Gempa berjalan dengan perasaan yang tidak menentu, dia berhenti di hadapan bilik hotelnya yang bernombor 404.
"Kenapa Tuan ke bilik ni?" Halilintar bertanya, sedari tadi dia hanya mengikuti Gempa dengan fikiran yang penuh tanda tanya.
"Cuba kau dengarkan.." kata Gempa tiba-tiba.
"Ha? Dengarkan apa?" soal Halilintar bingung.
Gempa merengus. "Kau pekak ke? Kau tak dengar suara uhh ahh erghhh kat dalam bilik ni ke?"
Cuping telinga Halilintar memerah bila mendengar suara Gempa yang membuat suara seperti orang mendesah. Asal comel sangat eh? Halilintar menggelengkan kepala bila otaknya mulai kotor.
"Emmm, tak. Tapi kenapa Tuan?"
"Aku nak kau, settle kan costumer kat dalam bilik ni! Ada tak nak ada manusia yang buat maksiat tanpa ada hubungan sah batin dalam hotel aku ni! Cepat! Sebelum kau, aku raba!"
Terangkat kening Halilintar mendengar ugutan tidak munasabah dari Gempa itu. Senyuman nakal bermain dibibirnya.
"Berani ke Tuan muda nak raba saya em? Nakal juga eh Tuan muda ni, tak padan dengan kecil."
"Apa kau kata?!"
"Eh, tak maksud saya.. Saya akan membasmikan orang yang berbuat hal kotor sekarang. Tuan muda tunggu sini."
Halilintar dengan kalut mengeluarkan kunci pendua, dia membuka pintu bilik itu dan terus masuk ke dalam bilik itu.
Gempa tersenyum senget, suara gaduh kedengaran dari dalam. Gempa hanya buat bodoh dan beredar pergi sambil bersenandung riang.
"Tuan muda!! Tolong saya!!"
"Oh nananana, oh nananana..."
•••••
"Kenapa Tuan muda tinggalkan saya kat sana sesorang, habis saya kena belasah dengan dua malaun tu. Tengok muka hensem saya ni, habis hancur!"
Gempa memandang malas pada Halilintar yang tiba-tiba sahaja menganggunya menikmati acara makan di kafeteria hotel. Nasib baik kafeteria hari ini sedikit lenggang.
Dia meneliti wajah Halilintar yang ada beberapa kesan lebam dan luka. Sudut bibir lelaki itu pecah dan darah sudah pun kering.
"So? Ada aku kisah?"
Halilintar menggeram marah. "Tuan muda ni, siapa aje tak marah kalau acara ritual mereka kena ganggu. Dahlah dedua lelaki. Ishh! Mata saya dah tak suci tau, tengok diorang tengah buat projek anak. Tadi kan.."
Gempa tersedak nasi kerabunya bila mendengar penuturan kotor Halilintar yang penuh detail itu. Wajahnya merah, dia mencapai botol sos cili yang ada di atas meja lalu disemburnya pada wajah Halilintar.
"Arghh! Tuan muda apa ni!! Tak guna betullah, masuk dalam mata saya woy!"
"Padan muka, cakap tak senonoh lagi."
Halilintar mengusap matanya yang terkena semburan sos cili.
"Tunggu."
"Apa? Tuan muda mesti nak kenakan saya lagi, tak cukup la..."
Ucapan Halilintar terputus bila Gempa mendekatkan wajah padanya, Halilintar seperti terkena renjatan elektrik bila lidah Gempa mengenai pipinya. Wajahnya memerah, dia memandang Gempa yang lincah menjilat pipinya yang comot oleh sos cili.
"Tuan hentikan.."
"Hmmm, kau pergilah basuh muka kau tu. Buruk betul tengok muka kau ni.. Dah shuh!"
"Err baik.."
Halilintar bangun dari kerusi dan menuju ke sinki yang ada di situ. Wajahnya di basuh sehingga bersih, rasa pedih menyengat kulit mukanya akibat terkena semburan sos cili atas perbuatan Gempa terhadapnya. Sadis betul hidupnya, tadi kena belasah kini kena siram dengan sos cili pula. Malang sungguh.
Tapi bila diingatkan kembali perbuatan di mana Gempa menjilat pipinya tadi, buatkan jantungnya mahu meletup sahaja.
"Haa.. Gila... Aku baru aje nak goda dia, tapi dia dulu curi start. Okey sekarang siapa yang di goda dan tergoda?" Bisik Halilintar pada dirinya sendiri.
Dia pandang wajahnya di cermin dan tidak semena-mena anak matanya bertemu dengan Gempa yang sepertinya sedari tadi merenung ke arahnya. Halilintar tersedak air liurnya sendiri bila Gempa mengenyitkan mata padanya.
"Dia dah kenapa?"
Tbc..
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfic"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!