Part 35

1.2K 98 18
                                    

Beberapa minggu kemudian...

Halilintar mundar-mandir di hadapan labour room. Kuku jari digigit. Dalam hati dia berdoa agar Gempa dan bakal anaknya dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

Encik Adam, hanya memerhati tingkah Halilintar itu. Risau betul dengan isterinya sampaikan nak duduk pun tidak senang.

"Hali, duduklah. Pening papa tengok kamu ni, macam seterika bergerak aje. Duduklah." tegur Encik Adam yang mula rimas itu.

Halilintar hela nafas, dia melabuh duduk di sebelah ayahnya.

"Tenanglah, papa yakin mereka selamat." kata Encik Adam, bahu anak tunggalnya dibelai perlahan.

"Hali cu.." ucapan Halilintar terputus, bila telinganya menangkap suara bayi menangis. Dia memandang ke arah papanya dengan wajah teruja.

"Kan papa dah kata tadi. Tahniah Hali, kamu dah jadi ayah sekarang. Papa harap kamu boleh jalankan tanggungjawab kamu sebagai ayah yang baik, didik mereka menjadi seorang anak yang berguna."

Halilintar tersenyum. "Baik papa, Hali tau apa yang patut Hali buat."

Cleak!

Mereka berdua berdiri bila pintu labour room itu terbuka dan keluarlah seorang doktor lelaki muda. Tag nama tersemat di dada kirinya. Doktor Thorn.

"Macam mana dok dengan isteri dan anak saya?"

Doktor beriris hijau itu, tersenyum manis. Tangannya disuakan pada Halilintar. Mereka berdua berjabat tangan.

"Tahniah encik, isteri encik selamat melahirkan dua anak kembar lelaki." Kata doktor muda itu.

Tersenyum Halilintar dan Encik Adam mendengar berita gembira itu.

"Terima kasih dok, boleh kami tengok mereka?"

"Boleh! Kami dah alihkan isteri encik di wad VIP, sementara itu anak-anak encik kami masih membersihkan mereka nanti kami bawakan mereka ke encik sekeluarga."

"Terima kasih dok."

"Masama, sudah kerja saya. Kalau macam tu, saya permisi dulu."

"Baiklah."












Tbc..

Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now