Dia tersenyum, sambil itu anak matanya merenung Halilintar yang berada di sebelahnya, sedang memandu kereta. Mereka berdua baru sahaja, balik dari sebuah syarikat yang mahu bekerjasama dengan syarikat mereka.
"Kenapa awak tengok saya macam tu? Saya tau saya hensem." kata Halilintar dengan gaya diva.
Gempa mencebik. Dia mencubit pipi Halilintar geram, membuatkan lelaki itu mengaduh sakit sambil ketawa kecil.
"Ya, memang hensem pun. Sampai aku rasa nak gigit."
"Berani ke?"
"Jangan cabar eh?"
Halilintar tersenyum. "Ya saya memang tengah cabar awak ni."
"Tch, nanti first night aku gigit kau sampai lebam."
Tersedak air liur Halilintar di buatnya, mendengar ayat Gempa barusan.
"F..first night? Hahaha, siapa aje nak kahwin dengan budak baran macam awak. Haru nanti.."
Kerlingan mata Gempa yang tajam itu, menghentikan ucapan Halilintar. Dia tersengih seperti kerang wangi.
"Oh! Jadi kau tak nak kahwin dengan aku lah? Kau tak nak tanggungjawab selepas dapatkan hati aku?! Kau memang jahat Linlin!"
"L..Linlin?"
"Tak lah, lilin. Tak kira kau kena tanggungjawab, kalau tak aku akan menghantui kau sampai kau mati."
Halilintar simpan senyum. Dia memarkirkan kereta setelah sampai di sebuah restoran. Mahu makan tengahari.
"Auch! Awak memang teringin nak kahwin dengan saya eh? Agresif juga awak ni eh, tapi saya suka. Tak apa, hujung tahun ni kita kahwin."
Wajah Gempa yang tadinya masam berubah ceria, lagaknya seperti baru dapat sebatang lolipop sahaja.
"Betul ni?" soal Gempa teruja. Lengan Halilintar dipegang dan digoyang semangat.
Halilintar ketawa kecil, rambut Gempa diusap kasar.
"Yes goldy bun."
Tersenyum Gempa dibuatnya, dia mencium sekilas bibir Halilintar buatkan lelaki itu kaget namun senyuman merekah dibibirnya.
"Awak ni memang suka eh cium saya?"
"Suka, sebab ianya seksi. Ia milik aku begitu juga hati kau. It's mine, you're mine."
Halilintar mencubit pipi Gempa, lalu bibir mungil berwarna merah delima itu disapunya lembut.
"Sure, I'm yours goldy bun."
Tbc....
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fiksi Penggemar"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!