Halilintar membetulkan sut merahnya, tali leher dikemaskan. Dia mengerling jam tangannya yang sudah menunjukkan angka 7.50 pagi.
"Terima kasih pakcik, nahh duitnya. Bakinya pakcik simpan aje, saya pergi dulu." Halilintar tersenyum pada pakcik taksi, dia berlalu pergi selepas membayar tambang taksi.
Halilintar berdiri di hadapan hotel yang akan dia kerja mulai hari itu. Dia memandang bangunan hotel yang menjulang tinggi dan terserlah kemewahannya terlihat dari luar, itu belum lagi tengok ruangan dalam bangunan itu. Lagi lah mewah.
Dia tenung nama hotel tersebut. Hotel Blue Moon. Nama yang unik.
Halilintar mengorakkan langkahnya masuk ke dalam bangunan hotel itu.
"Wahh, awak dah datang encik Halilintar? Awal betul, tepat pada masanya." sapa seseorang dari kaunter pertanyaan. Justin.
Halilintar hanya tersenyum tipis seraya mengangguk kecil.
"Apa Tuan muda Gempa dah datang?" soal Halilintar.
Justin mengerling jam dinding.
"Mungkin dalam setengah jam lagi, dia selalu datang lambat. Baik encik pergi ke ruang encik sekarang. Pengurus hotel, Nut dah tunggu encik kat sana." kata Justin.
Halilintar mengangguk faham. "Baik, sebelum tu tak payahlah berencik bagai. Panggil aje Hali. Kalau macam tu saya permisi dulu."
"Baik Hali! Fighting untuk first day kerja, harap kau tahan dan kebal dengan panas baran Tuan muda."
"Panas baran?" Halilintar menjongketkan bahunya lalu bergerak ke kotak lift. Dia menekan angka 60, tingkat yang paling tinggi dan mungkin akan menjadi tempat untuk dia mula kerja.
•••••
"Jadi, sebelum kau mulakan kerja kau harus tau satu benda."
Kening Halilintar terangkat sebelah sambil memandang meja kerjanya yang akan dia duduki sebentar lagi.
"Apa?"
"Jangan pernah ada hati dengan Tuan muda Gempa dan aku nak kau tolong ubahkan dia daripada menjadi seorang pendendam, boros dan pemeras ugut yang keji.."
"Tapi, muka dia tak menceritakan dia.."
"Jangan menilai muka dia yang hanya manis diluar tapi di dalam penuh dendam."
"Dendam?"
Nut berdeham. "Maaf aku tak boleh lanjutkan, terlanjur pula beritahu kau. Hmmm, mana si Tuan muda yang dungu ni?"
Halilintar diam sambil memerhatikan Nut yang seperti menyembunyikan sesuatu darinya. Sepertinya hotel dan pemilik hotel ni memang menyimpan rahsia. Dia akan cuba cari maklumat pasal hotel ni suatu hari nanti.
"Alamak dah lambat!!"
Mereka berdua menoleh ke asal suara, mereka mendapati Gempa yang baru sahaja berjalan keluar dari lift. Langkah kaki lelaki itu laju dan tergesa-gesa menuju ke arah mereka.
Nut simpan tawa, manakala Halilintar mengetap bibirnya turut menahan tawa selepas melihat penampilan bosnya yang agak comel itu. Apa dia harus datang ke hotel dengan berpakaian tidur? Sudahlah baju itu bermotifkan arnab, berwarna merah jambu pula tu.
"Pftt! Tuan muda tengah buat show baju tido ke? Comel baju tido, beli mana? Tak sesuai langsung dengan Tuan muda yang garang ni, tapi manis juga eh? Tak gitu encik Halilintar."
Halilintar berdeham, dia tersenyum canggung. Namun dia tidak berkata apa-apa.
"Apa maksud kau ha? Baju ti.. oh shit!" wajah Gempa berona merah bila mendapati dirinya mengenakan baju tidur, seingat dia sebelum datang ke sini dia mengambil baju kemeja. Ah! Ni mesti tersalah ambil sebab mamai punya pasal lagipun dia pakat main rembat ambil saja.
"Err.. Sudah! Tepi aku nak masuk!" kata Gempa berang, dia menonong masuk ke dalam bilik pejabatnya dan menghempas pintu biliknya kasar.
Terhinjut bahu mereka berdua dengan tindakan Gempa tersebut.
"Uke yang sangar, dia memang macam tu. Mood switch semacam. Kadang boleh jadi singa kelaparan dan kadang boleh jadi arnab yang comel macam baju tido dia tadi. Mes.."
Brak!
Terkejut Nut dan Halilintar bila pintu pejabat Gempa terbuka kasar dan keluarlah arnab kecil yang comel berwarna pink.
"Berani kau kutuk aku, Nut! Nak mati? Aku cungkil biji mata tu dan buat sup bebola mata baru tau!" sembur Gempa marah.
"Err maaf Tuan muda saya..."
Gulp..
Nut telan liur bila Gempa meletak hujung kasutnya di tempat 'pusakanya' berada. Halilintar hanya diam, tidak tahu mahu melakukan apa.
"Kutuk aku ya? Kalau aku tendang benda ni rasanya senak tak?"
Nut merinding jadinya melihat senyum setan muncul diwajah Tuan mudanya.
"Tuan muda saya mohon ampun.. Saya.."
Gempa menghayun kakinya ke arah sasaran, namun belum sempat mengenai targetnya tubuhnya ditarik dari belakang.
"Heyy! Berani kau! Kau siapa ha nak halau aku?! Penyibuk!" marah Gempa, dia mendorong kasar tubuh Halilintar kerana bengang. Dia berlalu masuk ke dalam pejabatnya semula dengan wajah cemberut tidak puas hati.
Nut hela nafas lega, dia pandang Halilintar seraya menepuk perlahan bahu lelaki itu.
"Terima kasih. Nampaknya first day kau sedikit buruk hari ni, harap kau kebal menghadap kemarahannya. Aku pasti kau boleh. Aku pergi dulu."
"Hmmm."
Halilintar mengangguk pelan, dia menghantar kepergian Nut sehingga kelibat lelaki itu menghilang dibalik kotak lift. Dia melabuh duduk di tempat kerjanya yang berada di depan pejabat Gempa.
"Okey, Hali selamat bekerja."
Tbc...
YOU ARE READING
Hotel Blue Moon (HaliGem) [C]√
Fanfiction"Aku atau kereta yang kau pilih..?" "Kau, puas hati?" Warning! Yaoi! Don't like, don't read! Start : 7/3/2020 End : 10/4/2020 Status : [Complete!] P/S : DON'T PLAGIAT!