Special Chapter (Not Sure Special tak)

11.1K 289 6
                                    

Pintu belakang kelab malam itu di hentak dengan tubuhnya. Lelaki itu memegang lengannya yang cedera teruk. Dia membuka pintu itu dan terus masuk ke dalam.

Langkah nya sedikit terhuyung-hayang namun riak wajah lelaki itu tetap stoik. Dia menyelinap di antara manusia-manusia yang  sedang menari tanpa dikesan atau dipeduli.

Lelaki yang serba hitam itu menuju ke bar minuman. Pintu yang bertanda 'staff only' itu dirempuh. Sebaik sahaja masuk, dia terus menanggalkan bajunya yang basah... Dipenuhi darah. Darah miliknya hanya sedikit, yang lain milik orang lain.

Dia mencapai uniform bartender yang tergantung di penyangkut baju. Dia memandang sekeliling seperti mencari sesuatu. Kemudian langsir putih berdekatan di rentap kuat. Dia membalut langsir yang telah dikoyakkan itu ke lengannya yang tercedera. Serta merta kain putih langsir itu bertukar merah.

Dia mencarut. Lengan uniform itu ditarik dan dikemaskan supaya kawasan itu tersembunyi. Dia betulkan rambutnya pula. Tanpa berlengah, dia terus keluar dan berdiri di sebalik meja bar.

Dia mengatur nafasnya dengan tenang. Namun dalam tenangnya... Dia sentiasa peka dengan suasana sekeliling. Setiap orang yang keluar masuk diperhatikan dengan berhati-hati.

Tak guna betul! Boleh pula kawasan kilang rahsia mereka diserbu kumpulan musuh. Jared dah pasang niat yang dia akan buat serangan balas bila keadaan dah reda semula. Sekarang ni dia kena berehat di sini sementara orang kanan dia uruskan tempat mereka beradu tengah malam tadi. Mayat-mayat, kesan-kesan darah dan sebagainya perlu diuruskan. Senjata seperti pistol dan pisau yang berteraburan perlu dikutip dan dihapuskan. Cap jari ketua mereka juga perlu dihilangkan.

Jared memerhatikan gerak langkah seorang lelaki. Dia menuju ke arah bar ini.

"Bloody Mary,"

Jared kekal kosong.

"Next?," soalnya.

"Mimosa,"

"Bloody Mary's perfect partner," komen Jared ringkas.

Kemudian, Jared mula melakukan kerjanya. Dia mencampurkan sedikit vodka, tomato juice, dan lemon juice. Beberapa cecair lain juga dimasukkan ke cawan runcing yang tergantung di rak atas meja berkabinet itu. Cekap sungguh tangan Jared berkerja dan melakukan seninya.

"Skip the fresh herbs,",

Jared meletakkan semula botol yang dipegangnya. Dia mula tertarik dengan lelaki ini. Lelaki ini seperti mahir dengan segala bahan membuat minuman keras tersebut.

"Noted," kata Jared perlahan.

Tangannya masih melakukan kerjanya. Dan sentuhan terakhir pada minuman itu... dua ketul ais batu diletakkan. Bunyi ais batu yang jatuh ke dalam cawan kecil tersebut nampak mendamaikan lelaki yang sedang duduk berhadapan dengan Jared itu.

Cawan kecil berisi minuman keras berwarna merah kemerah jambuaan itu diletakkan di atas meja. Lelaki itu hanya memandang Jared... lama.

Jared tidak menghiraukan pandangan Daniel. Selamba cawan berkaki runcing dicapai di penyangkut cawan yang terletak di paras kepalanya. Minuman kedua yang dipesan lelaki itu dibuat pula. Mimosa... campuran cocktail dengan sparkling wine dan jus oren dalam kadar tertentu pula dibuat. Lelaki itu menghirup perlahan Bloody Mary nya sambil meneliti setiap pergerakan Jared. Jared semakin berhati-hati.

Lelaki itu mengeluh kecil.

"Tengok... tu pun Akmal!," kata lelaki itu sambil menunjuk ke satu arah.

Jared tete menghentikan pergerakan tangannya secara tiba-tiba. Perlahan-lahan arah yang lelaki itu tunjuk dipandang.

"Kau bukan Akmal," lelaki itu bersuara lucu.

My Butterfly Where stories live. Discover now