Halilintar mendengus geram sambil menyamakan langkahnya dengan Gempa yang laju semacam itu. Wajah pula tidak usah kata lah, masam mencuka sejak dari restoran lagi.
"Heyy, Gempa. Awak masih merajuk lagi ke? Haihh, awak ni..."
Gempa berhenti mengejut, buatkan Halilintar yang berjalan di belakang terlanggar tubuhnya kerana tidak sempat break. Namun, yang kelakarnya dia pula yang mahu tersungkur kerana perbuatannya itu akan tetapi tubuhnya sempat dipaut oleh Halilintar dari belakang.
Halilintar tahan gelak, dia memeluk pinggang Gempa kemas.
"Tu balasannya kerana tak layan saya tadi, nasib saya ni baik hati nak sambut awak kalau tak dah lama saya biarkan awak tersungkur macam nangka busuk..auch!"
Halilintar menepis tangan ketam Gempa yang mencubit perutnya. Sakit woy, berbisa pula tu.
Gempa menggeram marah, dia melepaskan pelukan tersebut. Tubuh lelaki itu dia pukul geram.
"Jahat!"
Halilintar memegang kedua tangan Gempa dari terus memukulnya. Dia merenung Gempa tajam.
"Apa masalah awak sebenarnya? Cemburu? Saya dah kata kan, dia tu hanya saya anggap adik tak lebih." Kata Halilintar dengan nada suara yang dingin.
Gempa menentang pandangan mata Halilintar, walha perasaannya sudah gemuruh bila melihat tatapan dingin dari lelaki itu. Baru kali ini dia melihat sisi dingin lelaki itu, gerun juga. Namun, bukan Gempa namanya kalau tidak keras kepala.
Dia merentap kedua tangannya, dia menjeling seraya mengambil langkah untuk pergi akan tetapi tangannya ditahan dan ditarik. Dia mahu marah kerana sudah menghalangnya untuk pergi, namun apa yang buat dia terkedu ialah lelaki itu menciumnya tepat dibibir.
Halilintar melepaskan ciuman itu, dia mengusap kasar kepala Gempa.
"Jangan jadi budak-budak boleh tak? Awak tu dah besar. Saya rasa saya pula yang tua kat sini sedangkan awak tu still perangai macam budak. Please berubah, biar jadi matang sikit."
Gempa terdiam sambil merengus pelan.
"Yelah! Tapi, aku nak kau selesaikan masalah kau dengan dia. Aku tak nak kau bagi harapan palsu kat dia dan buat dia mengharapkan kau. Kau tau kan, bagaimana rasa sakitnya bila beri harapan palsu?"
Helaan nafas terhembus dari belah bibir Halilintar. Dia menangkup wajah Gempa, sepasang mata gold itu dia selami.
"Saya tahu. Tanpa awak suruh pun, saya memang nak beritahu dia pun pasal hubungan kita ni. Saya tengah cari masa yang sesuai untuk beritahu dia. Saya tak nak nanti ada orang ketiga dalam perhubungan kita. I only want you in my life, that's all goldy bun."
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!