jejak rumah orang miskin pun tak sanggup dan sombong. Sorry okey, tu bukan style aku. Aku tak pandang taraf or darjat seseorang. Aku terima kau seadanya okey? Aku tengok rumah kau okey apa, rasa tenang aje. Tak macam rumah aku, harap aje besar tapi sunyi."
"Baguslah. Terima kasih Gem."
"Hmmm. Jomlah masuk, eh kejap tu siapa? Tu mesti bapak kau kan, kenapa dia bergaduh dengan pakcik dan makcik tu?"
Halilintar melihat ke arah Gempa tunjuk, rahangnya mengeras tatkala mendapati seorang pakcik yang dia kenal adalah tuan kepada rumah sewa mereka telah menolak ayahnya hingga tersungkur di tanah.
"Shit! Apa lagi diorang nak?!" Halilintar keluar dari kereta dan berlari ke rumahnya, mengabaikan panggilan Gempa.
"Apa dah jadi?" gumam Gempa, dia turut keluar dari kereta dan menuju ke arah Halilintar.
"Apa makcik dan pakcik nak lagi? Saya kan dah bayar duit sewa rumah kelmarin? Kenapa pakcik tolak papa saya ha?!"
Tersentak bahu Gempa mendengar bentakan Halilintar, kali pertama dia melihat sisi Halilintar yang lain itu. Garang juga eh?
Dua pasangan suami isteri itu berdecah sinis, mereka memandang Halilintar yang sedang membantu bapanya untuk bangun.
"Memang kamu dah bayar, tapi kami nak korang berdua keluar dari rumah ni sekarang juga."
"Kenapa pula pakcik nak halau kami? Kami kan dah bayar?!" kata Halilintar, tangannya terkepal menahan amarah. Dia tahu yang dua pasangan tua di hadapannya bahkan penduduk di kawasan itu memang dari dulu lagi tidak suka pada ayahnya dan juga dia.
"Aku tak kira, sebab rumah ni telah kami sewakan pada orang lain. So, korang boleh get out!"
Gempa hanya memandang pergaduhan dihadapannya. Dia mengerling bapa Halilintar yang kelihatan menenangkan anaknya yang sedang dikuasai rasa marah.
Dia menjeling ke arah dua pasangan tua itu. Dia berpeluk tubuh.
"Untuk alasan apa korang nak halau suami aku dan bapak mertua aku?" Gempa buka suara, sambil berdiri di samping Halilintar. Dagunya didongak angkuh, memandang remeh.
"Jangan masuk campur Gem, ni masalah saya. Awak ta.."
"Masalah kau maknanya masalah aku jugalah. Aku ni isteri kau tau, so aku kenalah tolong suami aku yang kurang hensem ni."
Terangkat kening Halilintar, manakala bapak Halilintar memandang Gempa hairan.
Makcik Kiah dan pakcik Ucop, memandang Gempa atas bawah. Tengok dari gaya, mereka sudah tahu yang budak depan mereka itu adalah orang berada.
"Kau siapa budak? Sejak bila Halilintar ni menikah? Wahh, kau menikah sorok-sorok eh Hali? Tup-tup dah ada isteri, dahlah kaya. Kau guna-guna kan dia eh?"
"Tutup mulut kau tu Kiah! Anak aku bukan macam tu! Aku kenal anak aku, dia taklah seliar macam anak kau tu. Pergi malam balik pagi, sibuk buat projek kat club bar. Sudahlah, ada hati dengan anak aku. Ingat aku izinkan anak aku kahwin dengan anak kau yang dah rosak tu? Sorrylah, tak hingin."
Encik Adam, ayah kepada Halilintar bersuara lantang membela anaknya.
Pasangan suami isteri itu ketawa sinis, walha dalam hati sudah panas kerana ucapan dari Encik Adam itu.
"Aku tak kira! Hari ni juga aku nak korang keluar dari rumah ni! Kejap lagi aku datang semula, kalau aku tengok korang tak berambus lagi. Aku gunakan kekerasan. Jom balik!"
Bibir Halilintar terkemam kasar, dia menghantar kepergian kedua orang tua itu dengan perasaan marah.
"Hali, sudah jom kita kemas barang keperluan kita. Orang dah benci kita nak buat apa? Kita perlu redho dengan ujian yang kita terima ini. Ingat ni mesti ujian untuk kita."
"Tapi papa, kalau kita keluar kita nak tinggal mana? Nak cari rumah buat masa ni susah nak dapat papa."
Encik Adam mengusap bahu Halilintar, mencuba menenangkan anak lelakinya. Matanya tidak sengaja bertemu dengan Gempa.
"Ohya kamu siapa? Betul ke kamu ni isteri anak pakcik? Tapi rasanya Hali tak akan bernikah kalau dia tak minta kebenaran pakcik?"
Gempa berdeham sambil mengaru kepalanya bila dua beranak itu memandang kearahnya, dia sempat bertatap mata dengan Halilintar namun lelaki itu buat pura-pura tidak tahu.
"Ehem, hai papa. Saya sebenarnya kekasih Halilintar dan juga bakal menantu papa hehehe.."
"Oh.." Encik Adam mengerling Halilintar dengan wajah mahu menuntutkan jawapan. Halilintar hanya buat muka selamba sahaja bila ditenung oleh ayahnya.
"Betullah tu apa yang dia cakap papa, em dahlah jom kemas barang. Lepasni baru kita fikir mana nak berteduh untuk malam ni, esok baru Hali cari ru..."
"Korang tinggal aje dengan aku."
Dua beranak itu menoleh ke arah Gempa.
"Tapi Gem.."
"Tak apa, korang tak menyusahkan aku pun. Lagipun rumah aku tak ada orang juga, cuma aku sorang aje. Kan kita juga mahu jadi satu keluarga nanti? Apa salahnya kan? Tinggal dengan aku ya Hali? Papa boleh tak?"
"Tapi nanti keluarga kamu macam mana?"
"Papa sebenarnya Gempa di.."
"Saya dah tak ada orang tua, saya anak yatim piatu papa."
Encik Adam berdeham, rasa bersalah pula menanyakan hal tersebut apatah lagi raut wajah pemuda itu mula berubah bila disoal hal keluarga.
"Oh maaf, pakc.. Ehem papa minta maaf ya? Papa tak tau.."
"Tak apa! Jomlah kita kemas barang korang, lagi cepat lagi bagus. Saya pun dah rasa menyampah tengok rumah puaka ni."
"Apa kamu kata?!"
Gempa tersengih, dua jarinya dinaik. Halilintar simpan gelak mahu terhambur melihat Gempa yang begitu mudah mengambil hati ayahnya.
"Dah jom! Jangan nak gaduh pula. Jom."
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!