Bab 6

8.3K 414 9
                                    

NAUFAL cuba tenangkan diri sendiri. Naufal cukup sedar yang Daniel suka melihat dia hilang sabar.

"Kamu pergi mana sampai hilang seminggu?," tanya Encik Nafis serius.

Encik Nafis melangkah ke ruang tamu dan menghadap Naufal. Sekarang baru Naufal pulang dan pagi-pagi buta begini ingin mencari gaduh dengan Daniel?
Mana tak marahnya Encik Nafis.

Naufal hanya diam.

Puan Dalily dan Aireen pula hanya menjadi pemerhati. Daniel yang melihat Naufal terdiam sudah rasa terhibur. Dengan selambanya, Daniel mengambil duduk di atas sofa.

"Kamu tahu tak kamu hampir rosakkan imej keluarga kita dan keluarga Aireen?," tanya Encik Nafis lagi.

Kali ini nadanya sedikit tenang. Encik Nafis jarang memarahi Naufal tapi kali ni tindakan Naufal sudah menaikkan kemarahannya.

"Pa, Naufal minta maaf tapi--,''

Ayat Naufal dipotong Encik Nafis.

"Tapi apa?," soal Encik Nafis dengan nada marah.

Naufal menunduk memandang lantai ruang tamu tersebut. Dia mengaku dia salah dan dia tiada alasan yang sesuai untuk diberikan kepada Encik Nafis tentang tindakannya itu.

Puan Dalily melangkah menghampiri Encik Nafis yang menghadap Naufal.

"Kalau Naufal tak setuju dengan perkahwinan tu, kenapa tak maklumkan awal-awal? Ni tak... seminggu sebelum majlis baru nak protes sampai larikan diri bagai. Malu keluarga kita, Naufal. Kamu tak tahu macam mana papa mama nak menghadap muka ibu ayah Aireen waktu kamu hilang," sampuk Puan Dalily dengan riak wajah kecewa.

Tanpa dapat ditahan, Daniel ketawa kecil. Bila semua mata memandangnya... dia mengangkat tangan kanan.

"Opss. Sorry," wajah terhibur terpamer.

Encik Nafis hanya mampu menggeleng kepala manakala Naufal mengetapkan giginya. Naufal tahu semua ini bagaikan satu hiburan dan sketsa lucu pada Daniel. Daniel memang suka melihat semua ini.

Baru Naufal teringat. Asyik sangat kena marah sampaikan lupa kenyataan yang satu.

"Tapi... kenapa papa suruh Dan yang ganti Naufal? Takkan papa tak kenal lagi dengan anak sulung papa tu?," kali ni Naufal tidak menunduk seperti tadi. Sumpah perkara ni buat Naufal rasa tak percaya.

"Itu sahaja cara yang papa ada waktu tu. Lagipun bukan senang nak buat Harraz bersetuju tetapi bagaikan keajaiban berlaku bila Harraz setuju. Jadi papa anggap ini semua takdir," jawab Encik Nafis lemah.

Kali ni hilang sudah rasa marahnya pada Naufal. Memang tindakan Encik Naufal susah untuk diterima akal namun Daniel bersetuju itu lebih mengejutkan.

Naufal mendengus geram.

"Dan takkan bersetuju tanpa sebab. Dan ada rancang licik dia sendiri!,"

Daniel yang sedang duduk bersandar santai di sofa ketawa kuat. Dia ada saja di situ tetapi mereka berbual umpama dia tidak wujud. Daniel rasa geli hati bila Naufal berfikir macam tu.

"Enough with your accusation. I'm going upstair," ujar Daniel dengan nada bersahaja.

Naufal sentiasa rasa tak tenteram kalau dia tak tahu apa yang ada dalam fikiran abangnya itu. Ini perkara yang buat Naufal rasa nak mengamuk pada pagi buta macam ni.

"Kita di Malaysia sekarang ni. Gunalah Bahasa Melayu, bro," tegur Naufal geram.

Daniel tersenyum nipis.

"Okay. Aku. Naik. Dahulu," ulang Daniel dalam Bahasa Melayu dengan nada menyakitkan hati.

Daniel ketawa kecil sambil melangkah ke arah tangga untuk ke tingkat atas.

My Butterfly Where stories live. Discover now