Prolog

25.6K 568 22
                                    

APA yang sedang berlaku tidak jauh dihadapannya hampir buat jantung Daniel gugur.

Nama si dia dijerit kuat.

Langkah kaki dipercepatkan. Dia nak hampiri si kesayangan. Dalam hati dipenuhi doa. Ya Allah, hentikanlah masa seketika. Bagilah dia kesempatan untuk selamatkan kesayangannya.

Segera dia berlari ke tengah-tengah jalan raya. Orang ramai yang mula berkerumun dan riuh rendah sudah tidak dihiraukan. Figura kesayangannya yang terbaring lemah berlumuran darah di jalan raya itu menyebabkan dunianya bagaikan berhenti berputar.

Pandangan mata dia semakin kabur. Dia terus terduduk lemah dihadapan kesayangannya itu. Kepala si dia dipangku.

Air mata, janganlah mengalir.

"Bangun, sayang!," jeritan Daniel bagaikan tiada guna apabila si kesayangannya cuba memandang lelaki yang terduduk tidak jauh dari situ.

Api amarah dia tidak dapat mengalahkan rasa risau dan cemas. Api amarah apabila si kesayangan terluka akibat cuba menyelamatkan orang lain. Cemburunya diketepikan. Tiada apa yang dipedulikannya lagi selain daripada kesayangannya yang hampir terpejam.

"Ai... Aiman," si wanita itu bertutur lemah.

Ya Allah.

Sesaknya dada dia.

'Kuatkan kesabaranku, Ya Allah,' hati dia merintih sayu.

Semua ni balasan untuknya. Bila kesayangan sendiri menyebut nama lain... dalam keadaan begitu... peritnya hanya dia yang tahu. Terluka... ya... atas sebab perangainya sendiri.

"Bertahan, sayang!,"

Hati dikuatkan.






EPILOG

Kebahagian awak mampu buat saya tersenyum walaupun ianya ialah senyuman kelat. Kenangan kita akan terpahat kukuh dalam minda saya.

Awak adalah kawan baik saya, buah hati saya, adik saya, keluarga saya, kekasih saya, teman gelak dan tangis saya. Awak adalah penyeri zaman sekolah dan remaja saya.

Saya bersyukur sekiranya awak bahagia walaupun saya bukan penyebabnya. Jangan risau, saya akan tetap doakan kebahagian awak bersama dia selama-lamanya. Hati awak sudah terpahat nama dia... siapalah saya untuk ubah perasaan indah daripada tuhan itu. Saya akan pegang pepatah kecil ini... mencintai tidak sepertinya memiliki. Saya bahagia atas kebahagian awak bersama dia.

Kau orang berdua adalah pasangan suami isteri yang sesuai. Awak mampu mengubah dia dan dia mampu ubah hidup awak. Kau orang tak perlu susah-susah fikirkan saya. Saya tahu saya seorang yang memberikan kesan besar kepada hidup awak.

Sebelum ini, hidup awak dipenuhi dengan nama saya. Awak rasa awak hanya bahagia bila bersama saya. Tapi sekarang... awak dah dapatkan kebebasan awak. Awak dah tak perlu mengadu atau merungut pada saya tentang hidup awak. Saya akan rindukan semuanya.

Saya hanya seorang manusia yang lemah. Saya tahu perasaan saya pada awak takkan terkubur dengan mudah. Mana tahu selama-lamanya rasa ini takkan hilang. Hanya Allah yang tahu.

Perancangan-Nya indah. Semoga saya dapat berjumpa dengan pemilik hati saya yang sebenar.

Tapi jika hati ini kekal menyeru nama awak... saya redha. Kerana... dengan hanya mencintai awak... saya bahagia.

Semoga awak akan bahagia sentiasa dengan dia. Jaga bayi kau orang berdua.

Untuk elakkan hati kita berdua terseksa... saya akan pergi jauh dari sini. Bila saya bersedia... Hahaha... Akan wujudkah waktu itu? Insya Allah, saya akan pulang.

Doakan saya ya. Permintaan awak untuk berhenti cintakan awak itu mustahil. Tapi awak jangan risau. Bagitahu kesayangan awak tu juga. Saya takkan kacau kau orang berdua. Perasaan ini saya akan simpan buat diri sendiri.

Hanya dengan mencintai awak...

Saya dah cukup bahagia.

Tulus mencintai,

Aiman.


Assalamualaikum...

Kau kakak ipar paling sporting, girl.

Aku sayang kau dah macam adik sendiri. Alah tipulah kalau aku tak suka kau lebih daripada adik. Bila aku tahu abang aku buat macam... sumpah aku nak tumbuk dia sampai lembik. Tapi disebabkan kau halang. Aku redha jelah.

Lama-lama bila kau dan abang aku tu dah makin okay. Perlahan-lahan aku cuba buang perasaan aku. Kalau kau tengah baca surat ni sekali dengan abang hampeh aku tu... kata kat dia... jangan cemburu pula. Aku suka kau pun bukannya ada apa-apa jadi pun. Kita santai je kawan, kan.

Aku tenang bila kau dengan abang dah okay. Semoga berpanjangan selamanya. Aku tak sabar nak dapat anak saudara. Jaga diri baik-baik ya.

Special by,

Naufal handsome.

Aireen,

Ayah minta maaf atas segala-galanya, anakku. Ayah dan ibu tak pedulikan apa yang Aireen rasa selama ini. Ayah dan ibu minta maaf sangat-sangat. Kami ibu ayah yang serba kekurangan. Kamu dan adik-beradik yang lain terseksa sebab kami. Kami minta maaf.

Salam sayang,

Ayah.






Sayang,

Ingat tak ayat pertama yang sayang dengar daripada mulut ak--saya. Ayat pertama perjumpaan kita adalah lafaz akad nikah.

Lepas tu, kenangan yang tak berapa nak indah kita muncul. Jujur abang cemburu bila sayang jadi diri sayang dengan Naufal... dan bukannya abang. Sayang kan tahu perangai abang macam mana. Untunglah Naufal sebab dapat bergurau kasar dengan sayang. Abang pula hanya dapat hadap seorang isteri yang terlalu pendiam. Abang tahu sayang bukan macam tu. Sayang layan abang macam tu sebab bagi sayang abang ni sebahagian daripada hidup 'terkongkong' ibu ayah sayang. Yalah kan... abang kan kena kahwin dengan sayang sebab mereka.

Tapi abang tak berdiam. Abang cuba asak sayang untuk jadi diri sendiri. Malangnya abang gagal dan abang hanya mampu cemburu seorang diri.

Abang jahil. Abang seorang yang jahil dahulu... sebelum sayang ubah abang.

Akibat mabuk dan tak mampu kawal diri... abang lukakan sayang sebab cemburu dengan Aiman dan Naufal. Boleh pula semua tu abang lupa keesokkan paginya.

Bila sayang mengandung...

Abang mengamuk. Abang mula tuduh yang bukan-bukan. Sekejap Aiman sekejap Naufal. Kalau difikirkan balik... abang pun rasa mengarut.

Bila dapat penumbuk percuma daripada adik sendiri baru abang tahu apa yang abang dah buat.

Abang mula menyesal.

Kenapa abang ungkit kenangan lama? Entahlah. Tak kisahlah.

Satu je sebenarnya yang abang nak cakap.

Abang sayangkan sayang abang.

Your hot and tempting husband,

Daniel.





My Butterfly Where stories live. Discover now