"Halilintar, kau busy tak?"
Si iris merah itu mendongak dari terus mengadap komputer.
"Tak adalah busy mana, lepas siap ni saya nak balik. Lagipun waktu kerja saya dah habis. Dah masuk pukul 8 malam. Kenapa? Awak dah okey ke dari demam?"
Halilintar bangun dari kerusinya dan mendekati Gempa yang berdiri di depan mejanya. Secara spontan dia menyatukan dahinya pada dahi Gempa.
"Dah okey sikit, dah tak panas macam pagi tadi." kata Halilintar sejurus menjauhkan diri, dia tersenyum melihat wajah merah Gempa.
"So? Apa dia Tuan muda?"
Gempa berdeham. "Hmmm, boleh tak kau teman aku jalan-jalan? Aku rasa nak ambil udara malam lah, boleh?"
"Tapi, Tuan muda kan masih belum sihat sepenuhnya dari demam. Tak eloklah, merayau malam-malam dengan keadaan kurang sihat. Baik Tuan muda balik rumah dan rehat."
Gempa mencebik mendengar ceramah malam daripada Halilintar itu.
"Alaa... Sekejap aje, please? Hm?" pujuk Gempa sambil membuat muka comel.
Okey, yang ni Halilintar paling lemah. Haih..
"Okey lah. Tapi sekejap aje tau?" kata Halilintar.
"Hmm! Jom!" sahut Gempa girang. Dia terus menarik tangan lelaki itu dan bergerak ke kotak lift.
"Sekarang ke?" soal Halilintar bila tangannya di tarik Gempa.
"Yup!"
•••••
Mereka berdua berjalan beriringan dipenjalan kaki, sambil melihat kereta lalu lalang.
"Halilintar..."
Halilintar menoleh ke sebelah bila namanya dipanggil oleh Gempa dengan nada yang begitu lembut sekali. Entahlah, setiap kali lelaki pendek itu panggil nama panjangnya, jantungnya selalu bermasalah. Haih, jantungnya memang tidak sihat kalau berduaan dengan Gempa. Mesti dup dap dup dap...
"Ya Tuan muda?"
Gempa tergelak perlahan seraya memukul lengan Halilintar buatkan lelaki itu kelu kerana bingung.
"Kau ni, tak payahlah panggil aku macam tu. Panggil Gempa aje, tak payah formal sangat."
"Err baiklah."
Hening...
"Halilintar.."
"Hm?"
"Boleh kau pegang tangan aku?" kata Gempa sambil menyuakan tangan kirinya pada Halilintar.
Halilintar hanya menurut, dia menautkan tangannya pada Gempa lalu digenggam erat.
"Macam ni?" soal Halilintar dengan wajah bersahaja. Gempa mengangguk.
"Terima kasih. Sudah lama tak ada orang pimpin tangan aku. A...aku rindu."
Halilintar terdiam, wajah Gempa dipandangnya dalam-dalam.
"Maksud awak?"
"Kita duduk sana dulu."
Gempa membalas genggaman tangan Halilintar lalu dia menarik tangan lelaki itu untuk ke bangku yang tidak jauh dari tempat mereka.
"Jadi?" soal Halilintar selepas mereka berdua duduk. Tanpa melepaskan genggaman tangan mereka.
Gempa tersenyum sambil mendongak memandang langit malam.
"Kau tau? Aku ingin sekali jadi seperti bulan, dia selalu bercahaya seperti bintang."
"Kenapa awak nak jadi bulan?"
"Sebab aku nak hidup aku sentiasa disinari dengan cahaya, aku dah penat hidup dalam kegelapan tanpa ada cahaya."
Halilintar diam sambil mencuba untuk mencerna apa yang mahu Gempa sampaikan.
"Saya boleh jadi cahaya untuk awak Gempa. Saya akan menyinari kehidupan awak dengan kasih sayang saya."
Mata Gempa berlinangan bila mendengarkan kata-kata Halilintar itu. Dia dapat rasakan ketulusan dari nada dan kata-kata Halilintar barusan.
"Ya. Kau memang boleh bagi, tapi ianya tidak sama dengan kasih sayang ibu bapa. Aku rindu dengan mama aku yang selalu belai kepala aku ketika mahu tido. Dan aku rindu papa aku yang selalu mengenggam tangan aku ni, jika mahu keluar jalan-jalan. Aku rindu semua tu. Tapi bolehkah aku dapat rasa kembali semua tu?"
Gempa menolehkan wajah pada Halilintar yang sememangnya sedari tadi sudah memandang ke arahnya.
Halilintar terkelu, saat melihat mata Gempa yang berlinangan dengan air mata tunggu masa mahu jatuh.
"Kau masih ada mereka?"
"Saya masih punya ayah."
"Setidaknya kau masih punya salah seorang dari mereka."
Hening... Gempa kembali memandang ke arah langit.
"Rindu pada seseorang yang sudah tiada, tidak salah. Asalkan kita sentiasa berdoa untuk mereka agar mereka berada dikalangan orang yang baik-baik sahaja. Walaupun mereka tak ada, tapi mereka tetap ada di hati awak Gempa."
Halilintar mengusap kepala Gempa dengan gerakan lembut.
Gempa memejamkan matanya, seiring dengan air matanya jatuh membasahi pipinya. Dia rindu dengan usapan itu, serasa seperti usapan ibunya sahaja.
Halilintar mencium ubun-ubun Gempa lalu berkata.
"You're not alone Gempa. I'll be always with you, Gempa."
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!